Friday, February 6, 2009

JEMPUT MAKAN - RESEPI



SALAM.....
ini la menu hari ni.......pucuk ubi masak lemak(my favourite),tekak aku ni suka sangat makan masakan kampung,ye la orang kampung la katakan,pucuk ubi ni kawan aku kat tempat kerja bagi.....makasih ya flora.mula2 aku ingat nak buat kerabu fikir2 malas nak buat serbuk beras tu...akhirnya masak lemak ja la senang.......
paru pula aku masak paru goreng bercili........resepi as MYR........sedappppppp.Paru ni pun kawan hsbnd aku yg bagi(asyik dapat free je kitaorg ni...rezeki jgn ditolak)kak dayang toke daging payau.ini la resepinya.........

PARU GORENG BERCILI

bahan-bahan( 8 - 10 orang makan)
1 kg paru dibelah 4,cuci bersih & di rebus dengan sedikit garam
10 biji cili padi(lebihkan jika suka pedas)
1 batang serai*
1 inci halia*
sehiris lengkuas*
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
kisar bahan bertanda*
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

cara -cara

-paru yg telah direbus,dihiris dan di goreng hingga garing,kemudian toskan
-panaskan minyak,tumis bahan2 yg di kisarsehingga naik minyak,masukkan sedikit air asam jawa dan garam
-masukkan paru yg telah di goreng dan gaul hingga sebati dan agak garing...
-sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA.

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails