Thursday, April 29, 2010

TALAM GULA MERAH


LAPISAN BAWAH
* 200gm gula merah (gula merah mama tu hitam sikit laa)
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum -saya guna tepung beras
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

CARA CARA NYA

1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
    Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya
    dan tuang adunan lapisan atas.

LAPISAN ATAS

* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

CARA CARA NYA

1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Monday, April 26, 2010

BAHULU SODA PANDAN WANGI

SALAM................
seperti yang dijanjikan ,inilah resepi bahulu soda pandan wangi by kak fida MYR

Bahan-bahan ( Lebih kurang 60 biji, acuan lompang )

  • 250 g tepung gandum - diayak (2 cwn + 3 sb)
  • 200 g gula halus (1 cwn)
  • 2 sk ovallete
  • 200 ml air soda ( ice cream soda/sprite ) = (1 cwn)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen pandan
  • 1/2 sk garam
  • sedikit pewarna hijau
  • secukup papercup

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.Acuan lompang/alum. diisi dgn papercup dan ketepikan.

  2. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer.Pukul hingga sebati dan kembang lebih kurang 6-7 min. (10 min jika menggunakan hand mixer)

  3. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan hijau.

  4. Bubuh adunan putih ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.Tindihkan dengan sedikit adunan hijau di atasnya.Buat hingga habis.
  5. Kukus kuih sehingga 10-12 min. utk acuan kecil dan 15 min utk acuan besar...

  6. ....hingga mekar...sejukkan kuih dan boleh dihidangkan...

  7. di dalam acuan lompang..yg tak mekar sebab tk dialas papercups...

  8. di dalam mangkuk muffin...lebih cantik jika menggunakan magkuk muffin size S...

Saturday, April 24, 2010

DRSCENTS PERFUME


new DrScents PERFUME ~ Energize Perfume
100% keluaran Bumiputera Muslim
Bebas dari alkohol
3 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
Ringkas dibawa dan digunakan dengan botol “Roll On”
Bauan eksklusif & terpilih tanpa berbelanja ratusan ringgit
Mengembalikan keyakinan & ketrampilan diri dengan khasiat aromaterapi
Dikeluarkan oleh Scents Resources
Produk kami terdiri daripada 4 jenis set iaitu Men Set 1 serta Men Set 2 untuk lelaki dan Women Set 1 serta Women Set 2 untuk wanita. Setiap set mengandungi 3 botol ‘Roll On’ dan setiap satunya mengandungi bauan yang berbeza dan diinspirasikan oleh bauan terkenal.
Men 1
Black Code inspired by G. Armani
Energise inspired by Hugo Boss
Eternity inspired by CK

Men 2
Acpua Di Gio inspired by G. Armani
Desire Red inspired by Alfred Dunhill
XS Black inspired by Paco Rabanne

Women 1
Be Delicious inspired by DKNY
Ralph inspired by Ralph Lauren
Black XS Rose inspired by Paco Rabanne

Women 2
Secret Wish inspired by Anna Sui
Addict inspired by Cristian Dior
Fantasy inspired by Britney Spear

Dengan identitinya sendiri, DrScents PERFUME ini mengandungi khasiat aromaterapi yang dapat memberi kesan positif kepada si pemakai. Pemakaian wangian ini mampu mengembalikan keyakinan & ketrampilan diri.
Wangian ini bebas dari alkohol serta sesuai digunakan semasa solat. Penghasilannya adalah keluaran 100% Bumiputera Muslim maka menunjukkan tiada keraguan dalam produk ini.
Pemakai boleh memakai di badan mahupun pada pakaian dan bauan ini mampu bertahan sepanjang hari bergantung kepada aktiviti si pemakai. Secara puratanya, bauan ini mampu bertahan 8-10 jam jika dipakai di badan dan sehingga sepanjang hari jika dipakai pada pakaian anda.
Harga DrScents PERFUME ini hanya  RM 33.00 sahaja di sabah dan sarawak.
kami mengalu-alukan individu persendirian/perniagaan yang berminat untuk menambah pendapatan dengan produk kami. pengedar adalah dialu-alukan.
Untuk Tempahan :
hubungi maria - 0194447544

             hakim - 0125741861





Friday, April 23, 2010

MIHUN SIAM SINGAPURA

 SALAM..................

bertemu kembali,maaf la tuan rumah ni kadang2 ada,kadang2 hilang kejap........buat semua yang singgah di sini terima kasih saya ucapkan,kunjungan balas akan menyusul selepas ini.itupun mesti settlekan kerja2 rumah dulu ye.......hari ni sempat buat sarapan sebab dah habis kerja malam,jadi hari ni saya bercuti tapi tenghari ni ada aktiviti jenjalan pula dengan member.menu pagi ini,mihun siam singapura resepi dari majalah RASA april 2010.yang bauhulu pandan wangi nanti saya letak N3 kemudian ye............jom tengok resepi mihun siam singapura.......




bahan-bahan

250 gm mihun- dicelur
1/2 batang lobak merah
segenggam taugeh -saya tambah
3 ekor sotong -saya tambah
sekeping tauhu-saya tambah
20 gm bawang merah    -dikisar
5 gm bawang putih       -dikisar
10 gm udang kering
5 gm kacang tanah -digoreng dan dikisar
20 gm asam jawa-dibancuh dengan sedikit air
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng

cara membuatnya
-panaskan kuali dengan  sedikit minyak,tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berbau harum
-kemudian masukkan udang kering,kacang tanah dan serbuk lada sulah.kacau rata.
-masukkan air asam jawa,lobak merah dan mihun, kacau sebati.
-selepas itu,pecahkan telur,masukkan garam secukup rasa.kacau dan angkat.
-sedia dihidangkan.

Tuesday, April 20, 2010

SAMBAL BELACAN ASAM BELIMBING

SALAM........
ini gu dengan singgang serani,perghhh sedapnya.kalau yang berdiet tu hilang la dietnya.hehe.....buat sambal belacan macam biasa cuma tambahkan belimbing ja...

Monday, April 19, 2010

IKAN SINGGANG SERANI

 
SALAM.........
menu dinner semalam,setelah kepenatan pergi berkelah ...ini aja la yang dapat dimasak untuk hidangan makan malam.resepi dari CMG,saya ambil di MYR.


Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua-saya guna ikan parang
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis "Maggi"
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
  2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.

Friday, April 16, 2010

KARI UDANG NENAS

SALAM..........
menu dinner hari ni,kari udang nenas.buat semua kengkawan ,perasan tak umah kita dah bertukar langsir baru....ini adalah hasil kerjatangan dari member blogger kita yang baik hati,cikmin nun jauh di bentong .buat cikmin terima kasih atas pertolongan dari cikmin ,hanya ALLAH yang dapat membalas budi dan jasa baik dari cikmin.

kari udang nenas

bahan-bahan

500 gm udang
1 packet kecil rempah kari ikan/udang
1 biji kelapa
1/2 biji nenas sederhana besar
3 tangkai daun kari
air asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


bahan ditumbuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

cara membuatnya
-basuh udang dan toskan.
-bancuh rempah bersama pati sedikit pati santan ,air asam jawa dan sedikit air.
-panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang ditumbuk dan daun kari hingga wangi.
-masukkan rempah,masak hingga naik minyak.
-masukkan santan,garam biarkan hingga mendidih.
-masukkan udang dan nenas.kecilkan api dan biarkan masak.
-angkat dan boleh lah dihidangkan.

PULUT KUNING & THE GENG





SALAM....
buat petang semalam,pulut kuning enak dimakan bersama rendang dan kari daging.jadi saya menggandingkan pulut kuning ini dengan rendang daging rusa dan kari daging rusa.emmm lazatnyaaaaaaaaaa.dapat la bagi untuk jiran2 dan ustaz ngajar mengaji abang long & angah.nak jemput makan pun dah habiss,layan gambar ja la kan...

ini resepi pulut kuning bonda
bahan-bahan
1 kilo beras pulut direndam semalaman dengan 3 keping asam gelugur dan sedikit serbuk kunyit
2 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
secubit garam
secubit gula
2 helai daun pandan

cara membuatnya
-toskan beras pulut yang direndam,keluarkan asam gelugur dan kukus lebih kurang 15 minit
-angkat dari kukusan,perlahan api.
-arung dengan santan yang dicampur dengan garam dan gula,sesuaikan rasa.
-masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga masak.
-angkat,biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan.



resepi rendang daging rusa bonda

bahan A
300 gm daging rusa
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
daun limau purut
sedikit bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis

bahan B(dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
8 biji cili kering
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar


cara membuatnya:

-daging dipotong kecil.basuh dan toskan.
-panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersam bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
-masukkan daging.
-masukkan kerisik,santan,gula,garam,air asam jawa dan sedikit air.
-masukkan duan limau purut.masakkan sehingga daging lembut dan kuahnya pekat.
-apabila sudah pecah minyak boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Thursday, April 15, 2010

APAM TEPUNG BERAS TANPA ENO






SALAM........
saja nak share dengan kawan2 menjadi juga resepi apam tepung beras kak watie ni walaupun tanpa eno.sebenarnya bukan sengaja tak mau letak eno tapi rupa2nya stok eno dah habisss.mana nak cari pepagi buta tadi kan....mula2 try kukus 2 biji dulu,pastu nampak dari tutup cermin pengukus tu,mekar setaman juga.jadi saya pun meneruskan mengukus yang lain.dari segi rasa sedap lagi yang ada eno sebab tekstur apam tu lembut dan gebu,tapi kalau nak rasa kelainan boleh juga buat tanpa eno kan.....ampun ya kak watie sebab memandai ubah resepi akak tu.

Wednesday, April 14, 2010

BERTEMU DENGAN GENG MYR LAGI..........




SALAM..........
pertemuan dengan kzie MYR minggu lalu.lagi geng MYR yang dapat kita jumpa.......lepas ni siapa pula ya???kalau ada yang nak datang tu bagitau ya,boleh bergader2 lagiiiiiiiiiii.jom layan pic2 masa gader2 dengan kzie dan halen hari tu........




makan2 time........



aktiviti kanak2 riang...




acara wajib kalau datang KK,ke pasar pilipin.......macam2 ada.





samapi masanya untuk berpisah,harap2 lepas ni kita akan bertemu lagiiiiii..............

Tuesday, April 13, 2010

APAM BALIK





SALAM...........
pagi ni buat apam balik untuk sarapan.resepi dari dari buku senangnya memasak kak hanieliza.saya ambil resepi dari blog mamasyipah.........


Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B

2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C

coklat chips [xbbuh pun]
jagung cream

Cara

1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidang

Thursday, April 8, 2010

LEMAK CILI API SAYUR MIDIN




SALAM............
ini sebenarnya menu beberapa hari yang lalu,tengok mimi post N3 lemak pucuk paku,saya pun teringat pic ini.kalau kawan2 saya orang sabah,dorg panggil pucuk lemidin,tapi mak saya panggil paku midin.tapi benda yang sama,biasa la kan lain tempat ,lain panggilannya.


Bahan-bahan


* Satu cekak sayur midin
*2 ulas bawang merah
* 6 biji cili padi
* 1/2 gengam udang kering
* 1/2 sudu teh serbuk kunyit
* 1 cawan santan pekat
* air secukupnya(jika tidak mahu pekat)-saya suka yang pekat
* sedikit garam

Cara-cara

- Bersihkan sayur midin & ambil pakunya saja
- Tumbuk bawang merah, cili padi & udang kering
- Masukkan bahan yang di tumbuk tadi bersama 1/2 cawan air & 1/2 sudu teh serbuk kunyit ke dalam periuk - masak hingga mendidih
- Masukkan santan pekat, sayur midin & sedikit garam - masak dengan api perlahan sehingga sayur layu & santan mendidih
-sedia dihidangkan.

Tuesday, April 6, 2010

AROI - AROI




SALAM....
buat kawan2 yang nak tengok rupa aroi2 tu,ini la gambarnya.nak terang banyak2 pun saya tidak arif sangat...takut silap bagi penerangan pula.tapi menurut kawan saya dan mak cik yang menjual aroi2 ni di TAMU,aroi2 ni adalah sejenis buah yang seakan2 buah kelubi,warnanya merah....dorg kopek kulitnya untuk mendapatkan isi.lepas tu dorg akan jemur hingga kering,aroi2 ni rasanya masam,lebih kurang macam asam gelugur aka asam keping.mask cik yang menjual di TAMU yang bagitau saya sedap jika di masukkan semasa mengukus ikan.


Monday, April 5, 2010

BERTEMU DENGAN KAK E LAGI.......




SALAM....
semalam dapat bertemu dengan kak e buat kali ke 3,harapan saya semoga persahabatan ini akan terus berpanjangan.maaf andai ada kekurangan dari pihak saya......




angah dengan gift dari kak e,makasih ye kak.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker