Sunday, November 8, 2009
NASI LEMAK
SALAM DI HARI MINGGU....
hari ni masak nasi lemak ja,lauk2nya sambal sotong kering dan ayam goreng rempah berserai.
resepi ni c&p dari rumah love(love,minta halalkan ye)
Bahan2 yang diperlukan :-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
----------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng
Cara2 memasaknye :-
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Alamak Kak Maria..Love nak gi tidur kejap lagi. Tapi tummy dah berbunyi tengok set nasi lemak akak nih! Adey, tak tahan Love! ;) Sedap sgt akak masak! Tks for doing the chicken! hehe hope u liked it! ;) Love pun nak makan bersama! ;) Sambal tuh! Gosh!...
Sedap nya nasi lemak....He he he he...kalau kita kat sini slalu main tapau jeee..tak taulah bila lagi sampai seru nak buat sendiri...
Wah....akak ada hal sehari dua ni..korang jamu sakan yer!!! Ingat Akak tak???
Wah..memang kena ayam goreng rempah serai tue dgn menu nasi lemak akak.. bestnye! :)
to love
hehe..love jangan makan malam2,nanti gemuk laks.ayam goreng love tu memang sesuai untuk nasi lemak.claaas gitu..
to cik_sue
kalau akak lak kalau nak puas mkan ,baik buat sendirik.leh le letak sambal banyak2 ka.
to kak watie...
semoga akak sabar dengan dugaan2 yang datang ye...
to ijan...
memang ngam la ijan ayam goreng berempah tu.
Post a Comment