Tuesday, May 11, 2010

NASI LEMAK PANDAN KUKUS


 SALAM........
ini sebenarnya menu sarapan pada hari minggu yang lalu.nasi lemak pandan kukus,resepi dari kak hanieliza( resepi asalnya adalah nasi lemak kukus) dari buku SENANGNYA MEMASAK ....NASI.saya yang pandai2 letak daun pandan.jadilah nasi lemak pandan kukus.dimakan bersama sambal ikan bilis,sambal tumis udang dan telur rebus.





jom kita tengok resepinya.....

bahan-bahan
1 kg beras
1 liter santan
3 helai daun pandan-dikoyak dan disimpul(saya blend dan ambil airnya,kurangkan sukatan santan)
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah(dimayang)
garam secukup rasa
sedikit gula(sekiranya suka)

cara membuatnya

-basuh beras dan toskan
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan
-pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan hingga naik wap selama 30 minit
-apabila sudah masak,sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

Eliza said...

hmm..npk sedap dan kelainan dari nasi lemak biasa. nak cuba jugak. minta izin nak c&p resipi yer.tk

indahhouse said...

salam kak maria,
cantiknya hidangan...nak2 set teko ngan pinggan. teringin saya. mesti harum bau nasi lemak letak air pandan :)

izahdaut said...

sama la menu hari minggu kite. sambal udang pun same kecuali kami letak petai..nyum nyum..menambah selera dgn set yg cantik tuh..fuuhhh

salamdariborneo said...

leza
cuba la,memang sedap.

salamdariborneo said...

to nurindah...
memang harum daun pandan tu.....memang memikat selera la.

salamdariborneo said...

izah
ya ke,sama menu ye.kebetulan kan..

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails