Thursday, February 26, 2009

KUIH LOMPANG



SALAM....
buat petang semalam....sedap dan mudah disediakan.....
kuih kegemaran kami suami isteri,tak pernah jumpa kat sini.....teringin sangat nak makan jadi buat sendiri ikut resepi sweetlilly(MYR).....

BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul-kukus kejap

cara membuatnya:
-satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air
bersama daun pandan.masak atas api kecil hingga gula larut.sejukkan sebentar.
-satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang 1 cawan air kapur.gaul rata.
-kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi.gaul hingga sebati.
-tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
-kukus 10 minit atau hingga masak,bila dah masak kuih akan jadi berlubang di
tengahnya.
-hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi.

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

mummyalyssa said...

come lote lompang akak nih..aritu kite bikin tamau lompang kt tengah tp dia smile lak...xpelahhh asal leh mkn...

salamdariborneo said...

SERI.....
akak ingat nak bagi kat seri semalam....tapi masa g ambil anak tuisyen tu gelap ja umah seri....tu malas nak ketuk...hehehe....

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails