Thursday, September 10, 2009

RAMADAN 19:AYAM MERAH & BIHUN GORENG



Ini menu semalam,menu hari ni...elek sebab berbuka di luar.bihun ni untuk diaorang ja,bihun pun saya takleh makan lagi...




Bahan-bahan ( 1 hidangan )
1/2 kilo ayam (dipotong, dbersihkan, diperap bersama kunyit dan garam. Kemudian digoreng separuh masak)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
4-5 sb cili kering kisar
2-3 sb sos cili
1 keping asam gelugur
1 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
1/2 labu bawang besar (dimayang)
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis kulit kayu manis, serai, bahan2 kisar dan cili kering sampai wangi/pecah minyak.
-Masukkan sos cili dan sedikit air.
-Masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan asam gelugur. Kacau sebati.
-Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails