Thursday, December 31, 2009

ASAM PEDAS UTARA




SALAM buat semua.....
selamat menyambut tahun baru 2010 yang bakal menjelma,semoga kehadiran 2010 akan lebih bermakna buat kita semua.semoga segala suka duka,pahit manis 2009 akan lebih mematangkan kita dalam menempuh kehidupan seharian.ok la ,ini adalah menu hari ni....simple lagik.sebenarnya 'mood' saya tak menentu setelah cousin saya bagitau yang mak long (kakak mak saya) dimasukkan ke hospital sungai buloh.semoga mak long cepat sembuh ye.....asam pedas tu buat stail bonda terchenta ....resepi nanti saya taip kendian ya.ikan parang2 tu beli dengan harga rm 1 ja.....murah kan.kalau beli ikan di tempat nelayan bawa naik ikan memang murah harganya....tapi selalunya ramai orang,kadang2 berebut2 ....yang bestnya dapat ikan fresh dan murah lagik.tapi kalau makan ikan parang2 mesti berhati2 sebab banyak tulang macam ikan terubuk gak....rasanya pun lemak2 manis gitu.ok la nanti kita jumpa lagi.



Tuesday, December 29, 2009

AYAM GORENG KUNYIT




SALAM....
menu simple lagi.....menu dinner semalam.kalau hari bekerja selalu masak yang simple2 ja.hari ni lak kerja malam ,jadi boleh la masak yang best2 sikit.tungguuuuuuuuu ye kemunculan menu hari ni......




Monday, December 28, 2009

JUS APPLE ASAM BOI




SALAM.....
jom pekena jus apple,time cuaca panas2 ni sedap kan kalau pekena jus yang sejuk2.ni kes dok teringat jus apple asam boi kat secret recipe.




KUEY TEOW SEAFOOD




SALAM..........
Menu dinner semalam.............menu simple2 ja.




Saturday, December 26, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN @ SECRET RECIPE




SALAM....
selamat bercuti buat semua......ini sebenarnya cerita minggu lepas lagik,tapi baru hari ni berkesempatan mengN3kannya.makan2 di secret recipe sebagai memenuhi permintaan dari abang long nak makan burger kids selepas berkhatan tempohari.layan pic aja la kan sebab makanannya dah habis pun.



mama punya,nasi with chicken kebab.




abah punya,mee curry laksa.minuman lak lupa nak snap.




ini adik punya,kek coklat moist.

Thursday, December 24, 2009

NASI PAPRIK UDANG




SALAM....
menu lunch today,simple .....yang penting sedappppppp.jom kita lunch sama2..........



Wednesday, December 23, 2009

SPHAGETTI BOLOGNAISE




SALAM......
menu lunch hari ni,request dari abang long.resepi dari majalah RASA ogos 2008.

bahan-bahaan:
250 gm spagetti-direbus

untuk kuahnya:
175 gm pes tomatopuri
100 gm pes tomato
200 gm daging cincang
1 batang lobak merah-dihiris nipis
100 gm cendawan butang
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa

cara membuatnya:
-panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
-masukkan pes tomato puri,sos tomato serta daging cincang.tambahkan sedikit air dan gaul rata.
-masukkan lobak merah dan juga cendawan butang yang dicincang.
-perasakan dengan garam,gula secukupnya.
-biarkan mendidih dan pekat kemudian diangkat.
-hidangkan bersama sphagetti yang siap di celur.


TELAGA HARBOUR PARK




SALAM.....
ini antara tempat2 yang kami pergi semasa di langkawi.pemandangan amat menarik di sini,ada petrosains..... sesuai untuk bawa anak2 bermain.ibu bapa pun boleh bermain bersama anak2.selalu kalau balik langkawi mesdti pergi ke sini,boleh la anak2 bermain dengan sepuas hati.







aksi anak buah(anak adik hubby,mimi namanya.dok di perlis,deyrang balik sebab mamanya berpantang di kampung)




aksi abang long.....




aksi adik......




bermain congkak dengan salah seorang pengunjung petrosains,dia yang ajak saya main........




budak perempuan ni,asyik ajak saya main batu seremban pula.tapi masa tak mengizinkan untuk saya bermain batu seremban lak.teringat zaman sekolah dolu2.

Sunday, December 20, 2009

IKAN PEKASAM GORENG




Salam,
Selamat berhujung minggu. Jom makan ikan pekasam. Beli masa balik kampung baru-baru ni.....

Friday, December 18, 2009

NENAS POTONG




SALAM....
salam maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.makan nenas potong ni teringat zaman sekolah dolu2 kan.kiranya kenangan menusuk kalbu ni........selain dari nenas,ada sengkuang potong juga.nenas ni saya makan dengan kuah rojak mak bee,tabur pula dengan kacang tanah tumbuk.fuhh sedapnyaaaaaaa.
kalau nak rasa,jemput datang ke rumah ya.



Thursday, December 17, 2009

CUCUR JAGUNG MANIS



SALAM........
salam MAAL HIJRAH buat pengunjung diari kehidupanku.ini lah menu sarapan pagi ni,resepi dari bonda terchenta.

bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 tongkol jagung-dihiris nipis
6 sudu makan gula - ikut citarasa sendiri
secubit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
air secukuppnya

cara membuatnya:
-campurkan semua bahan2 kecuali jagung,bancuhkan dengan air sehingga sebati(jgn terlalu pekat dan jangan terlalu cair)
-masukkan jagung,biarkan sebentar dalam 5 minit
-panaskan minyak,dan boleh la mula menggoreng.

selamat mencuba



Wednesday, December 16, 2009

MAJLIS BERKHATAN ABANG LONG



SALAM.......
ni sebenarnya n3 dah basi...........sebabnya abang long dah berkhatan pada 7 hb lagi tapi baru hari ni berkesempatan nak letak n3 ni.abang long berkhatan sorang2 ja tanpa ada majlis besar-besaran,tiada paluan kompang,tiada pancuran air pili bomba.kalau nak majlis yang besar2an ada tapi pada 14 hb....mengenangkan minggu lepas ngam dengan roster saya,jadi saya ambil keputusan supaya abang long bersunat pada 7 hb tu.terima kasih pada MA sufri yang di bantu oleh DR sharifah mariam yang megkhatankan abang long.terima kasih juga pada MA ferdinend atas usahanya memperkenalkan saya pada MA sufri yang bertanggungjawab untuk memprojekkan abang long.gambar2 abang long selepas berkhatan entah ke mana pula pula hilangnya.gambar di atas tu masa kitaorg buat majlis kesyukuran pada ahad lepas.



antara hidangan yang disediakan..........






gooddy beg untuk tetamu.

MEE BANDUNG BONDA




SALAM.....
ini menu untuk dinner semalam,balik kerja penat jadi masak yang simple2ja.untuk abang long,saya buat mee hailam simple.....simple tu sebab letak fish ball & tauhu ja,tak berani nak bagi abang long makan udang,sotong lagik.resepi mee bandung dari my mom,tak da sukatan sebenarnya main campak2 ja.....ikut selera tekak ja.kalau buat mee bandung selalu saya buat macam ni,kiranya dah sesuai dengan selera kami sekeluarga.


bahan - bahan:
mee kuning
bawang merah - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
halia - dihiris
kulit kayu manis
ayam @ daging
sotong
udang
tauhu
telur
serbuk cili
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap pekat

karot
sawi
bunga kubis
putik jagung
tomato

bahan hiasan:
limau nipis
daun sup
daun bawang
cili besar


cara membuatnya:
-tumiskan bawang merah,bawang putih,halia & kulit kayu manis.
-masukkan serbuk cili,masak hingga cili pecah minyak
-masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap pekat
-masukkan daging @ ayam,tambahkan air secukupnya
-masukkan udang,sotong
-masukkan sayur2 & telur
-masukkan mee
-sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan

Monday, December 14, 2009

PEWARIS TOMOI




SALAM.....
bertemu kembali....sorry ya kawan2 belum lagi berkesempatan upload gambar2 LIMA 09.sibuk sikit dengan abang long berkhatan,pastu ada buat majlis sikit.......hari ni lak kerja 8-5,sampai rumah dah jam 6.....nak maghrib dah(kat sini la....)masak apa yang patut.......ni baru berkesempatan mengadap pc jap.sorry juga belum berkesempatan menjenguk rumah kawan2 ya.ini antara pic2 abang long dan adik beraksi macam pemain tomoi di rumah nenek saudara saya,lepas ke kaki gunung jerai tu...adik saya ajak ke rumah tok jang di kampung sungai durian,pendang.apa lagik saya ni memang kaki jalan so on ja la...........jadik bila budak berdua nampak sarung tangan tomoi tu ,dorg nak pakai.rupa2nya tok jang saya adalah pengajar tomoi.banyak sijil2 dan piala di rumah dia berkaitan tomoi nih........anak2 sibuk bertomoi jom nengok apa aktiviti mama dorg lak.jommmmmmmmmmmmm...................









ini lah aktiviti saya petang tu,gobek pinang.bila dah lama tak makan pinang...sesekali dapat makan pinang sedap lak rasanya.ada mau join?hehehe.........

Friday, December 11, 2009

KE KAKI GUNUNG JERAI




SALAM........
ini adalah aktiviti jalan2 pada hari raya ke 3,mula2 ke majlis kahwin saudara sebelah mak di gurun.....pastu mula la nak merayap kan,balik sesekali ja kan jadi kitaorg singgah sebentar di kaki gunung jerai.



bersama my sil.........






selamat pengantin baru buat azna & zaki,semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat.

Thursday, December 10, 2009

JALAN - JALAN KE MENARA ALOR SETAR



SALAM.....
pada hari raya ke dua,atas permintaan adik kami ke menara alor setar.sebelum tu kitaorg pergi beraya ke rumah bapa saudara hubby dan dia bawa kami pergi kenduri akikah jirannya,cikgu salmah(cikgu salmah pernah datang ke rumah kami pada penghujung 2006).dari menara alor setar kita dapat melihat pemandangan bandar alor setar.jom layan pic2 semasa kami di sana...................














FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker