Wednesday, March 31, 2010

SINGGANG IKAN KEMBUNG AROI-AROI





SALAM....
masak macam singgang biasa ja tapi gantikan asam keping dengan aroi-aroi.....

Monday, March 29, 2010

KUIH LOMPANG PANDAN




SALAM...........
salam di pagi isnin yang damai,kuih lompang pandan untuk sarapan pagi ni.


bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
sedikit kapur
6 helai daun pandan
sedikit pandan paste

cara membuatnya
-masakkan gula dengan 1 cawan santan,ketepikan dan biarkan sejuk
-blend daun pandan dengan 1 1/4 cawan santan,tapiskan
-dalam bekas,masukkan tepung beras,kapur,air gula dan air pandan tadi.kacau hingga sebati.boleh masukkan pandan paste jika nakkan warna yang lebih hijau.
-panaskan kukusan,latak acuan di dalam kukusan
-bila air mendidih,masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit
-bila masak,angkat acuan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi air.biarkan sejuk dan boleh lah di keluarkan dari acuan.




Thursday, March 25, 2010

APAM TEPUNG BERAS




SALAM......
apam tepung beras ni buat sebagai bekalan masa ke kudat hari tu......kali ke tiga buat baru sempat snap gambar sebabnya asal buat mesti habis di ngap oleh kanak2 riang.ni pun buat awal pagi buat sebelum dorg bangun,jadi sempat la apam tu berposing.memang tak membazir kalau buat apam ni,gerenti habissssssss.resepi dari kak watie,thanks ye atas resepi yang sedappp ni.......

bahan-bahan:

* 1 cawan nasi
* 2 cawan tepung beras
* 1 cawan gula putih
* 1 1/4 cawan air
* 1 sudu kecil yis
* sepeket kecil eno

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

bicara hatiku:hari ni hatiku berbunga riang sebab dapat menjejaki orang kampungku,rupa2nya mamasyipah sekampung denganku pula........

Monday, March 22, 2010

CUTI-CUTI SABAH - KE KUDAT






SALAM....
percutian masa cuti sekolah yang lalu,ke kudat.


pantai bak-bak,pantai yang harus dikunjungi jika ke kudat.....bersih pantainya.








antara pic2 keindalan alam di tip of borneo,simpang mengayau.






macam biasa aktiviti kanak2 riang,mandi-manda.penat mama dengan abah menunggu.....




kalau ke kudat mesti membeli seafood yang fresh2 tu dan harganya amat murah dari di KK.antara barang2 yang dibeli,ikan parang2 tu seekor harganya rm 2 sahaja.ketam harganya murah dari KK,sekilo rm 10...besar2 pula tu,6 ekor dah 2 kilo.yang best kat sana ada pula ikan kembung yang spesies berlemak tu,kat KK susah pula nak dapat ikan kembung spesies tu............udang dan sotong pun kitaorang borong juga.penuh esbok,tahan kut 2,3 minggu.

Friday, March 19, 2010

IKAN KELAH STIM AROI-AROI




SALAM................
ikan kelah ini adalah pemberian dari ofis mate my hubby.sekarang ni ada tagal di sungai disini.ini first time saya dapat merasa ikan kelah,sedapppppp.isinya seakan2 isi ikan terubuk(ini pendapat saya) banyak tulang tapi tidak terlampau banyak macam ikan terubuk.aroi -aroi saya dapat di TAMU putatan,dah terpikat dengan aroi-aroi ni.....aroi-aroi adalah sejenis buah yang telah dikeringkan,dijemur di terik panas matahari sehingga ia kering(yang warna hitam di dalam gambar tu).ia adalah pengganti asam gelugur aka asam keping......kelainan pada masakan ni cuma saya goreng terlebih dahula ikan yang dilumur dengan garam dan kunyit.ini lah resepinya...........

bahan-bahan
1 ekor ikan kelah
garam
serbuk kunyit
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar
2 batang serai*
3 keping aroi-aroi
1 inci halia-dihiris nipis
2 helai daun limau purut
sedikit carrot-dihiris nipis
1 biji tomato-dibelah 4

cara membuatnya:
-ikan dibersihkan,lumurkan garam dan kunyit.goreng sebentar,tidak perlu garing.
-panaskan kukusan,dalam loyang,masukkan ikan,bahan bertanda* -dihiris halus,aroi-aroi,daun limau purut,serai,halia,garam secukup rasa.kukus lebih kurang 10- 15 minit.
-akhir sekali masukkan tomato dan carrot.
-sedia untuk dihidangkan.



Wednesday, March 17, 2010

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MUHAMMAD AZIM IKHWAN




SALAM.........
Bertemu kembali ya buat kawan2 semua..........ini adalah pic2 semasa majlis hari jadi angah yang ke 5 yang di sambut di tadika angah.kek adalah tempahan dari halen(myluvlycuppies),hanya untuk door gift je saya buat apam pisang dan apam coklat.buat angah,semoga menjadi anak yang soleh dan tercapai apa yang dicita-citakan.





Wednesday, March 3, 2010

DAGING DENDENG




SALAM....
resepi dari buku senangnya memasak...daging bersama chef hanieliza.




ini lah resepinya....


bahan A
1 kilogram daging
2 inci halia(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
2 cawan air
garam secukup rasa

bahan B(dikisar)
10 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besra rempah kurma
1 sudu besar gula merah

cara membuatnya
-daging dibersihkan,kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus bersama serai dan halia hingga lembut.
-daging dihiris nipis tetapi lebar.kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
-tumbukkan daging didalam lesung supaya lebih lembut.
-panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi.
-masukkan daging tadi dan gaulkan hingga rata.
-sesuaikan rasanya kemudian angkat dan hidangkan.

Monday, March 1, 2010

SUKAN TAHUNAN SKSG KALI KE 11




SALAM........
Ini adalah pic2 sekitar sukan tahunan sekolah abang long,sekolah kebangsaan sri gaya yang diadakan pada 24 februari yang lalu di komleks sukan likas.





pasukan unit beruniform.




<



pasukan rumah2 sukan.









acara gimrama.......





semasa acara 4 x 100 meter......




dengan hadiah yang dimenangi,pingat emas untuk acara 4 x 100 meter tahun 3.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails