Thursday, May 20, 2010

KEK LOBAK MERAH BERKRIM KEJU

 SALAM......................

disebabkan di sini,sana,sinun asyik menayangkan carrot cake.akhirnya kita pun dah terkena virus carrot cake.tapi virus yang baik kan,disebabkan carrot cake ni la baru saya perasan yang saya ni lama sudah tidak membakinggggggggggg.saya guna resepi masa pergi kelas memasak dulu2 masa di kangar,perlis.jom kita tengok resepinya....

bahan-bahan

bahan A
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
350 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sdudu kecil soda bikarbonat   -diayak
11/2 sudu kecil baking powder

bahan C

400 gm-420 gm lobak merah
80 gm walnut-dicincang

cara membuatnya
-pukul telur hingga pekat kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.masukkan minyak dan pukul hingga rata.
-masukkan bahan B kedalam bahan Adan gaul hingga rata.akhir sekali masukkan bahan C dan campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam loyang dan bakar mengikut suhu oven masing2.
-sejukkan dan hiaskan dengan krim keju.
                                          ini sebelum dihiaskan dengan cream cheese

krim keju
125 gm cream cheese
50 gm mentega
75 gm gula icing
1 sudu besar pati oren(sunquick pun boleh)

cara membuatnya
-pukul keju hingga berkrim dan masukkan mentega,gula ,oren dan pukul hingga sebati


                                          selepas dihiaskan dengan cream cheese

11 comments:

mummyseri said...

Kak maria..seb bek da lepas buat kek ni aritu..tp nmpk kek akak ni moistla:)..bile2 blehlah try yg ni plak..

Watierman said...

Salam Maria.....lama Akak tak dtg kan?? Tak sempat Dik...Maria sihat ke???...alamak..ada carrot dua batang dalam peti karang tak jadi sayur pulak...terkenan kat kek!

Unknown said...

favorite akak ni....yum..sedapnya, nape tak ajak mkn? hehe...dgn tak malunya...

hazeleyed lady said...

ass-salam dik
Kak hazel copy recepy ek.TQ

salamdariborneo said...

to seri..
try la,mana tau sesuai dgn selera.

salamdariborneo said...

to kak watie...
alhamdulillah,sihat.kak apa tunggu lagi dah ada karot tu,boleh la buat kek.dah siap hantar ke sini sepotong ye.

salamdariborneo said...

to kak zana...
ook next time saya ajak datang makan,tak pun kita bersantai di tepian pantai teluk villa tu...

salamdariborneo said...

to kak hazel..
kak copy la resepi tu memang untuk dikongsi bersama....nanti kalau dah buat tu jangan lupa hantar sini sikit...hehe

indahhouse said...

salam kak maria,
apa khabar kak?
Ini yang topping krim2 keju ni yang tak tahan ni...sedap nampak kek carrot ni kak..

salamdariborneo said...

wsalam nur...
try la nur,memang sedap.

yanmaneee said...

kd shoes
bape
yeezy shoes
goyard
curry 6
supreme t shirt
supreme
jordan shoes
yeezy boost 350 v2
moncler

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker