Friday, August 7, 2009

IKAN TONGKOL GORENG ASAM JAWA




SALAM....
ini pun menu semalam,sedap makan ikan nih.....rasa masam2.pekena pula dengan nasi panas2 pergh sedapnya.resepi dari hasue....my mil pun selalu buat macam ni.

Bahan-bahan ( Bergantung saiz ikan )
1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara
-Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
-Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
-Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..


No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker