Friday, July 31, 2009

APAM COKLAT



SALAM DI PETANG JUMAAT.......
buat lagi atas permintaan anak2,kalau nak resepi tengok kat label kuih ye.jemput makan........

Thursday, July 30, 2009

KETAM MASAK LEMAK WIF DAUN CEKUR





SALAM....
ini la hasilnya setelah bersilat di dapur tadi(bersilat u...).ketam lemak wif cekur,resepi dari mak yung jepung.sebenarnya resepi tu ketam masak lemak cili padi wif cekur tapi saya tak letak cili padi jadi saya letak tajuknya ketam masak lemak wif daun cekur sebab anak2 nak makan juga(peberet dorg ketam nih).memang sedappppppp sehingga menjilat jari 'gu' pula dengan ulam2an & sambal belacan.emmm walla......resepi g godek kat dapur hana ye,dah cuba nak C & p tadi tak dapat pula...





KUIH KASWI




SALAM...
Buat untuk sarap hari ni....jam makan ada lagi tu.



Wednesday, July 29, 2009

IKAN BAKAR SAMBAL KICAP



SALAM....
menu hari ni,ikan bakar guna ikan bulan juga.nampaknya ikan bulan sesuai dengan citarasa kami,cicah pula dengan sambal kicap fuh bestnya....tapi kalau dengan air asam LAGIII best nih.....jemput makan semua.



KURMA TELUR




ini pun menu semalam,sesekali makan telur ni ok juga kan.buat kurma aka masak putih(orang kedah panggil masak putih,tapi sekarang jarang dengar orang panggil masak putih lagi).makan dengan bendi tumis pedas tu,emm berselera juga....



BENDI GORENG PEDAS





SALAM.......

menu dinner semalam,semalam kerja petang...balik dah letih,jadi masak pun yang simple2 ja.

Monday, July 27, 2009

KARI KETAM WIF NENAS




SALAM.....
menu hari ni,peberet semua orang.



JAGUNG MANIS



SALAM........
buat hari sabtu yang lepas,baru sempat nak letak n3 .memang best jagung manis nih.anak2 pun suka ,lepas ni tak payah beli lagik.kalau beli mahal satu cawan rm 2.80.resepi dari aziemas MYR.


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen ) -saya guna jagung fresh yang di kukus
2 s b butter
4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
secubit garam

Cara-cara
-Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
-Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
-Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..


Saturday, July 25, 2009

SAMBAL TUMIS SOTONG BERSERAI




SALAM....
ini pun menu semalam,resepi dari mak ...ni kes windu masakan mak kat kampung.hehe....




BENDI TUMIS BERKICAP




salam...
menu semalam Rresepi dari dayangjack.....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1/2 ikat kacang bendi (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
sedikit sos tiram
1 biji cili merah (ditumbuk)
sedikit kicap manis

Cara-cara
- Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
-Masukkan bendi, sos tiram dan kicap. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
-Hidangkan panas-panas.


Friday, July 24, 2009




SALAM......

Yang ini untuk bf & bekal abang long ke skoll,dalam rumah ni abang long ja yang makan sosej...orang lain tak layan sosej ni.mama dia paling dashyat kalau makan sosej confirm uwekkks.memang dari azali lagi ...tak tahu la naper,memang takleh masuk sosej ni.resepi dari aziemas MYR.....

Bahan-bahan ( 4 orang )
8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
8 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit serbuk lada sulah
breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
- Gelek roti hingga nipis/leper
-Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
-Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
-Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
-Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
-Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis




NASI GORENG NENAS




SALAM...
buat untuk bf hari ni......resepi dari onigiri aka ros

Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang )
3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar. - saya guna sotong
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
2 sudu besar mix vegetable
1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
1 biji bawang putih ( dicincang halus)
sedikit lada sulah
1 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit bawang goreng untuk hiasan
2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)

Cara-cara
-Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
-Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan.
- Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan.
-Selamat Mencuba.



Thursday, July 23, 2009

KELAS MEMASAK LAKSA



SALAM...
ini pun aktiviti semalam,selepas balik dari jamuan makan di wad tu buat laksa pula.rasanya ini pun salah satu faktor saya pening2 tu kot.....sebenarnya kawan saya yang gambar di atas tu (mardiana namanya...)nak belajar buat laksa.jadi untuk memenuhi permintaannya saya pun buka la kelas semalam,bukan kelas berbayar ye ..FOC ja.kesian pula kat dia...nak belajar buat laksa,katanya kalau beli tak sedap.harap lepas ni ko bole buat laksa ya mar,jangan lupa kasi hantar ke wad bagi kitaorg makan tau...oh ya,untuk kawan2 semua sila la jawap soalan kuiz saya tu di bawah n3 JAMUAN MAKAN YA.hadiah ada disediakan........





JAMUAN MAKAN



SALAM...
layan gambar dulu ye,cerita kendian ye.....minta maaf ye semua takleh nak story lagi ni..nak pergi baring jap pening + berdenyut2 kepalaku ini.......


salam buat semua.....
alhamdulillah setelah berehat sekejap(bukan sekejap tau...tido 2 jam u)dah hilang pening2 lalat & rasa mual2 tu.rasanya sebab tak cukup tidur & keletihan.jamuan makan ni buat semalam,sempena apa??????.uol nak tau tak?ataupun saya pun nak juga la buat teka2 ni.bukannya apa kan saja suka2 manja gitu........ok soalannya

SEMPENA APAKAH JAMUAN ITU DIADAKAN?
syarat2nya:
-terbuka kepda semua KECUALI kakitangan female medical ward HQE(SEBAB KORANG DAH TAU KAN NAPER....SISTER HAMIDAH DAH BAGITAU KAN SEMALAM...ni ayat org KL tau(semalam tu kemarin ba....)
-hanya satu pemenang ja yang terpilih,berdasarkan jawapan yang tepat dan terawal bagi jawapan...
-semua jawapan mesti dijawap dibawah N3 ni,shoutmix tidak akan dilayan
-hadiahnya akan diberitahu kelak
-tarikah tutup penyertaan pada 31 julai 2009.

okkkkk...sambung balik stori makan2 tu......antara masakan yang dimasak semalam....




ayam masak kicap...




honey prawns,yang tengah glamour sekarang ni.




sayur campur.




agar2 lapis pelangi.








korang ni kerja ba,jangan asyik bergambar jak.

AGAR - AGAR LAPIS PELANGI




SALAM...
buat agar2 ni untuk makan2 dengan kawan2 di tempat kerja.memang sedap ......tapi lapisan yang saya buat tu tak cantik sebabnya...emmm balik kerja terus buat,pastu terkejar lagi nak pergi pasar beli barang2 untuk buat makan2 kat tempat kerja.jadi moral of the story,lain kali kalau nak buat lagi pastikan semua kerja telah disettlekan.resepi dari aziemas MYR....

Bahan-bahan ( 22 cm )
Bhn A
2 sudu makan serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah dll
Bhn B
2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara
-Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
-Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
-Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil

CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...




Monday, July 20, 2009

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK CILI API




SALAM...
menu lunch tadi,best dapat makan masak lemak cili api.selalu kalau buat masak lemak ctak letak cili sebab si teruna pun nak makan .ni sebab dorg tak makan jantung pisang jadi dapat la letak cili api.jantung pisang ni tak beli tau...pokok di belakang rumah ja.haa tengok gambar pokok pisang di bawah ni ye....








IKAN BAKAR PORTUGIS




SALAM...
Menu hari ni,ikan bakar portugis......gu dengan jantung pisang lemak cili api dan sambal belacan.perghh sedapnya........tapi tak best gak makan sorang2(dotrg semua pergi kerja & skool kan hari ni).hari ni kerja petang,kalau kerja petang memang masak awal.ni pun dah siap makan.n3 jantung pisang tu kendian ahhh.ikan bakar portugis memang sedappppp.dah ramai yang mencuba kan....saya guna ikan bulan,balance yang hari tu.resepi saya c & p dari blog kzana.halal ye kak.jom makan.......

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( sy guna 4 keping ikan bulan)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil
Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

cara:
1. lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
2. panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
angkat
4. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
5.taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
6. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
7. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper

source: puan norzailina nordin



Sunday, July 19, 2009

MEE GORENG




SALAM...
buat untuk dinner,resepi dari kak jun MYR.untuk ika ...jangan jeles akak pun ada lada jeruk.dah lama terjeruk tau ,dari balik kampung hari tu lagi.al kisahnya terjadi lada jeruk ni sebab kat sini susah nak dapat cili api yang hijo aka cabai melaka.jadi beli rm 1 kat pasar langkawi ...selambak la pulak,dari dibiarkan ia menjerukkan dirinya sendiri lebih baik saya jerukkan cili tu.jom layannnnnnnnn......


Bahan-bahan ( 5 org makan )
500gm mee kuning
2 keping tauhu (goreng dan potong kecil2)
sedikit sawi dan taugeh
3 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
8 ekor udang dibuang kulit dan sedikit isi ayam
1-2 biji telur
minyak dan garam dan serbuk perasa jika suka

Cara-cara
-Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan sos cili.(jika suka pedas masukkan cili boh/cili yg ditumbuk).tumis hingga pecah minyak.
-Masukkan udang dan isi ayam. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap.
-Masukkan juga serbuk perasa jika suka. Kacau.
-Masukkan mee, sayur2an dan tauhu. Pecahkan telur dan gaul sebati. Angkat dan hidang mengikut selera.






haaa,ni untuk sesiapa yang nak makan mee goreng tu....buka mulut luas2,nak suap ni..........

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails