Monday, May 31, 2010

PULUT BAKAR


SALAM..................

Ini adalah menu wajib yang dihidangkan oleh my MIL kalau kitaorang balik kampung.kalau sebelah utara panggil kuih ni pulut bakar,tak pasti pula tempat lain apa panggilannya.cicah dengan manisan tebu yang dibeli di TAMU kota belud,emmmmm.....sedapnya.selalu kalau my MIL buat bentuknya macam bentuk abuk2 tu,ini versi saya yang nak cepat.

bahan-bahan

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan
  • garam secukup rasa 
  • secubit gula
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya 

Cara-cara



  1. cuci beras pulut dengan air suam


  2. masukkan santan+garam+daun pandan+gula
  3. masak didalam periuk dengan api sederhana,masak sehingga pulut masak.


  4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya


  5. ambil 3 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang


  6. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya


  7. letak atas api dan balik2kan hingga garing


  8. makan ketika masih panas-panas dan ciah dengan madu lebah,susu pekat manis pun boleh.saya cicahkan dengan manisan tebu.

6 comments:

sweetie2010.blogspot said...

Salam Maria,

Pulut panggang ni lain sikit yer intinya.Ada cicah pula manisan tebu.hmm Tak pernah kak sweetie rasa.biasanya intinya kelapa+ udang jer.

cikmanggis said...

salam maria..wah lama tak singgah ..langsir baru ya..langsir raya ke ni..sedap pulut bakar ni..cm memang kaki pulut.:)

salamdariborneo said...

to sweetie...
yang ni tak de inti kak,cicah dgn manisan.

salamdariborneo said...

to CM...
aah,sedap pulut bakar ni,sesekali ubah selera dgn pulut bakar pula kan...

TopsyTurvyMum said...

Salam Maria..

waduhhh..i ni mmg lemah kalau tgk pulut bakar ni..kat kg panggil pulut panggang:) boleh makan 5-6 ketul sekali..
nak buat sendiri takde jumpa daun pisang yg sesuai..ada jual satu pelepah $8 tapi kerass

Anonymous said...

xanax medication xanax online no prescription paypal - how xanax affects the brain

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails