Tuesday, June 30, 2009

MY 2ND CLASS - FONDANT







SALAM...
kelas kedua yang saya ikuti selepas BC,kelas yang dianjurkan oleh mamatiara pada hari sabtu yang lepas.best sangat ikuti kelas ni sebab 2 orang ja anak murid ,jadi cikgu dapat bagi lebihhhh perhatian terutama anak murid macam saya ni(lambat buat kerja & kerastangan).yang sorang lagi tu angeline....thanks ye risma.........





yg ini cikgu punya hasil kerjatangan.....










yang ini semua saya yang buat......





bergambar bersama cikgu,makasih ya cikgu.

Monday, June 29, 2009

AWARD LAGI....



SALAM...
terima award lagi kali ni dari fatinz yg dok di kangar & kzana.terima kasih daun keladi ye....muahhhhhhhhhhh.

Sunday, June 28, 2009

NASI MINYAK HUJAN PANAS & THE GENG


SALAM....
menu hari ni,atas permintaan abang long......nasi hujan panas dia panggil.tertunailah hasrat abang long hari ni,setelah lebih 2 minggu dia minta saya buatkan nasi hujan panas.hari ni sebenarnya kerja petang tapi macam biasa la saya suruh kawan tolong buatkan kerja saya tu.jadi dapatla saya tunaikan permintaan abang long,lepas ni nasi beriani pula dia suruh buat....tunggu dulu ye nak (next week pula kot).selalu dia cerita hari jumaat sebelum pergi sembahyang jumaat abah bawa dia pergi makan nasi hujan panas @ nasi beriani di wisma muis.......tapi yang kesiannya hari jumaat lepas nasi kegemaran dia dah habis,tapi ok la hari ni dia dah dapat makan kat rumah.bukan main happy lagi bila dihidangkan dengan makanan kesukaan dia ni....lauk sampingannya ayam masak merah,kurma ayam & jelatah.

nasi hujan panas resepi dari makyong MYR

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
-Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
-Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
-Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
-Masukkan beras dan gaul rata.
-Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
-Masaklah nasi sehingga masak
-Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
-Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka




AYAM MASAK MERAH resepi dari love2cook - MYR
yang ini lauk untuk mama & abah...walaupun baru buat hari jumaat lepas,hari ni buat lagi sebab nak gu dengan nasi hujan panas tu.mula2 ingat untuk mama & abah nak buat dalca tapi M la pula,jadi buat juga ayam masak merah ni...yang hari tu resepi dari mak.

bahan -bahan
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar. (perap bersama garam dan serbuk kunyit)
Bahan diblend bersama:-
12 tangkai cili kering (dididih bersama air)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
---------------------------
2 biji bawang besar (potong bulat)
bahan tumis 4 sekawan
4 sb puri tomato - saya gantikan dengan sos cili
100ml susu cair- saya gantikan dengan santan
garam minyak masak
kacang peas - saya tambah

Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga cukup masak, tos dan ketepikan.
-Tumis bahan yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis 4 sekawan.
-Masukkan puri tomato dan gaul sebati. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sebentar.
-Tambah susu cair, perasakan dgn garam
-Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati...biar sebentar dan padamkan api.
-Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.







kurma ayam resepi dari MYR

Bahan-bahan ( 4 orang )
Ayam setengah ekor
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
2 biji bwg besar
Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
Serbuk kurma adabi
Serai
Santan
Minyak untuk menumis
Cili hijau @ merah
Tomato
4 biji buah keras (ditumbuk)

Cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.
-Masukkan serbuk kurma dan buah keras.
-Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.
-Masukkan sedikit air dan garam.
-Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan.
-Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.




jelatah...

Friday, June 26, 2009

AYAM MASAK MERAH



SALAM....
menu hari ni,ayam masak merah resepi dari mak........teringat kenduri kawin kat kampung mesti ada ayam masak merah.kalau makan dengan nasi beriani @ nasi tomato mesti sedap kan......jemput makan.



BUBUR KACANG



SALAM....
buat untuk minum petang semalam....resepi mesti semua orang dah tau kan,tak yah la ye........


Thursday, June 25, 2009

AWARD LAGI



SALAM....
dapat award lagi ,kali ni dari kak kamsiah yang dok kat kulim nun jauh di kedah.kenal dgn kak kam pun selalu skodeng umah orang...tegur2 pastu rasa makin semakin dekat la pula....tapi kak award tu tercicir pula 1 lagi,maaf ye.tak pasti pula kat mana pula tercicir tu,tengok kat atas meja ni pun tak de pula.......ada syarat pula ni...
1-ceritakan tentang org yg bagi award ni
2-bagi kat 5 orang ja...kalau lebih pun tak pa kan kak...hehehe
3-bagitau tentang award ni kat shoutmix org yang kita nak bagi tu

lebih kurang macam ni la ayat syarat2 tu.........


TM GEGAR FELDA



SALAM...
masih dalam mood balik kampung kan...jadi nak cerita la sikit.pada 6 - 7 jun lepas ada TM GEGAR FELDA kat kampung jadi kitaorg pun pergi ke sana nengok apa yang ada...rupa2nya promosi utk streamyx & banyak lagi.saya tak dengar pun promosi tu,time ni la saya dapat melepaskan rindu pada kawan2 dengan menjeguk blog uol.ada artis pula tu...yazid & zizi,jadi kitaorg apa lagi tak melepaskan peluang ni umtuk bergambar.layannnnnnnnn..........














NASI LEMAK




SALAM......
buat untuk bf hari ni ,my hubby & anak2 minta nak bawa bekal juga ....sedappp katanya.makan dengan sambal hati ayam,untuk anak2 buatkan ayam goreng berempah.resepi nasi lemak dari k fida MYR......

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
500 g beras
santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
sambal tumis
ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng
kangkung goreng dan lain2 ikut selera

Cara-cara
-Kisar bahan2 yg bertanda *.
-Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 kisar,daun pandan dan serai.
-Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
-Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.


Tuesday, June 23, 2009

SAMBAL SIPUT KABUNG WIF KENTANG


SALAM...
menu hari ni...sambal siput kabung wif kentang.tak de idea hari ni...sambal pun jadi la.




MY NEW TOYS 2


SALAM....
Ini antara barang2 yang di beli masa balik langkawi......nasib baik semua berada dalam keadaan baik.risau juga mak cik takut pecah.......





MY NEW TOYS 1


SALAM....
ini la toys baru...baru dapat hari jumaat yang lalu.tengah2 YM dengan as,mimi & kham,ada kawan datang hantar set vantage ni....kalau tengok kotak tu banyak kan tapi saya punya 2 set ja....set memasak vantage & set pemanas makanan berputar vantage.selalu jelous ja nengok k intan tayang set rosesnya,kali ni biar k intan pula cuci mata kat sini.yang banyak2 tu kawan2 punya...kitaorang main kutu aka kut aka tarikan aka hui(banyaknya ...macam2 bahasa nih) selama 10 bulan tapi kalau nak bayar melebihi had pun boleh,tak le pening kepala memikirkan hutang kan.jom layannnnnn.........













Monday, June 22, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN AZIRA & AZLAN


SALAM........
ini majlis perkahwinan my cousin ,azira pada 6 jun lalu.bertemu jodoh dengan jejaka ganu kite....azlan dari batu rakit.

/>


yang ini pun my cousin kak cik yang tinggal di damansara damai...pandai menjahit curtain & ada anak kembar.

BERAKHIR SUDAH PENANTIANKU........



SALAM....
barang yang di tunggu2 selama ini telah pun sampai,setelah hampir 2 bulan menunggu akhirnya sampai jua ke tangan saya.mesti uol tertanya kan hadiah dari sape tu...itu la hadiah dari member2 MYR sempena besday yang lalu.thanks ye kepada semua yang terlibat...........











































































MAJLIS PERKAHWINAN EIN & YATIE


SALAM....
ini la gambar2 majlis perkahwinan adik pada 4 jun yang lalu.sorry la gambar tunggang terbalik - masih pening2 ni.majlis bermula pada 3 jun dengan gotong royong oleh org2 kampung menyediakan bahan2 masakan untuk majlis keesokannya,diikuti dengan majlis marhaban pada sebelah malamnya.keesokannya bermula acara memotong daging dan memasak untuk sarapan dan makan tengahari.antara menu yang disediakan....
makan malam sebelum majlis - nasi putih
-kari ikan talang wif nenas
-kari udang kerisik
-ikan kembung bakar & kukus
-sambal belacan
-sirap

sarapan - nasi lemak & sambal ikan bilis

makan tengahari-nasi putih
-kari daging wif kentang
-kurma kambing
-sambal ikan talang masin
-pasembor (timun,senkuang,taugeh)
-mee rebus (resepi warisan keluarga)
-air sirap
-air sirap bandung
-ABC

ketibaan pengantin disambut dengan pertunjukan silat...
acara seterusnya mesti la pengantin makan beradap dan bersanding.

apa2 pun untuk pengantin ein & yatie diucapkan selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.dan saya nak minta semua kengkawan mendoakan semoga yatie dapat posting kat kedah juga sebab 27 hb ni yatie akan melapor diri di putrajaya......itu la hadiah paling bermakna buat pasangan pengantin sebab yatie dapat kerja baru....














































FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails