Thursday, February 26, 2009

KUIH LOMPANG



SALAM....
buat petang semalam....sedap dan mudah disediakan.....
kuih kegemaran kami suami isteri,tak pernah jumpa kat sini.....teringin sangat nak makan jadi buat sendiri ikut resepi sweetlilly(MYR).....

BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul-kukus kejap

cara membuatnya:
-satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air
bersama daun pandan.masak atas api kecil hingga gula larut.sejukkan sebentar.
-satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang 1 cawan air kapur.gaul rata.
-kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi.gaul hingga sebati.
-tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
-kukus 10 minit atau hingga masak,bila dah masak kuih akan jadi berlubang di
tengahnya.
-hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi.

SELAMAT MENCUBA

SECEBIS KENANGAN




SALAM.....
hari ini bertarikh 26 hb februari mengingatkan aku kenangan 3 tahun lepas ......kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi sabah ,negeri di bawah bayu............berbagai perasaan aku sewaktu tiba di sini...sedih,pilu mengenangkan kami sekeluarga terpaksa berjauhan dengan keluarga di kampung........di sebalik perasaan sedih itu sebenarnya jauh di sudut hatiku terselit perasaan suka dan gembira kerana kami sekeluarga dapat hidup bersama2 di bawah satu bumbung.bukan lagi macam dulu aku & anak2 di kangar,perlis.husband pula di penang.....cuma hari minggu ja kami dapat bersama2.terasa beban yang aku galas selama ini berakhir sudah........
mula2 kami sama2 di kangar tetapi apabila hsbnd aku dinaikkan pangkat dia dipindahkan ke penang.sebenarnya aku yg malas untuk pergi ke penang.....best dengan kehidupan di kangar.kebetulan semasa hsbnd aku di penang ,dia ada datang ke KK (sukan LHDN).balik ja dari KK dia bagitau aku jom kita pindah ke KK......best tempatnya dan yang pasti sampai bila kami akan tinggal berjauhan .aku pun bersemangat untuk datang ke sini...alhamdulillah ok ja kat sini.anak2 pun happy....dah pandai cakap sleng sini pun......tapi anak sabah lagi yang belum ada(cam ner ni jenuh dah menunggu..........sabar ja la......)
gambar kat atas tu ...itulah rumah kami kat kangar.......sedih juga kadang2 kalau tgk rumah tu...mula2 niat dihati tak mau bagi orang sewa...tapi akhirnya bagi juga menyewa kat Dr wan.gambar tu aku ambil masa balik kampung baru2 ni ...itupun aku bagitau dr wan dulu yang aku nak ambil gambar tu.....tak best juga kan ada orng menyewa tapi kami dok pergi tengok.
ok lah....dah panjang bebelan aku di pagi2 ni...banyak lagi kerja rumah sedang menunggu ni.....layan jer.........

Wednesday, February 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO NORSHILLA






SALAM.....
ini merupakan majlis sambutan hari jadi seorang pesakit di wad.....namanya norshilla(shilla) yang ke 15 tahun.shilla menjadi penghuni di sini lebih kurang 8 tahun.......kesiankan......tapi itu lah ketentuan dariNya.majlis seperti ni memang diadakan setiap tahun......memang shilla akan tertunggu - tunggu majlis ni.happy ja nampak dia hari ni....apap2 pun untuk shilla.....SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI- moga dipanjangkan umur dan ceria2 selalu dalam melayari kehidupan ini.....layan jer.........

Monday, February 23, 2009

CARAMEL CHEESE PUDDING





SALAM.....
emmmmm....yummy,betul kata yani sekejap rasa macam cheese cake sekejap rasa macam puding.ni la masakan yang tengah panassss sekarang kat MYR,jadi aku pun tak ketinggalan untuk mencubanya.ni la resepinya....

bahan-bahan(4 orang)
=karamel
70 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

=puding
180 gm cream cheese
70 gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar
1 sudu besar jus lemon

cara -cara membuatnya:
-sediakan karamel:panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
-pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.(tak perlu kembang)
-panaskan susu sehingga hampir mendidih.kemudian tuang ke dalam no 2 tadi.kacau sekata.
-tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karemel tadi.
-alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.bakar dengan suhu 160c selama 40 - 45 minit.
-sejukkan sebelum di hidang.

KUIH LOPES



SALAM.....
kuih lopes ni utk breakfast hari ni....ni lagi request dari budak demam,tapi seketul ja dia makan.nampaknya mama & abah la tukang makan......sebenarnya sebelum adik demam lagi dia dah minta aku buatkan kuih lopes ni...tapi masa tidak mengizinkan.
adik:"mama ....buat la ba kuih hijau tu...adik mo makan"
mama:"kuih hijau yg mana nih?"
adik:"yg pulut hijau tu ba.....ada daun tu..."
mama:"ok....mama buat,tu namanya kuih lopes"
adik:"mama buat ya...adik mo makan dengan susu"
jadi ini la hasilnya.....

Sunday, February 22, 2009

MEE KARI KETAM


SALAM....
ini la menu hari ni,mee kari ketam....ni utk mama & abah,untuk anak2 pula maca biasa la dorg tak habis2 dgn sup......jadi buatkan dorg mee sup.

ROTI JALA


SALAM....
buat untuk breakfast hari ni....request dari budak demam( si adik)......cicah dengan kari ayam...ini la resepinya dari yatiezaini(MYR)

bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 tin susu caur
4 tin air (guna tin susu)
4 biji telur
sedikit esen vanila
pewarna kuning
secubit garam

cara membuatnya:
-satukan bahan2 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
-masukkan adunan tadi ke dalam blender,blend sekejap hingga adunan sebati kemudian di tapis
-panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak.masukkan adunan ke dalam acuan roti jala & jalakan di atas kuali.
-biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak...bolehlah di angkat dan mengikut citarasa masing2.sedi untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker