Saturday, February 28, 2009

SINGGANG SOTONG-VERSI ANAK2



SALAM.........
ni singgang sotong gak versi anak2.....

bahan:
sotong
bawang merah
serai di ketuk
asam gelugur
air garam

cara membuatnya:
rebus semua bahan kecuali sotong,setelah mendidih barulah masukkan sotong.perasakan dengan garam.siap untuk dihidangkan.


SINGGANG SOTONG



SALAM......
lauk untuk dinner malam ni....simple dan cepat untuk disediakan.resepi sudah semestinya dari MYR.....dari knor(orang ganu kite).malam ni ingat nak p dinner kat luar tapi hujan terpaksa la masak & makan kat rumah........ni la resepinya

bahan-bahan:
500 gm sotong
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai-diketuk
3 keping asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam & gula
air terpulang ikut banyak mana nak kuahnya

cara membuatnya:
-bersihkan sotong,potong ikut citarasa dan toskan airnya.
-blend cili,bawang & kunyit hingga halus
-masukkan air dan bahan2 yg telah di blend ke dalam periuk,masukkan lengkuas,serai,asam gelugur dan belacan.
-masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong,daun kesum,garam & gula secukup rasa.
-biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
-bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

MASAK & MAKAN -MAKAN






SALAM....
semalam ada majlis makan2 kat tempat kerja sempena krismas & chinese new year(dah lama lepas pun) baru kitaorg teringat nak buat makan2.......masing2 asyik bzzzzzzzz memanjang tu yg lambat buat majlis tu.semua makanan ni di masak oleh mak2 dara(save cost tak yah catering).sebenarnya makanan tu banyak tapi disebabkan teringat nak makan ja sampai terlupa nak snap gambar......last2 ambik ko dah nak abis makanan semua baru teringat nak bergambar.antara menu semalam .....udang masam manis borneo(nnti aku letak resepi kat sini),ikan masak taucu,kari ikan,acar timun nenas n karot & kerabu sayur(menurut cakap tuan yg masak tu).yang aku masak udang & acar ja.layan jer.......ada lagi makanan lain - karipap di sponsor oleh cik dara sue...
* maaf gambar blur.........guna kamera lama ja(hsbnd pula bawa kamera yg selalu di guna pergi opis dia ....ada majlis gak)

ROJAK SENGKUANG





SALAM.....
hari ni balik keja....lapar sangat,tiba2 teringat sengkuang dalam icebox.apa lagi terus potong letak kuah kacang Mak Bee & tabur kacang tanah goreng....fuh sedap beb(teringat masa zaman persekolahan dulu....selalu beli sengkuang ni...).kuahkacang mak bee tak de kat sini,jadi setiap kali balik kampung ini la antara barang2 yg akan di bawa ke sini...selalu beli kat pekan rabu,alor setar.

Thursday, February 26, 2009

KUIH LOMPANG



SALAM....
buat petang semalam....sedap dan mudah disediakan.....
kuih kegemaran kami suami isteri,tak pernah jumpa kat sini.....teringin sangat nak makan jadi buat sendiri ikut resepi sweetlilly(MYR).....

BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul-kukus kejap

cara membuatnya:
-satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air
bersama daun pandan.masak atas api kecil hingga gula larut.sejukkan sebentar.
-satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang 1 cawan air kapur.gaul rata.
-kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi.gaul hingga sebati.
-tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
-kukus 10 minit atau hingga masak,bila dah masak kuih akan jadi berlubang di
tengahnya.
-hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi.

SELAMAT MENCUBA

SECEBIS KENANGAN




SALAM.....
hari ini bertarikh 26 hb februari mengingatkan aku kenangan 3 tahun lepas ......kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi sabah ,negeri di bawah bayu............berbagai perasaan aku sewaktu tiba di sini...sedih,pilu mengenangkan kami sekeluarga terpaksa berjauhan dengan keluarga di kampung........di sebalik perasaan sedih itu sebenarnya jauh di sudut hatiku terselit perasaan suka dan gembira kerana kami sekeluarga dapat hidup bersama2 di bawah satu bumbung.bukan lagi macam dulu aku & anak2 di kangar,perlis.husband pula di penang.....cuma hari minggu ja kami dapat bersama2.terasa beban yang aku galas selama ini berakhir sudah........
mula2 kami sama2 di kangar tetapi apabila hsbnd aku dinaikkan pangkat dia dipindahkan ke penang.sebenarnya aku yg malas untuk pergi ke penang.....best dengan kehidupan di kangar.kebetulan semasa hsbnd aku di penang ,dia ada datang ke KK (sukan LHDN).balik ja dari KK dia bagitau aku jom kita pindah ke KK......best tempatnya dan yang pasti sampai bila kami akan tinggal berjauhan .aku pun bersemangat untuk datang ke sini...alhamdulillah ok ja kat sini.anak2 pun happy....dah pandai cakap sleng sini pun......tapi anak sabah lagi yang belum ada(cam ner ni jenuh dah menunggu..........sabar ja la......)
gambar kat atas tu ...itulah rumah kami kat kangar.......sedih juga kadang2 kalau tgk rumah tu...mula2 niat dihati tak mau bagi orang sewa...tapi akhirnya bagi juga menyewa kat Dr wan.gambar tu aku ambil masa balik kampung baru2 ni ...itupun aku bagitau dr wan dulu yang aku nak ambil gambar tu.....tak best juga kan ada orng menyewa tapi kami dok pergi tengok.
ok lah....dah panjang bebelan aku di pagi2 ni...banyak lagi kerja rumah sedang menunggu ni.....layan jer.........

Wednesday, February 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO NORSHILLA






SALAM.....
ini merupakan majlis sambutan hari jadi seorang pesakit di wad.....namanya norshilla(shilla) yang ke 15 tahun.shilla menjadi penghuni di sini lebih kurang 8 tahun.......kesiankan......tapi itu lah ketentuan dariNya.majlis seperti ni memang diadakan setiap tahun......memang shilla akan tertunggu - tunggu majlis ni.happy ja nampak dia hari ni....apap2 pun untuk shilla.....SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI- moga dipanjangkan umur dan ceria2 selalu dalam melayari kehidupan ini.....layan jer.........

Monday, February 23, 2009

CARAMEL CHEESE PUDDING





SALAM.....
emmmmm....yummy,betul kata yani sekejap rasa macam cheese cake sekejap rasa macam puding.ni la masakan yang tengah panassss sekarang kat MYR,jadi aku pun tak ketinggalan untuk mencubanya.ni la resepinya....

bahan-bahan(4 orang)
=karamel
70 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

=puding
180 gm cream cheese
70 gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar
1 sudu besar jus lemon

cara -cara membuatnya:
-sediakan karamel:panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
-pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.(tak perlu kembang)
-panaskan susu sehingga hampir mendidih.kemudian tuang ke dalam no 2 tadi.kacau sekata.
-tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karemel tadi.
-alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.bakar dengan suhu 160c selama 40 - 45 minit.
-sejukkan sebelum di hidang.

KUIH LOPES



SALAM.....
kuih lopes ni utk breakfast hari ni....ni lagi request dari budak demam,tapi seketul ja dia makan.nampaknya mama & abah la tukang makan......sebenarnya sebelum adik demam lagi dia dah minta aku buatkan kuih lopes ni...tapi masa tidak mengizinkan.
adik:"mama ....buat la ba kuih hijau tu...adik mo makan"
mama:"kuih hijau yg mana nih?"
adik:"yg pulut hijau tu ba.....ada daun tu..."
mama:"ok....mama buat,tu namanya kuih lopes"
adik:"mama buat ya...adik mo makan dengan susu"
jadi ini la hasilnya.....

Sunday, February 22, 2009

MEE KARI KETAM


SALAM....
ini la menu hari ni,mee kari ketam....ni utk mama & abah,untuk anak2 pula maca biasa la dorg tak habis2 dgn sup......jadi buatkan dorg mee sup.

ROTI JALA


SALAM....
buat untuk breakfast hari ni....request dari budak demam( si adik)......cicah dengan kari ayam...ini la resepinya dari yatiezaini(MYR)

bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 tin susu caur
4 tin air (guna tin susu)
4 biji telur
sedikit esen vanila
pewarna kuning
secubit garam

cara membuatnya:
-satukan bahan2 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
-masukkan adunan tadi ke dalam blender,blend sekejap hingga adunan sebati kemudian di tapis
-panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak.masukkan adunan ke dalam acuan roti jala & jalakan di atas kuali.
-biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak...bolehlah di angkat dan mengikut citarasa masing2.sedi untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, February 21, 2009

KEK LABU BERKRIM KEJU



SALAM.....
tadaaaaaaaa,ini la hasilnya selepas main masak2 dengan anak2....apa taknya main masak2 sebab dorg mengacau aku.selalu ok ja dorg ni tak pernah lak kacau aku....kalau nak tahu sebabnya.....ini la sebabnya hsbnd aku pergi dinner (ofis) dia jd apa lagi dorg ni ambil kesempatan la.kalau dengan mamanya tak makan saman dorg.tapi ok la akhirnya berjaya jg aku menyiapkan kek ni...
resepi ni belajar dari kak timah jg masa kat perlis...resepi asal adalah kek carrot tapi sengaja aku mengginakan labu...nak test power labu lak...ok jg sedapppppppppp
ini la resepi nya.....

bahan2
bahan A

4 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
280 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

bahan C
400 gm carrot(labu pun boleh)
80 gm walnut(aku guna badam cincang)

cara membuatnya:
-pukul telur hingga pekat,masukkan guladan pukul lagi hingga kembang.
masukkan minyak dan pukul rata.
-masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.akhir sekali masukkan bahan C campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 - 60 dengan suhu 170c.
-sejukkan dan hiaskan dengan krim keju.

krim keju

125 gm cream cheese
100 gm mentega
150 gm gula icing
1 sudu besar pati oren(sunquik pun boleh)

cara membuatnya:
pukul keju hingga kembang dan masukkan mentega,gula dan oren dan pukul hingga sebati.bolehlah di hiaskan di atas kek.

Thursday, February 19, 2009

KUIH BAKAR PANDAN


SALAM......
buat untuk breakfast hari ni.....hsband siap minta bekalkan untuk dia pergi ofis.
resepi dari zana08 MYR......mudah disediakan dan sedap bangat.......




bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula(saya guna 3/4 cawan ja)
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit pewarna hijau
bijan sebagai hiasan-jika suka

cara membuatnya:

-masukkan semua bahan2 ke dalam blender kecuali bijan
-blender hingga sebati
-sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalam loyang.
-taburkan bijan (jika suka)
-bakar selama 40 minit pada suhu 180c / hingga masak

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, February 18, 2009

IKAN MASAK CUKA


SALAM....
menu malam ni...resepi campak2 ja.masakan yg cepat disediakan,kalau nak sedap lagi simpan semalamam baru makan...fuh sedap beb....

Tuesday, February 17, 2009

JEMPUT MAKAN





SALAM........
ni menu hari ni.....ikan pekasam tu kes ngences tengok kat umah kton........nasib baik ada lagi stok yang dibawa dari kampung(mak aku yang buat),itu ja sekor yang tinggal....uwaaa.sambal sotong pun dah lama tak buat..semenjak harga naik tu.terkejut aku harga sotong sekarang rm 12...mahalnya,kalau dulu 1 kilo rm 7 - rm 8 ja.layan jer la..........

Monday, February 16, 2009

SANTAI-SEPETANG DI HARI MIGGU






SALAM.........
semalam seperti yg telah dijanjikan....kitaorng pergi tengok geng-upin ipin di growball cinemax(CPS).abg long & adik apa lagi bukan main happy lagi......ketawa ja kerja dia orang berdua tu.......siap telefon tok (my mother le)diaorang kat kampung bgtau yg diaorang tengok cerita upin ipin.tak pasti pula aku faham ke tidak mak aku tu.......
lepas tu kitaorang pergi lepak2 kat tepi pantai sutera harbour.......tengok pemandangan indah untuk menyegarkan mata sambil2 menghirup udara segar.....layan jer la..........

Sunday, February 15, 2009

KETAM MASAK LEMAK



SALAM.....
menu hari ni seperti yg diminta oleh abang long.....ketam masak lemak(ni buat versi anak2....tak letak cili api....pedas dorg takleh makan pula).ingat nak letak nenas baru sedap, tapi balik dari kerja malam malas pula nak singgah TAMU.hari minggu ni susah nak parking.........ikan tu goreng ja......sebab keletihan lepas kerja malam.layan jer la.............

Saturday, February 14, 2009

JEMPUT MAKAN-MEE SOTO






SALAM....
menu kami sekeluarga hari ni....mee soto.kuahnya ikut resepi as MYR,tapi guna ayam ja sebab tunggu tulang payau tak de minggu ni.rempah soto diimport khas dari jahor(kirim dengan kawan yg balik johor) dapat juga rempah soto syarifah.......dan akhirnya dapat juga makan mee soto hari ni.......emmm sedapnya(ni kiranya masuk bakul angkat angkat sendiri la kan).layan jer la............

Friday, February 13, 2009

BISKUT SUTERA DUBAI



SALAM...
biskut ni aku buat semalam...namanya sutera dubai.tak pasti kenapa namanya begitu.....ni adalah biskut yg pertama aku belajar kat kelas masakan masa kat perlis.cikgu kelas masakan tu namanya kak timah.....sekarang kita orang dah terputus hubungan...uwaaaa,kalau tak boleh ngendeng resepi baru.sepatutnya hiasan kat coklat cip tu adalah jelly tips tapi tak pernah aku jumpa jelly tip kat sini...jadi aku bedal ja letak coklat cip......layan jer la............

Thursday, February 12, 2009

KEK ASAM MANIS




SALAM....
Hari ni cuti...duduk kat rumah sorang2 boring pula.setelah siap semua kerja rumah termasuklah meruntuhkan bukit kain baju yg utk dilipat & di iron,jadi misi seterusnya membuat kek dan biskut.....gambar biskut nanti kejap lagi pula.resepi kek ni ambil dari majalah mingguan wanita edisi khas aidilfitri.....ini la resepinya.........

bahan-bahan
1 1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh esen pisang
5 biji telur grade A
2 1/2 cawan tepung gandum
asam gambir secukupnya

cara membuatnya
-pukul gula dan butter hingga kembang
-kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus di pukul
-tambahkan susu pekat dan esen perisa pisang
-diikuti dengan tepung yang di ayak bersama serbuk penaik
-masukkan 2 senduk adunan ke dalam loyang.ratakan.kemudian susun asam gambir di atasnya sehingga penuh.
-buat selapis demi selapis menggunakan kaedah yang sama.tutupdengan adunan terakhir.bakar hingga masak.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, February 11, 2009

DAGING TUMIS PAK ANDAM


SALAM..........
Hari ni kerja pagi,balik rumah puas juga memikirkan nak masak apa....akhirnya masak daging tumis pak andam(resepi dari kfiza MYR)...nak resepi ye,ni ha ada kat bawah.....sayur kubis je,untuk anak2ku biasa la sup...sup..sup...,jadi utk diaorang aku masak sup daging,& nugget.... dah cukup utk mlm ni.......layan jer la.........

DAGING TUMIS PAK ANDAM

bahan -bahan:
1 kilo daging
15 tangkai cili kering
2 helai daun purut
sedikit air asam jawa
gula & garam secukup rasa
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 cm halia*
1 sk ketumbar*
1 sk jintan manis biji*
minyak untuk menumis

cara membuatnya:
-daging dibersihkan dan direbus hingga lembut,rebus seketul-ketul.
-setelah daging lembut potong nipis dan ketuk2 sedikit daging tersebut dgn lesung batu
-kemudian goreng daging seketika,jgn terlalu garing.angkat & ketepikan.
-blend bahan yg bertanda *.
-panaskan minyak,tumiskan bahan2 yg telah diblend,kacau sebentar & masukkan cili kering.masak hingga garing.
-pastu masukkan daging,gula & garam,air asam jawa & daun limau purut.tambah sedikit air jika terlalu kering.
-kecilkan api & biarkan renih seketika.angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA