Friday, August 28, 2009

MEE SUP UTARA




SALAM...
ini menu berbuka semalam,mee sup utara.peberet semua orang kat umah ni.semalam balik kerja dah lewat ,biasa la kalau tumpang my hubby ...mesti lewat sampai rumah,biasa la kan jalan jem lagi.sebenarnya sup tu saya dah rebus tulang dari malam hari rabu lagi...memang dah plan awal2 nak buat mee sup ja.kisahnya macam ni hari rabu tu nak pergi kerja start2 kereta,dah tak boleh hidup lagik.terus call my hubby suh balik ambil saya di rumah,nasib baik dia di opis ja...kalo dia pergi kerja luar memng problem juga,dah la saya tak pandai nak naik bas.....jadi balik kerja petang terus rebus tulang buat sup.semalam kelam kabut juga la menyediakan makanan untuk berbuka,tapi ok sebab saya ada pembantu yang sedia membantu,hehehe siapa lagi my hubby la....tengok la gambar berposing tu ala kadar ja.



KEK MARBLE BONDA





SALAM....
masih lagi ada rasa teringin nak makan masakan mak,jadi buat kek pula.sebenarnya ada tragedi masa buat kek ni,saya nak dapat nak agak saiz loyang,semasa memarblekan kek ni tengok2 penuh loyang la pula...jadi untuk menyelamatkan adunan dari melimpah saya terpaksa korbankan marble tu dan saya terus tuang ke loyang lain.itu yang marblenya tidak cantik sudah,tapi rasanya boleh membuatkan rasa keinginnan merasa kek bonda dah hilang...hehe.buat semua kawan2 yang meninggalkan pesanan di shoutmix saya ucapkan terima kasih,entah kenapa saya tidak boleh membalas msg uol semua.huhuhu.......sekadar boleh membaca ja,itu pun setelah berkali2 saya refresh.......



Wednesday, August 26, 2009

DAGING MASAK KICAP BONDA





menu hari ni juga..........



SAMBAL TERUNG BONDA




SALAM...
masakan untuk berbuka hari ni,ini kes teringat masakan mak kat kampung.jadi menu hari ni semua menu mak....



PUDING SELASIH




ini pun buat untuk berbuka semalam,main campak2 ja......abang long suka makan biji selasih ni.setiap hari berbuka dengan sirap selasih,tu yang datang idea nak buat puding selasih ni.rasanya sedap juga,simpan dalam esbox dulu nak makan baru keluarkan,emm sejuknya lalu kat anak tekak nih....



SUP IKAN




ini pun menu semalam,sup ikan putih aka ikan repoh.



DAGING REBUS CICAH AIR ASAM




SALAM....
hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa kan,sekejap ja rasa.lepas ni sibuk dengan wat cookies pula kan.hehe......saya pun dok belek2 kalendar cari tarikh yang sesuai dengan cuti nak start buat cookies.ini la menu berbuka semalam,daging rebus cicah air asam kerisik........emm sdap.



Tuesday, August 25, 2009

IKAN KEMBUNG SUMBAT GORENG




SALAM.....
menu berbuka semalam,mula2 nak buat bantut ikan kembung tapi akhirnya jadi ikan sumbat goreng pula.abang long panggil ikan poket,mungkin ada kelapa di belakang ikan tu kut.hehe..........



Monday, August 24, 2009

SUP EKOR




SALAM....
ini pun menu berbuka smalam,masa pergi kota belud beli tulang ja tapi ruopa2nya dia ada campur sekali dengan ekor lak.apa lagi buat sup le jawapnya.



ROTI JALA




SALAM....
buat untuk berbuka semalam......permintaan dari abang long,kesian orang berpuasa kan jadi ikut je la.



KAD RAMADAN LAGI

SALAM...
lagi kad dari member2 blogger......makasih semua.

dari hasue....




dari lyana.....




dari lindafendi....




dari ika.....

Sunday, August 23, 2009

KUIH LOPES





ini pun menu berbuka semalam,yang ini special sikit sebab hasil kerjatangan my hubby.thanks abang.cicah dengan manisan tebu yang di beli di tamu kota belud tempohari,emm sedap.sebenarnya kuih lopes ni peberet si abang ngah.




NASI MINYAK & THE GENG



SALAM.....
ini menu berbuka semalam......nasi minyak,dalca tulang dan masak kurma daging.



Friday, August 21, 2009

TEMPAHAN LAKSA




SALAM....
ini tempahan yang di terima dari opis mate my hubby untuk makan2 sempena sambutan ramadan di opis.sebenarnya tempahan ni dari hari i8snin lagi tapi baru hari ni ada masa nak letak n3...hehe.bzzzzz konon.bangun jam 4 pagi u untuk rebus laksa ,tu yang tak leh berposing bagai....takut tak sempat pula nak bawa g opis.tambahan saya pula kerja pagi,yang ulam -ulaman minta dorg di opis tolong potong,nasib baik diaorg ok ja.



MANGGA MUDA CICAH GARAM BELACAN




SALAM di pagi jumaat....
jom kita cicah garam belacan.dah 2 hari saya dok melayan garam belacan,walaupun cicah sorang2 tetap jalannnnnn.kalau ada teman mencicah memang besttttt.kalau di kampung ada adik bongsu saya suka melayan saya cicah garam belacan,walaupun adik saya tu lelaki tapi bab mencicah ni boleh tahan juga.tak per bulan 11 ni insyaallah masa balik kampung boleh ajak dia geng dengan saya.sekarang ni tak layan dah kuah rojak mak bee,kononnya garam belacan ni lagi bestttt.



KAD SALAM RAMADAN

SALAM...
hari ni baru berkesempatan mengangkut kad ramadan dari kenkawan semua,maaf ye kalau ada yang belum saya tepekkan disini.kadang2 tu hampir saya terlupa pula nak angkut kad2 tu.maafkan saya ye...


yang ini dari seri.....




dari cikmin......




dari mimi....




dari konr....

Wednesday, August 19, 2009

KARI IKAN TALANG KERING WIF TERUNG





SALAM......
menu hari ni,selalu buat kari ikan talang kering ni wif nenas tapi sekarang ni berpantang sekejap dari makan nenas ,jadi saya buat kari campur dengan terung pula.sedap juga la rasanya tapi lebih sedap lagi kalau campur dengan nenas,tak pe la kan berpantang kejap.saya kalau buat kari ikan kering mesti buat tumis darat baru umphh.jom makan..........


DAGING GORENG KICAP




SALAM.....
ini menu dinner semalam,akhirnya tertunai juga hajat nak makan daging.emm sedapnya,daging kerbau ba......untuk kenkawan yang tanya tentang morning sicknees tu,alhamdulillah buat masa sekarang saya belum ada loya2 & rasa mual2 tu.kali ni berbeza dengan yang sebelum ni......kalau dulu asal tau ja +ve(UPT la.....)terus ja loya2 & muntah2 sekali.kali ni makan pun berselera..............semalam dah pergi booking (utk pregnant) di klinik gomen ja(kita kerja gomen,jadi pergi pun klinik gomen cukup la...........hehe).jadi nasihat dari nurse mesti kawal makan sebab nanti berat badan bertambah banyak susah juga.ya la akan saya ikut nasihat tu.....tapi yang tak bestnya saya dapat line hijo di kad sebab hemoglobin(hb) 10.4 gm/dl ja,untuk ibu2 mengandung mesti hb 11 ke atas.tapi saya dah dibekalkan dengan vitamin,harap2 hb akan naik lepas ni.ok la,yang ada bagi award tu nanti jap2 lagi saya gantung ye,nak g memasak dulu........



TAMU KOTA BELUD




SALAM...
ini aktiviti jenjalan pada hari minggu yang lalu,ke kota belud.satu daerah yang ada di bumi sabah ni....sebenarnya tujuan jenjalan tu adalah mencari daging fresh.akhirnya dapat juga apa yang diidamkan,dapat beli daging kerbau lagi.di KK ni ada juga orang menjual daging tapi my hubby yang tak mo,was2 katanya.saya ni mengikut ja.....itu la sebabnya kitaorg selalu beli daging rusa aka payau.tapi sekarang ni org yang selalu menjual daging payau tu,dah tak pergi memburu lagik...huhu.nasib baik tak teringin nak makan daging payau sekarang nih.....TAMU membawa maksud pasar tani kalau di malaya,pekan nat bagi negeri kedah & perlis.bermacam2 barang ada dijual di tamu,ada ikan,udang,sotong,ketam,siput,sayur - sayuran bandar dan kampung,kain baju,bantal kekabu aka kapok,parang,pisau dan macam2 lagi.



bakul rotan pun ada dijual.....cantik.sesuai untuk ke picnic atau isi susu anak2 bawa jenjalan.




ini pun barang perhiasan rumah,saya tanya penjual tu buat dari apa,katanya dari daun palas.cantik juga kalau buat perhiasan rumah ni.

Tuesday, August 18, 2009

BIHUN GORENG JER.......




SALAM....
menu dinnner semalam,semalam kerja pagi balik dah lewat jadi masak simple2 ja.yang pedas tu utk mama & abah.





yang ini versi anak2........

Sunday, August 16, 2009

JEMPUT - JEMPUT BONDA




SALAM....
buat untuk bf hari ni,resepi dari my mom.jemput makan......



Saturday, August 15, 2009

IKAN BAKAR TOMYAM





SALAM....
Ini pun menu hari ni juga,memang sedap.resepi saya c & p dari dapur hana...halal ye hana.

bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)-saya guna ikan bulan
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan Kisar

2 biji cili merah
3 biji cili api
3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak

Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)
Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit (aku wat stail ijan, bakor lam oven ngan suhu 200 selama 30min).

Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang.



ini la ikan bulan,mungkin ada kengkawan ada nama lain kut utk ikan nih.......

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails