Friday, October 30, 2009

PENGAT NANGKA BERSAGU





SALAM....
buat pengat nangka atas permintaan my hubby....buat sikit ja, untuk sekali dia makan sebabnya saya masih berpantang lagi.sedap pula nampak tapi apa boleh buat sebab masih berpantang.rugi la kan.....hari tu buat laksa(masa dapat tempahan), tak makan pun...rasa pun minta tolong hubby yang tolong rasa.selalunya setahun saya pantang makan laksa,ni nak balik kampung kempunan la nak makan laksa teluk kecai...selalunya kalau balik kampung mesti pekena laksa teluk kecai(ni dah jadi acara makan yang wajib lak...hehehe).ok la berbalik pada pengat ni,resepi saya letak juga...tapi kuantiti tu pandai2 la ejas ya.......


bahan-bahan
500 gm nangka
1 liter santan pekat
200 ml air
1/2 sudu teh garam
200 gm sagu
2 helai daun pandan

cara membuatnya
-masak santan pekat,daun pandan dan air sehingga sedikit mendidih
-kemudian masukkan garam dan gula.tunggu sebentar sehingga gula hancur
-kemudian masukkan gula dan sagu
-biarkan sehingga sagu kembang dan sedia untuk dihidangkan.



Wednesday, October 28, 2009

BEBOLA BADAM CORNFLAKES





SALAM......
ini antara biskut yang saya buat masa hari raya yang lalu....resepi dari berita harian,tak ingat pula tarikhnya....



bahan-bahan
230 gm mentega
320 gm tepung gandum
110 gm gula kastor
1 biji kuning telur
50 gm cornflakes-di hancurkan
sedikit jem strawberry
sedikit badam yang telah di cincang - saya guna bijan(ni kes nak habiskan stok bijan)

cara membuatnya
-pukul mentega dan gula hingga kembang
-masukkan telur dan kacau sehingga sebati
-akhir sekali masukkan tepung gandum
-bulat2kan adunan sebesar guli dan golekkan dalam putih telur serta buat lubang di tengahnya
-salutkan bebola dengan badam cincang
-apabila sejuk masukkan jem strawberry ke dalam lubang tadi dan masukkan dalam acuan kertas.


Tuesday, October 27, 2009

PERTEMUAN KK BLOGGERS





SALAM.......
ini adalah aktiviti hari minggu yang lepas,pertemuan antara KK bloggers di karambunai lagooon.ada juga kawan2 yang bukan bloggers pun ikut.....pertemuan adalah lebih kepada suai kenal dan bersantai bersama family di hari minggu.




aktiviti bbq....kambing,ayam,udang dan ikan.








antara makanan yang di bawa oleh bloggers....nasi lemak,laksa johor,bakso,nasi putih,tomyam,sayur,muffin,puding dan buah2an.












anak2 bloggers..............










aktiviti anak2,main pasir dan mandi laut.







aktiviti fotografi........kau tembak aku ,aku tembak ko.hehe..........






aktiviti memancing.....antara hasil pancingan.




acara kemuncak....bergambar beramai.

p/s buat semua teman2,jika ada terlebih terkurang minta halalkan ye.jika ada terkasar bahasa pun minta dimaafkan.

Monday, October 26, 2009

JUMPA DENGAN MEMBER MYR...............





SALAM.............
pada hari jumaat malam yang lalu,saya dapat berjumpa dengan norana...member MYR.kak ana datang sini coti2 malaysia,best dapat jumpa kak ana,peramah orangnya.tapi terkilan gak tak dapat nak bawa kak ana jalan2 pada hari sabtu tu...sebab my hubby terlibat dengan perbarisan hari TYT.ini adalah pertemuan saya yang ketiga dengan member MYR.layannnn ja la pic2 ni......malam tu bawa kak ana makan dan pastu kitaorang lepak2 kat tepi laut.sementara saya berborak...si teruna berdua tu berlari ke sana sini,main ja kerja diaorang.my hubby lak macam biasa,dengan aktiviti menembaknya.....kat sini saya tak letak pic2 hasil tembakan dia malam tu sebab tenet lembabbbbbbb betul nih nak upload gambar.lepas nih siapa lagi ye saya dapat jumpa????....best nih bergader2.............





Saturday, October 24, 2009

BISKUT NESTUM KISMIS



SALAM.......
ini pun biskut raya yang lepas,resepi dari maya zakry MYR.biskut ni mendapat pujian ramai............next raya boleh le buat lagik.

Bahan-bahan ( 100 pcs )
250g butter
100g kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
Telur 1 biji (psl i buat 1/2 dr resipi suruh).. So kalau 250g butter, letak 2 biji ler

Cara-cara
- Pukul butter dan gula hingga kembang.
-Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
-Masukkan tepung dan nestum, gaul.
-Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
-Bakar pd suhu 180 selama 20 minit.


Thursday, October 22, 2009

BISKUT KELAPA CERI BONDA




SALAM.........
baru dapt mengupdatekan entry malam tadi,malam tadi selepas menguploadkan gambar saya tertidur.rupa2nya my hubby tolong savekan,tu yang n3 tak de cerita....sekut buat raya yang lepas ,saja nak share resepi dengan kawan2 dan untuk rujukan juga di masa akan datang....resepi dari my mom.resepi dolu2 nih...

bahan-bahan:
250 gm mentega
120 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
100 gm kelapa kering
140 gm tepung gandum
140 gm tepung jagung
30 gm serbuk badam
kuning telur dan bread crumbs - untuk hiasan
ceri

cara membuatnya:
-pukul mentega dan gula hingga kembang.masukkan kuning telur,esen vanila dan putar lagi.
-masukkan badam kisar,tepung jagung,tepung gandum.kacau sehingga sebati dan jadikan doh.
-canai dan terap dengan acuan biskut
-sapukan kuning telur,taburkan bread crumb dan hias dengan ceri
bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.


Tuesday, October 20, 2009

REZEKI DI BULAN SYAWAL




SALAM.....
tempahan dari opis mate my hubby,laksa untuk 50 orang......



MAKAN2 DI PENGHUJUNG SYAWAL




SALAM.....
makan2 lagi di panghujung syawal,kali ni jemput opis mate my hubby lak.....gambar2 makanan tak sempat nak snap.tuan rumah sibukkkk sesangat,maklum la semuanya buat sendirik.antara menu malam tu,mee kari,bihun goreng,roti jala wif kuah derian,buah2an.kalau ikut plan macam2 lagi nak buat tapi dah tak sempat....sebab sehari sebelum buat makan2 ni ada siapkan tempahan laksa dari opis mate my hubby.apa2 pun kami enjoy tul malam tu....buat semua tetamu yang datang malam tu,maaf jika ada kekurangan dari kami.gambar di atas tu sebelum makanan siap lagik...tengok pula di bawah ya gambar selepas makan2.






antara yang hadir,ramai sebenarnya.ni antara group yang last...jadi sempat la bergambar.masa ni tuan rumah dah boleh duduk melayan tetamu.

buah tangan dari kawan2....makasih ahhh.

Monday, October 19, 2009

KETUPAT PERIUK KERA





SALAM......
ketupat periuk kera,entah lah betul ke tidak nama tu.....makan ketupat ni masa pergi open house rumah ustazah abang long.ustazah ni orang bintulu,sarawak.rasanya sama juga dengan ketupat palas tu,cuma cara dimasukkan dalam periuk kera tu yang lain.



FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails