Friday, July 24, 2009

NASI GORENG NENAS




SALAM...
buat untuk bf hari ni......resepi dari onigiri aka ros

Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang )
3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar. - saya guna sotong
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
2 sudu besar mix vegetable
1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
1 biji bawang putih ( dicincang halus)
sedikit lada sulah
1 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit bawang goreng untuk hiasan
2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)

Cara-cara
-Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
-Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan.
- Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan.
-Selamat Mencuba.



2 comments:

Watierman said...

Maria...ada lagi tak???...Nak sepiring...

salamdariborneo said...

kak ,lambat dah habissssssss

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker