Thursday, April 9, 2009

BUAH MELAKA




SALAM.......
Ni request dari my hubby,baru siap buat....masih panas2 lagi.ini antara kuih yang paling senang untuk dibuat.buah melaka ni dah terlebih hijau pula,terlajak letak pandan paste.hehehe...resepinya

-tepung pulut
-air secukupnya
-air pandan @ pandan paste
-gula melaka ( aku guna gula 'gerek' -yg dibeli di padang besar masa balik kg hari tu)
-kelapa parut(putih sahaja) yang telah digaulkan dengan sedikit garam

cara membuatnya
-bancuh tepung dengan air sehingga boleh membentuk seperti bebola
-letak gula melak ditengah tepung dan tutup semula tepung
-didihkan air dan rebus ,bila tepung timbul boleh diangkat
-gaulkan dengan kelapa yang telah diletakkan sedikit garam.
-jadi apa tunggu lagi boleh la di ngap.

No comments:

Post a Comment