Monday, February 9, 2009

NASI KUNING AROMA


SALAM..........
hari ni balik kerja dah lewat.......penat sangat.anak2 nak makan nasi ayam.....fikir punya fikir ,sebab malas nak buat nasi ayam kan & M juga....jadi buat la nasi kuning aroma ,resepi k fida MYR.lauknya utk anank2 nugget & telur rebus ja.......utk mama n abah sambal ikan bilis n sambal telur ja (ni virus M dah menyerang)........layan jer la............

Sunday, February 8, 2009

ROTI JALA & PIZZA



SALAM.......
hari ni buat roti jala utk minum petang(request dari si abg long)....ni 2nd time menjala,kalau tengok dari rupa tu out terus......tapi rasanya sedapppppp,ikut resepi dari tulip77 MYR.sekali dorg hadap ja dah habisssssss.........
pizza oooo pizza........buat utk dnner ....ni kes teringin tengok pizza kat rumah kak inahar,jadi malam ni dah dapat makan pizza.harap2 tak kempunan lagi.......resepi pizza ambil kat rumah mama pu3(pandai besan aku ni promote resepi,sedap juga pizzanya).apa2 pun layan jer la...........

Saturday, February 7, 2009

KENANGAN-RAFTING DI SUNGAI PADAS







SALAM..........
saja nak share pic2 hsbnd & the geng pergi rafting kat sungai padas.......layan jer la...........

Friday, February 6, 2009

JEMPUT MAKAN - RESEPI



SALAM.....
ini la menu hari ni.......pucuk ubi masak lemak(my favourite),tekak aku ni suka sangat makan masakan kampung,ye la orang kampung la katakan,pucuk ubi ni kawan aku kat tempat kerja bagi.....makasih ya flora.mula2 aku ingat nak buat kerabu fikir2 malas nak buat serbuk beras tu...akhirnya masak lemak ja la senang.......
paru pula aku masak paru goreng bercili........resepi as MYR........sedappppppp.Paru ni pun kawan hsbnd aku yg bagi(asyik dapat free je kitaorg ni...rezeki jgn ditolak)kak dayang toke daging payau.ini la resepinya.........

PARU GORENG BERCILI

bahan-bahan( 8 - 10 orang makan)
1 kg paru dibelah 4,cuci bersih & di rebus dengan sedikit garam
10 biji cili padi(lebihkan jika suka pedas)
1 batang serai*
1 inci halia*
sehiris lengkuas*
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
kisar bahan bertanda*
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

cara -cara

-paru yg telah direbus,dihiris dan di goreng hingga garing,kemudian toskan
-panaskan minyak,tumis bahan2 yg di kisarsehingga naik minyak,masukkan sedikit air asam jawa dan garam
-masukkan paru yg telah di goreng dan gaul hingga sebati dan agak garing...
-sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA.

Thursday, February 5, 2009

RESEPI - APAM COKLAT


SALAM
hari ni ada kawan bgtau nak datang rumah ...malam,penat giler lpas kerja malam...puas aku memikirkan apa yg nak dimasak untuk jamu diaorang....nak masak yang berat2 aku masih kepenatan....jadi ini saja la yang aku sempat masak untuk jamu dorg....apam coklat,walaupun dalam hati ni rasa tak best jg nak jamu dorg makan yg simple2 ni.....apam coklat ni resepi kak alma MYR.....thanks ye kak share resepi ni.....
ini la resepinya....


bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil soda bicarbonate
4 sudu besar serbuk koko

cara membuatnya:
-pukul telur dengan gula hingga kembang
-masukkan minyak,susu pekat dan air
-masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu bersama soda & serbuk koko
-kacau hingga sebati,masukkan dalam acuan apam dan bolehlah dikukus selama
10 - 12 minit.

SELAMAT MENCUBA.....

Wednesday, February 4, 2009

SANTAI






SALAM......
sempena cuti chinese new year yg lalu kitaorang pergi jalan2 lagi...kali ni pergi pitas pula....satu daerah di sabah.kitaorg pergi secara konvoi seramai 5 family..riuh rendah dengan suara anak2....happy sangat.
pergi pitas ni nak kata pergi bercuti tak juga cuma lebih kepada menemani kaum bapa memancing.kitaorang pergi 3 hari 2 malam.
kaum bapa pergi memancing waktu siang ja naik bot....kaum pula sibuk menjaga anak2.sepanjang peninggalan kaum bapa pergi memancing tu kaum ibu pula sibuk dengan aktiviti memasak....kitaorang masak pai apple,puding roti & apam coklat....
banyak jg kaum bapa dapat ikan...ikan2 tu kitaorg suruh kedai tu masak utk dinner...sedappppppp beb ..ikan fresh.
anak2 yg best dpt mandi laut...cuma time nak balik tu kitaorg cemas sikit kononnya banjir...tak leh keluar dari pitas...tapi alhamdulillahair air naik sikit ja jadi dapatla kitaorang keluar dari pitas....layan jer laa.........

Monday, February 2, 2009

KENANAGAN-MAJLIS PERTUNANGAN ADIK






SALAM

nak share gambar2 masa majlis pertunangan adik aku pada 23 nov 2008....adik aku yg lelaki tu.yg bestnya mau jg dorg tunggu aku utk majlis ni...tima kasih semua termasuk la bakal adik ipar aku ni yg sudi menunggu kami ....kalau tidak,tak merasa la aku majlis dorg ni.......
hantaran dr adik aku utk majlis ni semua aku buat.....simple ja ...beli kotak mengkuang,reben & bunga.....tadaaaaaa dah siap.......yg sirih junjung tu sentuhan dari hsbnd aku.kalau nak tau hsbnd aku ni kreatif jg orangnya.bab sirih junjung & mengukir buah utk mkn beradap ok............settle,no problem.....dia yg buat.
sebelah pihak perempuan pula serba pink...dari baju bakal adik ipar aku tu hinggala ke hantarannya........
aku dengar dorg dah tetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan nanti..............harap2 la aku dapat cuti masa tu....ok la.....layan jer la........

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker