Tuesday, May 26, 2009

CEKMEK MOLEK


SALAM.....
buat utk bf pagi ni...cekmek yang tak molek,walaupun tak molek habis juga dingap.....resepi dari makyong - MYR............


Bahan-bahan ( 12-13 biji )

2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
-Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
-Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
-Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
-Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
-Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.


2 comments: