Wednesday, June 2, 2010

KETAM MASAM MANIS BORNEO


SALAM KAWAN2 SEMUA.........
alahmdulillah,bertemu kembali........nak share resepi dapat dari bapa saudara yang dok nun jauh di aloq setaq.

bahan-bahan

4 ekor ketam-sederhana besar
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*    -bahan bertanda * ditumbuk
1 inci halia*
2 biji cili merah  -ditumbuk kasar
1 labu bawang besar   - dihiris
1 biji telur(optional)
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 biji limau kasturi @ limau nipis
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya
minyak secukupnya


cara membuatnya:
-cuci ketam dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.ketepikan sekejap.
-goreng ketam dan ketepikan.
-guna minyak yang sama,tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.masukkan cili merah,sos cili,sos tomato dan sos tiram.boleh masukkan sedikit air jika suka.
-pecahkan sebiji telur dan kacau lagi.sesuaikan rasa.
-bila hampir masak,masukkan bawang besar .tutup api dan perahkan limau kasturi tadi.
-sedia dihidangkan.

4 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Wah Maria.....resepi orang Alorq Starq..mest sedap ni....hehehe...maaf lah Akak sibuk sgt lately.......Maria...kalau nak makan nasi kat sini..Maria tolong kopekkan kulit ketam boleh...Akak ni selalu Abang yang buatkan!

indahhouse said...

salam kak maria,
sukanya tengok ketam.... nampak sedap dimasak macam ni. tunggu beli ketam dulu.. ;)

sweetie2010.blogspot said...

Salam Maria,

Wah resepi special nih.
Lama sweetie tak masak ketam.Dngar cerita Kat KK ketam murah kan?

Anonymous said...

xanax online xanax 2mg fake - legal to order xanax online

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails