Tuesday, June 29, 2010

KEK LABU MANIS

bahan-bahan:
bahan A

4 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
280 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

bahan C
400 gm labu( boleh dikurangkan ke 3oo gm jika maukan kek yang kering sikit)
80 gm walnut

cara membuatnya:
-pukul telur hingga pekat,masukkan guladan pukul lagi hingga kembang.
masukkan minyak dan pukul rata.
-masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.akhir sekali masukkan bahan C campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 - 60 dengan suhu 170c.

Sunday, June 27, 2010

DOUBLE BERRY CHEESE CAKE

SALAM....................
kek yang amat mebelesss,rugi kalau tak mencuba.dah 2 biji saya buat,sambutan amat menggalakkan dari kawan2...........resepi hasil  dari saya kerajinan saya menggeledah dapur CMG





BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g cream cheese
150 g mentega
3/4 cawan gula halus (mat kurangkan sikit)
3 biji telur gred A'
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan susu segar
4 camca besar blueberry filling
4 camca besat strawberry filling
Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan.
  2. Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan.
  4. Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...
CATATAN MAT GEBU :- AWAS!!!...jika menggunakan acuan silicone, jangan sekali2 cucuk terlalu dalam atau guna lidi sate yang tajam..takut tercucuk acuan dan bocor!...elok guna lidi sate yang tumpul dan agak2 leer jangan sampai tembus (kalau guna acuan tin, tak de masalah yeaa)..."Snow Powder" tu macam gula aising (boleh guna gula aising sebagai ganti) tapi ianya berbeza dari gula aising. Snow powder ni tak mudah larut atau melengas bila dok lama di atas kek...

Thursday, June 24, 2010

IKAN TEMOLEH MASAK GULAI



hasil pancingan my hubby dan rakan2 semasa dorg ke kalabakan,resepi saya ambil dari rumah kak inakl.minta halal ye kak saya c&p disini



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan temoleh-di bersihkan dan diperap dengan air limau kasturi bersama garam - bilas dan toskan.
  • 10-15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit di siat-siat
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan santan cair
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu makan jus limau kasturi.
Cara Memasak

1. Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama kunyit hidup dan halia. Serai dititik.
2. Panaskan minyak dan tumis serai dan masukkan bahan tumbuk/kisar dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan santan cair.
4. Kacau selalu dan biarkan mendidih baru dimasukkan santan pekat.
5. Kacau lagi dan biarkan mendidih baru dimasukkan ikan temoleh tadi.
6. Masukkan garam bersama daun kunyit dan gaul sebati dan perasa dulu garam dan biarkan 10 minit atau sehingga ikan masak.
7. Masukkan jus limau kasturi dan padamkan api.
8. Bolehlah dihidangkan.

SAMBAL BELACAN KUININ

jangan jemu tengok n3 yang berderet2 ni,nampaknya malam ni dah boleh pos n3.......akhirnya dapat juga melepaskan keinginan nak makan sambal kuinin (orang kedah panggil konen,orang sabah panggil mangga wani) ni.tapi mahal arr kat sini.kat KK ni 1 biji rm 1 tapi hari tu jalan2 ke sipitang dapat la 4 biji rm 1.

KUIH LOPES


SALAM.......................
syukur alhamdulillah,akhirnya berjaya juga pos n3 kat sini.tak tau naper tak leh nak pos n3 2,3 hari ni.tensionnnnnnnn dibuatnya.walwupun masakan saya ni,biasa2 ja nak juga pos kat sini.hehe..........buat ni dah lama,masa kawan hubby dari kangar,perlis datang ke rumah tempohari.masih lagi menggunakan manisan tebu sebagai pencicah.jom tengok resepinya.....

bahan-bahan
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
5 helai daun pandan
kelapa parut (putih sahaja)
secubit garam

pencicah tu boleh cicah dengan gula melaka yang dicairkan,manisan tebu

cara membuatnya
-basuh beras pulut
-blender daun pandan bersama santan cair-dapatkan 3 cawan
-masak beras pulut bersama air daun pandan dengan api sederhana,kacau hingga masak
-sejukkan sekejap,bungkuskan pulut dengan daun pisang
-kukus sehingga masak
-biarkan sejuk,potong dan boleh la digolek kedalam kelapa parut yang dikukus sekejap.
-sedai untuk dihidangkan.


Sunday, June 20, 2010

ASAM PEDAS IKAN KELAH

SALAM..................
setelah 2,3 hari berhempas pulas mengupload gambar ,akhirnya berjaya juga.entah kenapa susah benar nak upload gambar kat sini.tapi rasanaya kawan2 yang lain tak de masalah kan....ok la jom layan asam pedas ikan kelah ni,


bahan-bahan
-1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
-4 ulas bawang merah-ditumbuk
-3 ulas bawang putih-ditumbuk
-2cm kunyit hidup-ditumbuk
-1 btg serai dititik
-3 btg daun kesum
-1 bunga kantan-dibelah dua
-1/2 mangkuk kecil air asam jawa
-3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
-1 1/2 mangkuk kecil air biasa
-garam dan gula (ikut rasa)
-minyak masak
-sedikit belacan

Cara-cara
-Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
-Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
-Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
-Masukkan ikan, garam.sesuaikan rasa,bila masak boleh la dihidangkan.

Tuesday, June 15, 2010

KEK BUTTER PANDAN

SALAM.........................

buat sebagai kudapan semasa bercuti semalam,semalam kitaorg pargi bercuti ke keningau-tenom(gambar insyaallah,saya akan upload kemudian).kek yang memenuhi citarasa kanak2 riang,selalu asyik nak makan kek coklat ja.resepi dari ambil dari blog kak ida bakery.kak ida minta halalkan ye,saya c&p di sini......


250 grm butter or dulu2 guna marjerin ajee..hehe
250 grm gula halus
...250 grm telur - jgn tanya berapa biji - pecahkan telur tu baru timbang ,jgn kau orang timbang kulit telur lak ya...nie pun tak faham susah teman nak ajor nie..hehe
250 grm tepung naik sendiri
1 st esen pandan
1st pandan paste
almond untuk hiasan or kelapa kering

caranya :-
-pukul gula + butter hingga putih
-masukkan telur - putar sekejap
- masukkan tepung - putar hingga sebati ya..
akhir baru masukkan esen pandan n pandan paste,
kalau nak ada belang2 putih, simpan sikit adunan putih sebelum
letak pandan paste n esen pandan tu ya...lepas tu masuk leee dlm
loyang ikut suka bentuknya..tabur lee almond or kelapa kering kalau suka. bakar mcm biasa api bawah sajee suhu
lebih kurang 180 = 40 minit, or cucuk lidi dah licin kira dah masak lee tu

selamat mencuba ya...rupa memang tak cun tapi rasa walaaaaaaaaaaaaaa

p/s saya copy sebiji2 dari blog kak ida.hehe...............

KEK MARBLE TRIO

SALAM......................
ini n3 tertunggak juga,buat masa tunggu my hubby balik dari kalabakan tempohari.sebenarnya baru balik bercuti ni dari keningau dan tenom,sambil2 mengemas rumah dah mencuci kain baju....ambil mood + berehat sebentar dengan mengadap lappy.esok akan berjalan lagi ke kundasang pula.........kek marble trio,memang sedappp.resepi dari  CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Saturday, June 12, 2010

KARI DAGING LANDAK

SALAM..............................
haaaaa,janagn terkejut pula dengan tajuk n3 kali ni.....ini bukan saya yang masak,ini sebenarnya masakan kawan my hubby semasa dorg ke kalabakan baru2 ini.aktiviti dorg di sana memburu sambil memancing,ini antara hasil yang diperolehi oleh dorg.saya pun tak pernah merasa daging landak lagi..........entah lah macam takleh nak masuk ja.menurut my hubby rempah untuk kari ini disediakan terlebih dahulu oleh wife kawannya,cuma masukkan santan dan daging ja semasa memasak .sedap juga katanya daging landak tu.....

Friday, June 11, 2010

CARAMEL CHEESE PUDDING

 SALAM....................

 bertemu kembali  setelah sekian lama menyepikan diri.....................tuan rumah hilang MOOD nak berblogging dan berFB.hari ini kiranya ada masa dan MOOD pun datang kembali,jadi kesempatan ni nak pos la n3 caramel cheese pudding ni.masak tetap masak,nak post n3 je yang malassssss.ini sebenarnya menu tertunggak.kes nak menghabiskan cream cheese.jumaat lepas buat 2 biji carrot cake,sebiji bawa ke tempat kerja,sebab ada kawan2 nak merasa carrot cake saya.......sebiji lagi untuk makan2 dan habuan member2 opis hubby juga.resepi dari yani MYR,disebabkan saya takleh masuk MYR,jadi terpaksa la menaip........memang yummy puding ni.rugi tau kalau tak mencuba..............



bahan-bahan(4 orang)
=karamel
70 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

=puding
180 gm cream cheese
70 gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar
1 sudu besar jus lemon

cara -cara membuatnya:
-sediakan karamel:panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
-pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.(tak perlu kembang)
-panaskan susu sehingga hampir mendidih.kemudian tuang ke dalam no 2 tadi.kacau sekata.
-tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karemel tadi.
-alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.bakar dengan suhu 160c selama 40 - 45 minit.
-sejukkan sebelum di hidang.







                                        mama sibuk buat benda lain,tengok2 dah ada orang potong sambil                               nyanyi lagu   happpy besday....................



                                 ini carrot cake......

Wednesday, June 2, 2010

KETAM MASAM MANIS BORNEO


SALAM KAWAN2 SEMUA.........
alahmdulillah,bertemu kembali........nak share resepi dapat dari bapa saudara yang dok nun jauh di aloq setaq.

bahan-bahan

4 ekor ketam-sederhana besar
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*    -bahan bertanda * ditumbuk
1 inci halia*
2 biji cili merah  -ditumbuk kasar
1 labu bawang besar   - dihiris
1 biji telur(optional)
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 biji limau kasturi @ limau nipis
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya
minyak secukupnya


cara membuatnya:
-cuci ketam dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.ketepikan sekejap.
-goreng ketam dan ketepikan.
-guna minyak yang sama,tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.masukkan cili merah,sos cili,sos tomato dan sos tiram.boleh masukkan sedikit air jika suka.
-pecahkan sebiji telur dan kacau lagi.sesuaikan rasa.
-bila hampir masak,masukkan bawang besar .tutup api dan perahkan limau kasturi tadi.
-sedia dihidangkan.

Monday, May 31, 2010

PULUT BAKAR


SALAM..................

Ini adalah menu wajib yang dihidangkan oleh my MIL kalau kitaorang balik kampung.kalau sebelah utara panggil kuih ni pulut bakar,tak pasti pula tempat lain apa panggilannya.cicah dengan manisan tebu yang dibeli di TAMU kota belud,emmmmm.....sedapnya.selalu kalau my MIL buat bentuknya macam bentuk abuk2 tu,ini versi saya yang nak cepat.

bahan-bahan

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan
  • garam secukup rasa 
  • secubit gula
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya 

Cara-cara



  1. cuci beras pulut dengan air suam


  2. masukkan santan+garam+daun pandan+gula
  3. masak didalam periuk dengan api sederhana,masak sehingga pulut masak.


  4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya


  5. ambil 3 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang


  6. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya


  7. letak atas api dan balik2kan hingga garing


  8. makan ketika masih panas-panas dan ciah dengan madu lebah,susu pekat manis pun boleh.saya cicahkan dengan manisan tebu.

Thursday, May 27, 2010

NASI AYAM IPOH


SALAM.................
ini menu hari sabtu lepas.memang sedap nasi ayam ipoh ni.............resepi  asal dari quinine MYR.saya copy dari dapur kzaihttp://dapurcomelku.blogspot.com/

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega 
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN HIASAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Tuesday, May 25, 2010

MEE KARI

 SALAM........
 ini sebenrnya N3 tertunggak.masak mee kari 2 minggu lepas lagi,terlupa nak N3.layan gambor je la....












Friday, May 21, 2010

KUIH MASALODE AKA VADE

SALAM...................

resepi ambil dari rumah kakton........http://darirumahkakton.blogspot.com/



resepi kuih vade
bahan2
1. 2 cawan kacang dal, direndam semalaman supaya lembut
2. 1 biji bawang besar
3. 3 biji cili kering dihiris halus (kalau nak pedas, leh tambah)
4. 3 tangka daun kari dihiris
5. sedikit jintan manis/putih
6. garam secukup rasa
7. 3 sudu tepung gandum

cara2
1. Blend kacang dal tanpa air. Jangan risau kalau ada yg tak hancur...memang sepatutnya camtu pun...
2. Blend bawang besar, cili kering dan jintan. Kalau tak nak blend, boleh potong2 je bwg dan cili...Kak ton blend sebab anak2 tak makan kalau ada nampak bawang dan cili tu..habis dikorek dan buang...
3. gaul sebati semua bahan, tepung dan garam.
4. bentuk2 kan bulat leper dan goreng dalam minyak panas (kasi tenggelam dlm minyak tu).
*** kak ton bentukkan dan goreng terus...Bila agak2 dah masak sikit, baru terbalikkan...
jika tak, kuih akan berderai...Dan mesti deep fried supaya tak berderai...

Thursday, May 20, 2010

KEK LOBAK MERAH BERKRIM KEJU

 SALAM......................

disebabkan di sini,sana,sinun asyik menayangkan carrot cake.akhirnya kita pun dah terkena virus carrot cake.tapi virus yang baik kan,disebabkan carrot cake ni la baru saya perasan yang saya ni lama sudah tidak membakinggggggggggg.saya guna resepi masa pergi kelas memasak dulu2 masa di kangar,perlis.jom kita tengok resepinya....

bahan-bahan

bahan A
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
350 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sdudu kecil soda bikarbonat   -diayak
11/2 sudu kecil baking powder

bahan C

400 gm-420 gm lobak merah
80 gm walnut-dicincang

cara membuatnya
-pukul telur hingga pekat kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.masukkan minyak dan pukul hingga rata.
-masukkan bahan B kedalam bahan Adan gaul hingga rata.akhir sekali masukkan bahan C dan campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam loyang dan bakar mengikut suhu oven masing2.
-sejukkan dan hiaskan dengan krim keju.
                                          ini sebelum dihiaskan dengan cream cheese

krim keju
125 gm cream cheese
50 gm mentega
75 gm gula icing
1 sudu besar pati oren(sunquick pun boleh)

cara membuatnya
-pukul keju hingga berkrim dan masukkan mentega,gula ,oren dan pukul hingga sebati


                                          selepas dihiaskan dengan cream cheese

Wednesday, May 19, 2010

NASI GORENG CINA

SALAM.........

Resepi dari buku SENANGNYA MEMASAK...........NASI  bersama chef hanieliza......


bahan-bahan
bahan A
1 mangkuk besar nasi sejuk(diperoi)
2 biji telur
100 gm udang
100 gm sayur campur-boleh digantikan dengan kacang buncis dan lobak merah
1 pokok daun bawang-dipotong pendek
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak


bahan B (ditumbuk)
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam

cara membuatnya
1.panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi
2.masukkan telur dan biarkan sebentar.
3.apabila sudah separuh masak,kacau supaya hancur sedikit.
4.masukkan sayur campur  dan udang.kemudian kacau rata.
5.masukkan nasi dan garam.kacau rata dan tutup api.
6.masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7.angkat dan hidangkan.

Monday, May 17, 2010

STEAM COKLAT BLOSSOM

SALAM................

SELAMAT HARI GURU diucapkan buat semua pendidik2 di luar sana.buat untuk sarapan pagi semalam.saya punya ni versi coklat terlebih sudah..........resepi dari kak fida MYR.

bahan-bahan

140 gm gula halus
160 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk ovalette
2 biji telur - gred A dari peti sejuk
110 gm susu sejat
1 sk choc paste
coklat chips secukupnya



cara membuatnya
-masukkan kesemua adunan,pukul hingga kembang dan pekat.
-sediakan acuan,masukkan 1 sudu adunan,isikan coklat chips dan tutupkan semula dengan 1 sudu adunan lagi.
-kukus selama 10-15 minit.

Friday, May 14, 2010

KEK COKLAT KUKUS


SALAM....
nak kongsi resepi kek coklat kukus............

bahan-bahan
1 cawan serbuk koko(kadang2 saya guna 3/4 cawan + 1 sudu teh nescafe)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2 penutup botol esen vanila
1 1/4 cawan tepung gandum


cara membuatnya
-campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak dalam periuk.kacau perlahan dan masak hingga sebati.ketepikan seketika.
-pukul hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang dimasak tadi.
-gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
-tuangkan dalam loyang dan kukus selama 45 minit.

Thursday, May 13, 2010

MAKAN-MAKAN SEMPENA NURSE'S DAY

 SALAM.........
ini adalah aktiviti petang semalam,makan2 di rumah saya.sebenarnya ini adalah kunjungan balas dari kawan2 sekerja ...minggu lepas dieorang ada jemput kami sekeluarga ke rumah diaorang makan2.makan bihun tomyam(sedapppp,boleh buka kedai tomyam lepas ni) .kebetulan semalam memang ngam roster kami,ada yang bercuti,kerja pagi dan ada yang kerja malam,bukan senang nak dapat bersama2 macam ni,maklum la kitaorg kerja shift...sekejap pagi,sekejap petang,sekejap malam.jadi kebetulan pula semalam nurse's day,jadi kiranya ini sambutan nurse's day la kan.......kami semuanya satu unit-ICU(intensive care unit).yang bestnya semua geng dari malaya(jangan anggap kitaorang berkawan dengan geng2 dari malaya ja tau......kitaorang berkawan dengan semua orang yang sudi berkawan dengan kami tau.buat semua jururawat di luar sana HAPPY NURSE'S DAY,bekerja lah dengan seikhlas hati,amalkan 10 S,sesunguhnya besar tanggungjawab yang diamanahkan dan digalas oleh kita.semoga profesion ini akan disanjungi oleh masayarakat di luar sana.anatara menu yang disediakan.....



                                    kek coklat kukus



                                       karipap ,ini saya beli dengan kak zana.buat warga KK,boleh lah order dengan kak                                           zana ya(member blogger juga)



                                     laksa.....kali ni guna ikan parang.kuahnya lebih manis dan berlemak.yang penting
                                      kuahnya tidak berwarna hitam(kalau guna ikan selayang akak ikan tamban ,kuahnya
                                       hitam)





                              acara wajib,bergambar di akhir episod.

Wednesday, May 12, 2010

HAPPY NURSE'S DAY

HAPPY NURSE'S DAY TO ALL NURSE'S


tanggal 12 mei merupakan hari sambutan hari jururawat.terima kad dari kak intan,thanks kak intan.kak intan ni rajin orangnya bagi kad ucapan.terima kasih atas ingatan dari kawan2 semua.

Tuesday, May 11, 2010

NASI LEMAK PANDAN KUKUS


 SALAM........
ini sebenarnya menu sarapan pada hari minggu yang lalu.nasi lemak pandan kukus,resepi dari kak hanieliza( resepi asalnya adalah nasi lemak kukus) dari buku SENANGNYA MEMASAK ....NASI.saya yang pandai2 letak daun pandan.jadilah nasi lemak pandan kukus.dimakan bersama sambal ikan bilis,sambal tumis udang dan telur rebus.





jom kita tengok resepinya.....

bahan-bahan
1 kg beras
1 liter santan
3 helai daun pandan-dikoyak dan disimpul(saya blend dan ambil airnya,kurangkan sukatan santan)
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah(dimayang)
garam secukup rasa
sedikit gula(sekiranya suka)

cara membuatnya

-basuh beras dan toskan
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan
-pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan hingga naik wap selama 30 minit
-apabila sudah masak,sedia untuk dihidangkan.

Sunday, May 9, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY






Greetings 




DARI JC.....


SALAM.................
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan HAPPY MOTHER'S DAY untuk semua rakan2 blogger mahupun rakan2 bukan blogger.sesungguhnya jasa dan pengorbananmu ibu amat besar untuk dirikuterima kasih juga buat rakan2 blogger yang sudi memberi kad ucapan hari ibu.untuk my mom di kampung SELAMAT HARI IBU,sayangggggggggggggg mak.

Wednesday, May 5, 2010

ASAM PEDAS TULANG RUSA

SALAM..............
resepi saya akan update kemudian ye,ada hal pula...................


UPDATE
selalu tulang buat sup kan,kali ni kita ubah selera buat asam pedas.rasanya ok juga,not bad la.


bahan-bahan
500 gm tulang rusa
4 biji bawang merah-dimayang
1 batang serai-diketuk

bahan dikisar
10 tangkai cili kering
2 cm halia
20 gm belacan
1/4 sudu teh halba
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun kesom
bunga kantan


cara membuatnya
-panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,serai dan juga bahan kisar hingga naik baunya
-kemudian masukkan halba bersama air dan juga tulang.biarkan hingga kuahnya mendidih dan tulang empuk.
-tuangkan air asam jawa,masukkan daun kesom dan bunga kantan
-perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
-sedia dihidangkan

Thursday, April 29, 2010

TALAM GULA MERAH


LAPISAN BAWAH
* 200gm gula merah (gula merah mama tu hitam sikit laa)
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum -saya guna tepung beras
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

CARA CARA NYA

1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
    Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya
    dan tuang adunan lapisan atas.

LAPISAN ATAS

* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

CARA CARA NYA

1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Monday, April 26, 2010

BAHULU SODA PANDAN WANGI

SALAM................
seperti yang dijanjikan ,inilah resepi bahulu soda pandan wangi by kak fida MYR

Bahan-bahan ( Lebih kurang 60 biji, acuan lompang )

  • 250 g tepung gandum - diayak (2 cwn + 3 sb)
  • 200 g gula halus (1 cwn)
  • 2 sk ovallete
  • 200 ml air soda ( ice cream soda/sprite ) = (1 cwn)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen pandan
  • 1/2 sk garam
  • sedikit pewarna hijau
  • secukup papercup

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.Acuan lompang/alum. diisi dgn papercup dan ketepikan.

  2. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer.Pukul hingga sebati dan kembang lebih kurang 6-7 min. (10 min jika menggunakan hand mixer)

  3. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan hijau.

  4. Bubuh adunan putih ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.Tindihkan dengan sedikit adunan hijau di atasnya.Buat hingga habis.
  5. Kukus kuih sehingga 10-12 min. utk acuan kecil dan 15 min utk acuan besar...

  6. ....hingga mekar...sejukkan kuih dan boleh dihidangkan...

  7. di dalam acuan lompang..yg tak mekar sebab tk dialas papercups...

  8. di dalam mangkuk muffin...lebih cantik jika menggunakan magkuk muffin size S...

Saturday, April 24, 2010

DRSCENTS PERFUME


new DrScents PERFUME ~ Energize Perfume
100% keluaran Bumiputera Muslim
Bebas dari alkohol
3 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
Ringkas dibawa dan digunakan dengan botol “Roll On”
Bauan eksklusif & terpilih tanpa berbelanja ratusan ringgit
Mengembalikan keyakinan & ketrampilan diri dengan khasiat aromaterapi
Dikeluarkan oleh Scents Resources
Produk kami terdiri daripada 4 jenis set iaitu Men Set 1 serta Men Set 2 untuk lelaki dan Women Set 1 serta Women Set 2 untuk wanita. Setiap set mengandungi 3 botol ‘Roll On’ dan setiap satunya mengandungi bauan yang berbeza dan diinspirasikan oleh bauan terkenal.
Men 1
Black Code inspired by G. Armani
Energise inspired by Hugo Boss
Eternity inspired by CK

Men 2
Acpua Di Gio inspired by G. Armani
Desire Red inspired by Alfred Dunhill
XS Black inspired by Paco Rabanne

Women 1
Be Delicious inspired by DKNY
Ralph inspired by Ralph Lauren
Black XS Rose inspired by Paco Rabanne

Women 2
Secret Wish inspired by Anna Sui
Addict inspired by Cristian Dior
Fantasy inspired by Britney Spear

Dengan identitinya sendiri, DrScents PERFUME ini mengandungi khasiat aromaterapi yang dapat memberi kesan positif kepada si pemakai. Pemakaian wangian ini mampu mengembalikan keyakinan & ketrampilan diri.
Wangian ini bebas dari alkohol serta sesuai digunakan semasa solat. Penghasilannya adalah keluaran 100% Bumiputera Muslim maka menunjukkan tiada keraguan dalam produk ini.
Pemakai boleh memakai di badan mahupun pada pakaian dan bauan ini mampu bertahan sepanjang hari bergantung kepada aktiviti si pemakai. Secara puratanya, bauan ini mampu bertahan 8-10 jam jika dipakai di badan dan sehingga sepanjang hari jika dipakai pada pakaian anda.
Harga DrScents PERFUME ini hanya  RM 33.00 sahaja di sabah dan sarawak.
kami mengalu-alukan individu persendirian/perniagaan yang berminat untuk menambah pendapatan dengan produk kami. pengedar adalah dialu-alukan.
Untuk Tempahan :
hubungi maria - 0194447544

             hakim - 0125741861





Friday, April 23, 2010

MIHUN SIAM SINGAPURA

 SALAM..................

bertemu kembali,maaf la tuan rumah ni kadang2 ada,kadang2 hilang kejap........buat semua yang singgah di sini terima kasih saya ucapkan,kunjungan balas akan menyusul selepas ini.itupun mesti settlekan kerja2 rumah dulu ye.......hari ni sempat buat sarapan sebab dah habis kerja malam,jadi hari ni saya bercuti tapi tenghari ni ada aktiviti jenjalan pula dengan member.menu pagi ini,mihun siam singapura resepi dari majalah RASA april 2010.yang bauhulu pandan wangi nanti saya letak N3 kemudian ye............jom tengok resepi mihun siam singapura.......




bahan-bahan

250 gm mihun- dicelur
1/2 batang lobak merah
segenggam taugeh -saya tambah
3 ekor sotong -saya tambah
sekeping tauhu-saya tambah
20 gm bawang merah    -dikisar
5 gm bawang putih       -dikisar
10 gm udang kering
5 gm kacang tanah -digoreng dan dikisar
20 gm asam jawa-dibancuh dengan sedikit air
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng

cara membuatnya
-panaskan kuali dengan  sedikit minyak,tumis bawang merah dan bawang putih sehingga berbau harum
-kemudian masukkan udang kering,kacang tanah dan serbuk lada sulah.kacau rata.
-masukkan air asam jawa,lobak merah dan mihun, kacau sebati.
-selepas itu,pecahkan telur,masukkan garam secukup rasa.kacau dan angkat.
-sedia dihidangkan.

Tuesday, April 20, 2010

SAMBAL BELACAN ASAM BELIMBING

SALAM........
ini gu dengan singgang serani,perghhh sedapnya.kalau yang berdiet tu hilang la dietnya.hehe.....buat sambal belacan macam biasa cuma tambahkan belimbing ja...

Monday, April 19, 2010

IKAN SINGGANG SERANI

 
SALAM.........
menu dinner semalam,setelah kepenatan pergi berkelah ...ini aja la yang dapat dimasak untuk hidangan makan malam.resepi dari CMG,saya ambil di MYR.


Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua-saya guna ikan parang
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis "Maggi"
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
  2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.

Friday, April 16, 2010

KARI UDANG NENAS

SALAM..........
menu dinner hari ni,kari udang nenas.buat semua kengkawan ,perasan tak umah kita dah bertukar langsir baru....ini adalah hasil kerjatangan dari member blogger kita yang baik hati,cikmin nun jauh di bentong .buat cikmin terima kasih atas pertolongan dari cikmin ,hanya ALLAH yang dapat membalas budi dan jasa baik dari cikmin.

kari udang nenas

bahan-bahan

500 gm udang
1 packet kecil rempah kari ikan/udang
1 biji kelapa
1/2 biji nenas sederhana besar
3 tangkai daun kari
air asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


bahan ditumbuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

cara membuatnya
-basuh udang dan toskan.
-bancuh rempah bersama pati sedikit pati santan ,air asam jawa dan sedikit air.
-panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang ditumbuk dan daun kari hingga wangi.
-masukkan rempah,masak hingga naik minyak.
-masukkan santan,garam biarkan hingga mendidih.
-masukkan udang dan nenas.kecilkan api dan biarkan masak.
-angkat dan boleh lah dihidangkan.

PULUT KUNING & THE GENG





SALAM....
buat petang semalam,pulut kuning enak dimakan bersama rendang dan kari daging.jadi saya menggandingkan pulut kuning ini dengan rendang daging rusa dan kari daging rusa.emmm lazatnyaaaaaaaaaa.dapat la bagi untuk jiran2 dan ustaz ngajar mengaji abang long & angah.nak jemput makan pun dah habiss,layan gambar ja la kan...

ini resepi pulut kuning bonda
bahan-bahan
1 kilo beras pulut direndam semalaman dengan 3 keping asam gelugur dan sedikit serbuk kunyit
2 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
secubit garam
secubit gula
2 helai daun pandan

cara membuatnya
-toskan beras pulut yang direndam,keluarkan asam gelugur dan kukus lebih kurang 15 minit
-angkat dari kukusan,perlahan api.
-arung dengan santan yang dicampur dengan garam dan gula,sesuaikan rasa.
-masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga masak.
-angkat,biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan.



resepi rendang daging rusa bonda

bahan A
300 gm daging rusa
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
daun limau purut
sedikit bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis

bahan B(dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
8 biji cili kering
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar


cara membuatnya:

-daging dipotong kecil.basuh dan toskan.
-panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersam bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
-masukkan daging.
-masukkan kerisik,santan,gula,garam,air asam jawa dan sedikit air.
-masukkan duan limau purut.masakkan sehingga daging lembut dan kuahnya pekat.
-apabila sudah pecah minyak boleh lah diangkat dan dihidangkan.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker