Thursday, March 25, 2010

APAM TEPUNG BERAS




SALAM......
apam tepung beras ni buat sebagai bekalan masa ke kudat hari tu......kali ke tiga buat baru sempat snap gambar sebabnya asal buat mesti habis di ngap oleh kanak2 riang.ni pun buat awal pagi buat sebelum dorg bangun,jadi sempat la apam tu berposing.memang tak membazir kalau buat apam ni,gerenti habissssssss.resepi dari kak watie,thanks ye atas resepi yang sedappp ni.......

bahan-bahan:

* 1 cawan nasi
* 2 cawan tepung beras
* 1 cawan gula putih
* 1 1/4 cawan air
* 1 sudu kecil yis
* sepeket kecil eno

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

bicara hatiku:hari ni hatiku berbunga riang sebab dapat menjejaki orang kampungku,rupa2nya mamasyipah sekampung denganku pula........

13 comments:

Watierman said...

Salam Dik Maria.....wah comel2 nya pinkish lagi.....apam mu ya!! Oooo cuti jalan2 juga ya...samalah kita...Akak pun baru je mula bersiaran semula...hehehe!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam maria...lama x mai sini,wah!sdpnya nampak apam tuh!!bdk2 mmg suka kuih2 yg color2 mcm niekan...

Fiza Nordin said...

salam k maria...wah!!! cantiklah apam tepong beras akak tu...kite pun peminat apam tepong beras, kak...boleh sangat wat kawan dgn kanak2 riang kat umah akak tu...hehee

cikmanggis said...

salam maria..wah kat sini pun mengapam gak ya..tak boleh jadi ni..bye kita nak buat apam juga hehe

ibundo said...

salam maria. kakpah copypaste resepi ni. rasa nak makan apam pulak hehe..
tq.

MamaFaMi said...

Sedap kuih apam ni...

salamdariborneo said...

to kak watie....
memang sekarang ni kita berkenan sangat dgn pinkish kaler.

salamdariborneo said...

to azatie...
aah,warna warni tu memang menbarik perhatian kanak2 riang kat umah ni.

salamdariborneo said...

to fiza...
nanti kalo datang umah akak senang la akak jamu dgn apapm ni ja....hehe

salamdariborneo said...

to CM...
mengapam kak jangan tak mengapam.

salamdariborneo said...

to kak pah...
aah,boleh ja nak c&p resepi tu,memang untuk dikongsi bersama.

salamdariborneo said...

to mamafami......
thanks ye sudi jenguk sini,memang sedap apam ni...sedap dari yang beli di kedai kan.

Anonymous said...

salam kak, kalau tak de eno boleh ganti dengan apa? Sebab di kampung saya tak ada eno. Dan apa function eno di resipi ini? Terima kasih.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker