Wednesday, August 12, 2009

IKAN TAUCU HITAM MANIS





SALAM......
ini menu semalam,sedap dan sesuai dengan selera kami sekeluarga.resepi dari waheedeana MYR.

Bahan-bahan ( 4 orang )
3 ekor ikan kembung ( ikan lain pun bole ) - di potong dua dan di goreng terlebih dahulu bersama garam dan kunyit
* 10 tangkai cili padi - di belah dua
* 1 biji bawang besar - di mayang
* 3 ulas bawang putih - di ketuk
* 1 inci halia - di ketuk
2 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 cawan air
2 sudu air asam jawa
gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
** saya x letak garam pasal taucu dah masin..ehehe...**

Cara-cara
-tumis bahan yg bertanda * sehingga garing
masukkan sos tiram, kicap, taucu dan kacau sebentar dan masukkan air asam jawa dan air, biarkan mendidih
-perasakan dgn gula, garam dan bahan perasa, akhir sekali masukkan ikan yg telah siap digoreng..angkat dan sedia untuk dinikmati...


No comments:

Post a Comment