Wednesday, January 27, 2010

KERABU TOMATO





SALAM.......
baru sempat mengupdatekan blog,kerabu tomato simple................

bahan2
dihiris halus

2 biji tomato
sedikit karot
1 batang serai
sedikit bunga kantan
1/2 biji bawang besar
2-3 biji cili padi
1 biji limau kasturi @ limau nipis
garam secukup rasa

1 ekor sotong(besar)-dicelur

cara membuatnya
-masukkan semua bahan ke dalam bekas,perahkan limau dan perasakan.sedia untuk dihidangkan.

Monday, January 25, 2010

SOTONG GORENG TEPUNG





SALAM.....
menu lunch semalam,resepi dari che iza MYR.nanti saya letak resepinya ya,selalu buat guna resepi.ini antara resepi yang best untuk sotong goreng tepung.kadang2 saya buat guna udang juga,sesuai dengan citarasa kami sekeluarga.

UPDATE:

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
-Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
-Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
-Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
-Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
-Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Sunday, January 24, 2010

KARI IKAN KELI DAUN KESUM




SALAM........
salam di hari minggu,ikan keli hasil pancingan my hubby........buat kari macam biasa ja lepas tu masukkan daun kesum dan bunga kantan.mak saya kalau masak kari ikan sungai mesti masukkan daun kesum dan bunga kantan.rasanya bagi tekak kami sekeluarga bila dimasukkan daun kesum dan bunga kantan memang sedappp.selamat berhujung minggu buat semua.



Friday, January 22, 2010

MEE SIZZLING





SALAM....................
bertemu kembali ..............sorry ye kakak2,adik2 dan kawan2 semua minggu bzzzzzzzzzzzzz sikit,tak sempat nak menjeguk rumah kengkawan semua.harap jangan ada yang terasa hati ye.buat nornaza,akak nak bagitau akak tak leh nak tinggal komen di N3 nor,akak pun tak tau naper,mesti blank ja.shout mix pula langsung tak nampak ...........oh ya,mee sizzling ni buat untuk dinner semalam.resepi ambil di rumah kak ummi,kak ummi minta izin copy & paste ye.

bahan-bahan
500 gm mee kuning (dicelur)
100 gm daging ayam (dipotong kecil) - * ummi guna daging
100 gm udang (dibuang kulit)
1 s/b lada hitam (tumbuk halus)
3 cm halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
300 gm sawi (dipotong)
100 gm kobis (potong kecil)
1 batang karot (potong kecil)
4 s/b cili sos
5 s/b kicap manis
5 s/b sos tiram
2 cawan air
1 s/b tepung jagung
2 biji telor
Minyak secukupnya untuk menumis
Cili merah atau cili api + bawang putih (tumbuk)
limau kasturi atau limau nipis

Cara-Cara:-
Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendidih.
Masukkan kobis dan carrot.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.
Bila mendideh masukkan telur.
Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur.
Hidangkan dengan cili merah,cili api tumbuk + bnawang putih dan limau kasturi



Wednesday, January 20, 2010

TALAPIA MERAH TIGA RASA RASSARI





SALAM.........
sebenarnya masakan ikan ni udah pinish,hehe..............biasa la saya kan bzzzzzzzzzz jadi lambat mengN3kannya.ikan talapia hasil pancingan my hubby,masak tiga rasa ikut resepi dari majalah mingguan wanita(tak ingat dah bila............sebab saya potong resepi tu dan tampal dalam buku resepi ja).menurut cerita dalam majalah tu .....resepi dari restoran nilam rassari yang terkenal di negeri sembilan(tak pasti restoren ni masih ada lagi ke tidak).rasanya memang besttttttttttttt.sedap sekali.............


atas permintaan nenie....saya taipkan resepinya ye.....


bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-saya guna talapia merah

bahan ni dihiris halus
10 biji cili api
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 ulas bawang putih


4 sudu sos tiram
8 sudu sos cili
1 biji limau nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan yang saya tambah
2 batang serai-di hiris
1 sudu makan cili serbuk

cara membuatnya:
-ikan di goreng.angkat dan ketepikan.

untuk kuahnya:
-tumis bawang putih.masukkan bahan yang telah di hiris,sos cili,sos tiram dan serbuk cili.
-masak hingga pecah minyak.perasakan.
-tuangkan kuah ke atas ikan.perahkan limau ke atasnya.



ini lah resepinya,boleh nampak ke tak aahhhh?kalau tak nmpak dan nak resepi tu bagitau ahh nanti saya taip balik.oh ya.............saya ada tambah serbuk cili dan serai dalam masakan ni.selamat mencuba.............

Monday, January 18, 2010

KERUTUP IKAN CENCARU




SALAM.......
semalam saya cuba masak kerutup ikan,resepi asal dari ANIS'S DIARY.resepi asal guna ikan merah tapi saya guna ikan cencaru.kak anis minta izin copy & paste resepi tu di si ni ye........

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 ekor ikan merah sederhana besar ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng ikut citarasa)-saya guna ikan cencaru
2 senduk cili kering dikisar
3 biji cili merah *
5 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2-3 biji buah keras *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
sedikit belacan *
5 batang serai dititik
2 helai daun limau purut dihiris agak halus
air asam jawa secukupnya
garam, gula dan sebuk perasa

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar bersama bahan bertanda * dengan air asam jawa.
2. Tumis cili kering kisar hingga terbit minyak, masukkan bahan-bahan kisar dan gaul sebati. Tumis lagi hingga garing.
3. Masukkan serai yang dititik dan hirisan daun limau purut. Gaul sebati hingga berbau wangi.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Bila bahan tumisan sudah mesra, masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan di atas api seketika.
5. Alhamdulillah, siap dan boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Thursday, January 14, 2010

IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL




SALAM........
menu dinner semalam,menghabiskan hasil pancingan yang lalu.ikan pari ni masa makan cicah dengan air asam....fuhh sedapnya.kalau yang berdiet tu confirm terbabas diet tu.sorry gambar kurang menarik sebab nak cepat semalam tu...........



Wednesday, January 13, 2010

RICH CHOC PUDING



SALAM......
Dah ramai yang mencuba puding ni........memang mabeles,sangat sesuai untuk penggemar coklat.resepi dari kak jun.thanks kak jun,izinkan saya copy & paste resepinya di sini ye...........

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
-Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
-Masukkan butter, kacau hingga pekat.
-Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
-psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.




Tuesday, January 12, 2010

BERKELAH DI SUNGAI KIBUNUT,PENAMPANG





SALAM.......
ini adalah aktiviti pada hari minggu yang lalu,pergi berkelah ke sungai kibunut.best tau mandi di sini,airnya sejuk sangattttt.masing2 jap mandi,naik isi perut turun mandi lagik.kitaorg pergi 4 family,potluck masing2 bawa....tapi malu pula nak ambil gambar makanan sebab ni bukan geng2 blogger.sebenarnya kitaorg pergi ni ikut jiran saya,kaum bapa macam biasa la...tak habis2 dengan aktiviti memancing.antara ikan yang ada di kolam tu ikan keli,ikan kelah & ikan talapia.aktiviti memancing bukan di sungai tu tapi di kolam berdekatan dengan sungai tu.ok la layan dulu gambar ni ye,nak titun dah mengantuk ni....baru balik kerja mlam.malam ni kerja lagik.......

p/s hari sabtu ni kami akan pergi berkelah lagi,ada yang mau ikuttttt..........

nyaman sekali ................




kaum bapa dengan aktiviti memancing.



hasil pancingan,sebenarnya banyak tapi diaorg ambil ikan yang besar2 ja....





kanak2 riang mandi-manda.

Monday, January 11, 2010

POP CORN




SALAM.....
pop corn ni buat sebagai kudapan pergi berkelah semalam.nanti saya update N3 pergi berkelah ye.resepi dari aludra MYR.....

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara
- Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
-Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
-Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Ni rupa jagung kering tu..

Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.

Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.


Sunday, January 10, 2010

KARI IKAN PARI




SALAM di hari minggu......
kari ikan pari....ikan pari adalah kasil pancingan yang lalu.kali ni masak kari pula.ada lagi tu dalam esbox nanti bakar pula kut,cicah dengan air asam ....pasti terangkat beb.tapi entah bila nak membakornya tu......



NASI GORENG KUZI





SALAM....
ini sebenarnya adalah N3 tertunggak,menu untuk dinner hari jumaat lagik.masak nasi goreng macam biasa tapi letak lebihan kuzi ayam tu,dan campak bahan2 yang ada dalam esbox.itu ja......cukup la untuk mengalas perut kami sekeluarga.

Friday, January 8, 2010

KUZI AYAM





SALAM......
selamat petang juga buat semua,hari ni pos N3 masakan semalam.ayam kuzi,guna paste kuzi segera made in kelantan........pemberian dari ain juga.paste ni sesuai untuk wanita2 yang bekerja macam saya ni,semalam kerja pagi balik dah penat....nasib baik ada paste segera.......ssenang kerja mok cik.nak jemput makan pun dah abisss,jadi menjamu mata dah la ye.



Thursday, January 7, 2010

KITCHAI PING





SALAM...............
jom minum,hari ni balik kerja pagi.....haus sangat,jadi saya buat jus limau kasturi asam boi aka kitchai ping(panggilan di sini,kitchai nama jus tu dan ping bermaksud ais.contohnya neslo ping adalah neslo ais).sejuk anak tekak ni,time minum tu.resepinya............

bahan2 untuk 1 gelas plastik yang selalu bancuh di kedai tu:
2 biji asam boi
2 biji limau kasturi
air gula secukupnya
air secukupnya
ais secukupnya

cara membuatnya:
-campurkan air,asam boi,limau kasturi yang di perah,air gula
-sesuaikan rasa dan masukkan ais.
-sedia untuk di minum.



Wednesday, January 6, 2010

MASAK LEMAK TELUR IKAN KURAU MASIN WIF BELIMBING





SALAM........
menu hari ni,hari ni kerja petang jadi awal2 lagik dah masak.relax2 jap,jap lagi dah nak pergi kerja.telur ikan kurau masin tu penjual ikan masin kat pasar ikan masin KK yang bagi,percuma katanya sebab masa balik kampung hari tu banyak beli udang kering kat dia.ini la first time makan telur ikan masin,sedap juga.ada yang teringin?......................



APAM LENGGANG




SALAM...........
salam dan selamat pagi buat semua,dah sarapan ke?kalau belum jemput datang join bf apam lenggang dengan saya.tapi tak banyak dah yang tinggal.....siapa cepat dia yang dapat.kalau yang datang lambat tu kita bagi nescafe tarik ja la.pagi ni buat apam lenggang untuk bf dan juga sebagai bekalan untuk my hubby dan abang long.dah lama teringin nak makan apam lenggang,baru hari ni berkesempatan membuatnya.tengok abang long pun makan tadi,saya bagitau dia,ni dorayaki malaysia.saja ja nak tarik minat dia.resepi dari sofinar MYR...............

Bahan-bahan ( 10 biji kot )
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa

Cara-cara
- campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam (saya perap semalam)
-masukkan santan dan gaul lagi (santan saya masukkan pagi tadi masa nak buat)
-panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
-jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
selamat mencuba


Tuesday, January 5, 2010

PAJERI NENAS




SALAM........
ini menu semalam,biasa la saya ni selalu lewat masuk N3.......tu la orang berblog,awak pun nak...........macam la sempat sangat kan.tapi bagi saya semua tu bukan masalah,yang penting saya happy dengan berblog ni.dapat ramai kawan,biarpun hanya di alam maya.resepi pajeri dari bonda terchenta,rasanya sama ja dengan resepi di luar sana.

bahan-bahan
1 biji nenas sederhana besar
1/2 biji kelapa
1 bungkus rempah kari daging BABAS
2 sudu makan udang kering-dikisar
4-5 sudu makan kerisik-ikut citarasa,boleh kurang @ tambah
daun kari
garam dan gula secukup rasa

bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

bahan tumis
4 sekawan

cara memasak
-bancuh rempah dengan pati santan.ketepikan
-tumis bahan tumbuk,bahan tumis dan daun kari sehingga garing dan masukkan rempah tadi.masukkan garam.
-masak sehingga pecah minyak.
-masukkan santan cair,udang kering,gula dan kerisik.biarkan sebentar.
-masukkan nenas dan santan pekat(agak2 ikut kepekatan yang dikehendaki).perasakan.masak hingga nenas masak dan sedia untuk dihidangkan.



Monday, January 4, 2010

PAU KACANG HITAM





SALAM.......
pau ni untuk bf dan sebagai bekalan abang long ke sekolah pagi tadi.resepi dari CMG,memang lembut dan gebus sekali pau nya.lagi satu kan putih melepak ..........thanks CMG.



Bahan-bahan ( 10 biji )
UNTUK DOH:-
240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara
-Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

-Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
-Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

CENCARU BANTUT ALA UTARA




SALAM........
cencaru bantut ni masak untuk lunch semalam,jadi dah habisss lah ye.resepi dari bonda terchenta......dulu2 mak selalu buat bantut guna ikan kembung borek....siap keluarkan tulang lagik.tapi saya tak pandai nak keluarkan tulang ikan tu.....dah belajar tapi tak lulus2 lagik.jadi saya tukar dengan ikan cencaru.


bahan-bahan
1 ekor ikan cencaru -saiz besar
2 genggam kelapa
garam
2-3 helai daun kesom-dihiris halus
sedikit bunga kantan-dihiris halus


bahan kisar(kalau nak sedap + rajin-tumbuk)
3 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
sedikit halia
1 batang serai
sedikit kunyit hidup
sedikit ketumbar,jintan manis & jintan putih

cara memasaknya
-gaulkan bahan kisar bersama kelapa parut& garam.gaul rata
-sumbatkan bahan ini ke dalam ikan dan balut dengan daun pisang.
-bakar ikan hingga masak.



DORAYAKI




SALAM.....
ini menu bf semalam,atas permintaan abang long yang asyik menyebut nak makan dorayaki.jadi mama dia ni buat la....letak inti kacang hitam ja.semua dia makan,sampai nak ambil lunch.resepi dari skyblue MYR.


Bahan-bahan ( 10 biji )
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla

Inti:1½ cawan kacang merah yg manis -saya guna inti kacang hitam

Cara-cara
-Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
-Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
-Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
-Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
-Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
-Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
-Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.

Saturday, January 2, 2010

ASAM PEDAS IKAN DAN NENAS




SALAM..........
menu hari ni,resepi asal dari CMG.memang best resepi ni.............ikan hasil pancingan my hubbby semalam,ikan pari.

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )
3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan. -saya guna ikan pari
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara
-Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
-Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
-Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
-Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
-Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.




Hasil pancingan semalam,walaupun sekor tapi berbaloi2..............

CUCUR UDANG




SALAM..........
buat untuk breakfast hari ni,cicah dengan sos pencicah dari kelantan....pemberian dari bakal besan,ain.tabur kacang dalam sos tu....emmm sedapnya.jom kita makan......




Friday, January 1, 2010

NASI LEMAK HIJAU




SALAM.......
bertemu kembali di tahun baru 2010,syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk saya meneruskan kehidupan ini.hari ni sempena cuti tahun baru kami sekeluarga pergi memancing,nasi lemak hijau ni sebagai bekalan pagi tadi.buat lauk sambal bilis + telur goreng ja.maklum la lepas kerja malam....mata pun masih mengantuk lagi.hasil pancingan nanti saya cerita di next N3 ya.ok selamat malam semua.




tempat memancing pagi tadi.

HAPPY NEW YEAR





HAPPY NEW YEAR buat semua pengunjung diari kehidupanku.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker