Monday, February 23, 2009

CARAMEL CHEESE PUDDING





SALAM.....
emmmmm....yummy,betul kata yani sekejap rasa macam cheese cake sekejap rasa macam puding.ni la masakan yang tengah panassss sekarang kat MYR,jadi aku pun tak ketinggalan untuk mencubanya.ni la resepinya....

bahan-bahan(4 orang)
=karamel
70 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

=puding
180 gm cream cheese
70 gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar
1 sudu besar jus lemon

cara -cara membuatnya:
-sediakan karamel:panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
-pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.(tak perlu kembang)
-panaskan susu sehingga hampir mendidih.kemudian tuang ke dalam no 2 tadi.kacau sekata.
-tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karemel tadi.
-alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.bakar dengan suhu 160c selama 40 - 45 minit.
-sejukkan sebelum di hidang.

2 comments:

Rafizah Nordin said...

adeh meleleh ayaq liuq ba...kikikikkkk ni bahase ape ni???

salamdariborneo said...

fizaaaaaaa..........mai sini nak tlg jwp,bahasa kedah campur sabah.....hehehe.....

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails