Thursday, May 21, 2009
KURMA AYAM KAMPUNG
SALAM...
hari ni masak ayam lagii...jangan jemu ye kalau datang sini asyik2 ayam je kan.ni last n3 tentang ayam kampung...hehehe tahu la beli 1 ekor jadi kena pelbagaikan la masakan tu...nanti dorg kat rumah ni jemu pula.hari tu ingatkan tak de jual ayam kampung yang siap diproses...rupa2nya adaaaa...ngam2 si angah dapat CP jadi beli la ayam kampung kat TAMU minggu lepas lagi.kali ni buat kurma letak kerisik...emm sedappp...resepi dari MYR - herdawaty abuothman....
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
500 gm ayam di potong sederhana besar
1000ml santan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
2 biji kentang besar
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
garam, ajinomoto
Cara-cara
- Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
-Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
-Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
-Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
-Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam ziarah,
Sedapnya kurma ayam kampung.
Kalau dimakan dengan pulut pun sedaaaapppp.
memang sedap ayam kampung berbanding ayam bandar...favourite my hubby ni.nanti nak cuba makan dengan pulut pula...
Post a Comment