Monday, March 29, 2010

KUIH LOMPANG PANDAN




SALAM...........
salam di pagi isnin yang damai,kuih lompang pandan untuk sarapan pagi ni.


bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
sedikit kapur
6 helai daun pandan
sedikit pandan paste

cara membuatnya
-masakkan gula dengan 1 cawan santan,ketepikan dan biarkan sejuk
-blend daun pandan dengan 1 1/4 cawan santan,tapiskan
-dalam bekas,masukkan tepung beras,kapur,air gula dan air pandan tadi.kacau hingga sebati.boleh masukkan pandan paste jika nakkan warna yang lebih hijau.
-panaskan kukusan,latak acuan di dalam kukusan
-bila air mendidih,masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit
-bila masak,angkat acuan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi air.biarkan sejuk dan boleh lah di keluarkan dari acuan.




9 ulasan:

Datin El said...

salam Maria ..comelnya kuih lompang tu..lima biji masuk mulut pun tak kenyang lg hihi kalau akak lah..

indahhouse said...

salam kak maria,
oh, cantiknya lompang tu. hihi, kelakar bila teringat saya tertukar nama kue lompang dgn kue kasui. kat kmpg saya..ada satu kue nama kosu. lebih kurang mcm ni rupanya..

Am (Flora Heights) said...

nak lompang ijao spinggan !

MaryMoh said...

Betul cantik and sedap tengokny. Dah lama belum makan kuib ini.

Yat Maria said...

salam Maria

Cantek & sedap nampak lopnag tu..lama kita tak buat..cam terasa nak makan pulak la...

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi KakMaria, Love dtg nak mintak kuih lompang sikit!!! :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam maria...sdpnya nampak kuih lompang pandan tue...

TREAT AND TRICK said...

Salam Maria, sedapnya kuih lompang tu pasti harum baunya....

Anonymous said...

salam cik maria..kapur tu ..air kapur ke....tringin nk try..tq

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails