Saturday, August 15, 2009

IKAN BAKAR TOMYAM





SALAM....
Ini pun menu hari ni juga,memang sedap.resepi saya c & p dari dapur hana...halal ye hana.

bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)-saya guna ikan bulan
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan Kisar

2 biji cili merah
3 biji cili api
3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak

Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)
Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit (aku wat stail ijan, bakor lam oven ngan suhu 200 selama 30min).

Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang.



ini la ikan bulan,mungkin ada kengkawan ada nama lain kut utk ikan nih.......

3 comments:

Watierman said...

Haiyo...banyak awal sudah masak...ke ini hari Ahad lo...Akak masih bersegan....malas ni...!!!

salamdariborneo said...

kak....hari coti pun kena masak.huhu.kalo di malaya dulu boleh main tunjuk2 sebab makanan sedap2 tapi disini kena masak juga lor.hehe

Anonymous said...

supreme hoodie
birkin bags
palm angels outlet
supreme clothing
retro jordans
kobe byrant shoes
jordan shoes
yeezy 700
bape
pg 1

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker