Wednesday, August 24, 2011

UPDATE !!!!!!!!!!!

Assalamualaikum...
selamat berpuasa buat semua dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
bertemu kembali setelah lama menyepiiiiiiiiii,dah banyak perubahan dengan kehidupan kami sekeluarga.dari berempat dah jadi berlima.sekarang bukan lagi bersiaran dari kota kinabalu tapi dari ampang,selangor.dah lama tak update blog,bukannya apa MOOD kurang sikit.....masa preggy tak boleh nak ngadap PC atau lappy lama2(pening la pula).sekarang ni masa agak terbatas nak ngadap PC sebab dah ada si baby anaqi yang comel tu..............hehe.hari ni ada  kesempatan nak update blog,selalunya lepas subuh terus buat sekut raya....ok la next time saya cerita tentang kelahiran baby anaqi pula,banyak nak cerita sebenarnya ni....itu pun kalau ada kesempatan.akhir kata selamat menyambut hari raya aidilfitri,maafkan segala kesalahan dan jika ada termakan,terminum minta dihalalkan ye....

WASSALAM......

Tuesday, June 29, 2010

KEK LABU MANIS

bahan-bahan:
bahan A

4 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
280 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

bahan C
400 gm labu( boleh dikurangkan ke 3oo gm jika maukan kek yang kering sikit)
80 gm walnut

cara membuatnya:
-pukul telur hingga pekat,masukkan guladan pukul lagi hingga kembang.
masukkan minyak dan pukul rata.
-masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.akhir sekali masukkan bahan C campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 - 60 dengan suhu 170c.

Sunday, June 27, 2010

DOUBLE BERRY CHEESE CAKE

SALAM....................
kek yang amat mebelesss,rugi kalau tak mencuba.dah 2 biji saya buat,sambutan amat menggalakkan dari kawan2...........resepi hasil  dari saya kerajinan saya menggeledah dapur CMG





BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g cream cheese
150 g mentega
3/4 cawan gula halus (mat kurangkan sikit)
3 biji telur gred A'
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan susu segar
4 camca besar blueberry filling
4 camca besat strawberry filling
Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan.
  2. Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan.
  4. Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...
CATATAN MAT GEBU :- AWAS!!!...jika menggunakan acuan silicone, jangan sekali2 cucuk terlalu dalam atau guna lidi sate yang tajam..takut tercucuk acuan dan bocor!...elok guna lidi sate yang tumpul dan agak2 leer jangan sampai tembus (kalau guna acuan tin, tak de masalah yeaa)..."Snow Powder" tu macam gula aising (boleh guna gula aising sebagai ganti) tapi ianya berbeza dari gula aising. Snow powder ni tak mudah larut atau melengas bila dok lama di atas kek...

Thursday, June 24, 2010

IKAN TEMOLEH MASAK GULAI



hasil pancingan my hubby dan rakan2 semasa dorg ke kalabakan,resepi saya ambil dari rumah kak inakl.minta halal ye kak saya c&p disini



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan temoleh-di bersihkan dan diperap dengan air limau kasturi bersama garam - bilas dan toskan.
  • 10-15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit di siat-siat
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan santan cair
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu makan jus limau kasturi.
Cara Memasak

1. Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama kunyit hidup dan halia. Serai dititik.
2. Panaskan minyak dan tumis serai dan masukkan bahan tumbuk/kisar dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan santan cair.
4. Kacau selalu dan biarkan mendidih baru dimasukkan santan pekat.
5. Kacau lagi dan biarkan mendidih baru dimasukkan ikan temoleh tadi.
6. Masukkan garam bersama daun kunyit dan gaul sebati dan perasa dulu garam dan biarkan 10 minit atau sehingga ikan masak.
7. Masukkan jus limau kasturi dan padamkan api.
8. Bolehlah dihidangkan.

SAMBAL BELACAN KUININ

jangan jemu tengok n3 yang berderet2 ni,nampaknya malam ni dah boleh pos n3.......akhirnya dapat juga melepaskan keinginan nak makan sambal kuinin (orang kedah panggil konen,orang sabah panggil mangga wani) ni.tapi mahal arr kat sini.kat KK ni 1 biji rm 1 tapi hari tu jalan2 ke sipitang dapat la 4 biji rm 1.

KUIH LOPES


SALAM.......................
syukur alhamdulillah,akhirnya berjaya juga pos n3 kat sini.tak tau naper tak leh nak pos n3 2,3 hari ni.tensionnnnnnnn dibuatnya.walwupun masakan saya ni,biasa2 ja nak juga pos kat sini.hehe..........buat ni dah lama,masa kawan hubby dari kangar,perlis datang ke rumah tempohari.masih lagi menggunakan manisan tebu sebagai pencicah.jom tengok resepinya.....

bahan-bahan
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
5 helai daun pandan
kelapa parut (putih sahaja)
secubit garam

pencicah tu boleh cicah dengan gula melaka yang dicairkan,manisan tebu

cara membuatnya
-basuh beras pulut
-blender daun pandan bersama santan cair-dapatkan 3 cawan
-masak beras pulut bersama air daun pandan dengan api sederhana,kacau hingga masak
-sejukkan sekejap,bungkuskan pulut dengan daun pisang
-kukus sehingga masak
-biarkan sejuk,potong dan boleh la digolek kedalam kelapa parut yang dikukus sekejap.
-sedai untuk dihidangkan.


Sunday, June 20, 2010

ASAM PEDAS IKAN KELAH

SALAM..................
setelah 2,3 hari berhempas pulas mengupload gambar ,akhirnya berjaya juga.entah kenapa susah benar nak upload gambar kat sini.tapi rasanaya kawan2 yang lain tak de masalah kan....ok la jom layan asam pedas ikan kelah ni,


bahan-bahan
-1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
-4 ulas bawang merah-ditumbuk
-3 ulas bawang putih-ditumbuk
-2cm kunyit hidup-ditumbuk
-1 btg serai dititik
-3 btg daun kesum
-1 bunga kantan-dibelah dua
-1/2 mangkuk kecil air asam jawa
-3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
-1 1/2 mangkuk kecil air biasa
-garam dan gula (ikut rasa)
-minyak masak
-sedikit belacan

Cara-cara
-Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
-Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
-Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
-Masukkan ikan, garam.sesuaikan rasa,bila masak boleh la dihidangkan.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker