Tuesday, September 8, 2009

RAMADAN17:AYAM BLACKPEPPER & KUIH KETAYAP





SALAM.......
menu berbuka semalam,masak simple2 ja sebab sibuk dengan membuat sekut raya.semalam dah dapat 3 jenis.hari ni pu target mesti dapat 3 jenis gak.sekut2 tu nanti siap semua baru nak shooting...jadi tungguuuuuuuuuu ye kemunculan sekut2 versi saya.ayam blackpepper tu buat sebab dah lepas geram dengan dorg dapat makan ketam.kita yang berpantang ni,nengok je la kan......kuih ketayap pula sebab nak menghabiskan inti lebihan buat tepung bungkus tempohari.

Bahan-bahan ( 3-5 orang )
utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara untuk inti;
- Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi

Untuk kulit;
-Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.
- Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi.
- Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
-Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis

3 comments:

Syuhada Kamal said...

salam k.maria..
rajin akak buat biskut raya..sy ni asik kuih tunjuk ajer.hehe..tq bg resepi, bleh try nnti..:)

Watierman said...

Salam Maria...hai pantang2 buat kerja macam tak pantang ke???...kalau miscarriage akak rasa kena pantang lebih tau..sejuk sgt tak boleh...panas sgt tak boleh...& jgn push sangat buat kerja2 tu...at least sampai 44 hari...ayo yo...adik aku ni...smgt nak raya sampai pulun kerja bukan main lagi dia!!!

salamdariborneo said...

to syuhada,memang setiap tahun buat.kat sini yang orang jual tu tak macam di malaya,kat sna sedap2.


to kak watie.....hehe,gelak baca komen akak.kak,dah 3 hari saya baring2 ja...sakit dah belakang rasa.tu yang bangun buat kerja pula.pantang makan ja kak,kerja rumah buat jugak...tapi mop2 tak buat la.kalau tak buat sekut nih...anak2 kelaparan kak........semangat betul kak nak raya kali ni walaupun di perantauan.huhu

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails