Friday, November 20, 2009

SELAMAT TINGGAL SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU




SALAM....
selamat tinggal sabah, negeri di bawah bayu buat sementara waktu.........untuk 2 minggu ja......yang pasti kami tetap akan ke sini lagi selepas percutian ini untuk meneruskan tugas yang telah di amanahkan.biarpun ada berbagai halangan dan rintangan dalam menjalankan tugas,akan ku harungi jua.tidak pernah ada sedikit pun sesalan atas penghijrahan kami ke sini.suka duka di sini akan ku simpan dengan erat tersemat di lipatan diariku.........buat semua rakan2 bloger ataupun silent reader,doakanlah semoga percutian kami sekeluarga pada kali ini selamat.dan selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua pengunjung diari kehidupanku.




kampung yang sentiasa melambai kepulangan kami sekeluarga........ok semoga kita berjumpa lagi.

wassalam.

Thursday, November 19, 2009

AKTIVITI HARI MINGGU - PAINTBALL




salam...
ini last n3 sebelum keberangkatan pulang ke kampung.aktiviti mamasak ada juga tapi masak yang simple2 ja.....jadi tak yah la tayang kat sini kan.yang penting sekarang ni dah terbayang lambaian kampungku,asyik menghitung hari..bukan setakat anak2,mama dia pun sama.ok la ini adalah xtiviti hari minggu yang lalu,xtiviti anak2 bersama abah deyrang ja,sebab saya kerja.bermain paintball di sugut(donggongon ke penampang ek?...).heran gak,tadi upload gambar banyak....last2 ni ja yang dipublish,kemana menghilang yang lain nih.heran,heran.jom layannnnnnn..............








Wednesday, November 18, 2009

LOK KAWI WILD LIFE PARK



SALAM....

ini adalah aktiviti sekolah adik,lawatan ke zoo lok kawi pada hari sabtu yang lepas.family pun boleh ikut.......jadi kitaorg pun tak melepaskan peluang untuk turut serta dalam lawatan ini.adik bersekolah di tadika KEMAS,lembaga hasil dalam negeri(opis my hubby).senang sikit satu hala diaorang pergi dan balik.walaupun adik bersekolah tadika kemas,alhamdulillah pencapaian adik amat memberangsangkan.terima kasih buat semua guru2 tadika HASIL,cawangan kota kinabalu.jommmmmmmmmmm kita jalan2 ke zoo lok kawi............




















terpegun dengan pertunjukan orang utan,burung kakak tua,ular dan burung enggang.



aktiviti kemuncak,bergambar beramai-ramai.

Thursday, November 12, 2009

AL-FATIHAH....




SALAM........
hari ni,sedihhh sangat sebab tok(nenek) sebelah ayah telah kembali ke rahmahtullah.jam 7 pagi tadi my mom call,bagitau hal ni.....menurut my mom,allahyarhamah meninggal dunia pada jam 6.50 am.pagi tadi bangun dari tidur,allahyarhamah mengadu sesak nafas...kazen saya bawa pergi klinik.sampai ja di klinik allahyarhamah telah menghembuskan nafas.ramai yang tidak percaya dengan kematiannya yang mengejut nih.....semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.al-fatihah .......amin.






kenangan di meja pengantin,semasa majlis perkahwinan adik pada bulan jun yang lalu.

Tuesday, November 10, 2009

KACANG BUNCIS GORENG BERHATI AYAM




SALAM....
menu hari ni,panjangnya tajuk.....,hari ni kerja petang ...macam biasa la,masak dulu sebelum pergi kerja.menu utama hari ni,singgang ikan....tapi malas nak snap pic singgang tu.setelah berhari2 asyik berlemak2 ja...hari ni kita masak singgang lak.jom makan.......



MASAK LEMAK TELUR





SALAM.....
ini adalah menu dinner semalam,masak simple2 ja...penattttt,lepas kerja malam cuti 1 hari ja..pastu kerja pagi.kalau saya ni mau cuti 2 hari baru boleh hilang penatt tu.tapi apa boleh buatkan itu dah memang tugas...semalam call my mom,sembang2 macam biasa..my mom tanya masak apa hari nih..saya jawap belum,tak tau nak masak apa lagi.so my mom kata buat la masak lemak telur + suhun + fucuk(dried beancurd),ok good idea tu...sesekali makan macam nih sedap juga kan....



Sunday, November 8, 2009

NASI LEMAK




SALAM DI HARI MINGGU....
hari ni masak nasi lemak ja,lauk2nya sambal sotong kering dan ayam goreng rempah berserai.







resepi ni c&p dari rumah love(love,minta halalkan ye)

Bahan2 yang diperlukan :-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;

6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
----------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Friday, November 6, 2009

KARI KEPALA IKAN




SALAM....
ini menu semalam,kes nengok di rumah kak watie....teringin sangat.jadi semalam buat la kari kepala ikan ni,guna ikan gerut(tak pasti tempat lain panggil apa ikan ni)...ada pula sambal belacan berulamkan pucuk gajus aka janggus aka ketereh(pemberian dari opis mate hubby)dan bendi celur...emm bertambah2 la makan.macam mana nak diet nih...



Thursday, November 5, 2009

WAJIK DURIAN




SALAM...
mentang2 la derian murah sekarang nih,buat wajik pun campur derian.jemput makan....


Tuesday, November 3, 2009

SPAN CHEESE CAKE




SALAM....
hasil dari membeli resepi dengan member.sesuai buat penggemar cheese,emm yummy.



Monday, November 2, 2009

PULUT CEMPEDAK




SALAM....
buat untuk breakfast semalam,request dari my hubby.selalu makan pulut dengan derian atau pelam harum manis kan.kali ni ubah selera makan dengan cempedak lak.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker