Showing posts with label KERABU. Show all posts
Showing posts with label KERABU. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

KERABU TOMATO





SALAM.......
baru sempat mengupdatekan blog,kerabu tomato simple................

bahan2
dihiris halus

2 biji tomato
sedikit karot
1 batang serai
sedikit bunga kantan
1/2 biji bawang besar
2-3 biji cili padi
1 biji limau kasturi @ limau nipis
garam secukup rasa

1 ekor sotong(besar)-dicelur

cara membuatnya
-masukkan semua bahan ke dalam bekas,perahkan limau dan perasakan.sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, July 7, 2009

KERABU NANGKA




antara menu dinner hari ni,kerabu nangka ni kalau dapat campur dengan kerang rebus baru best....beli 1 packet rm 1 pun dah banyak,yang tak bestnya kalau makan nangka ni mula la berangin satu badan tapi disebabkan nak melepaskan keinginan makan kerabu nangka ok la juga.buat kawan2 semua ini la resepi kerabu nangka (resdepi bonda tersayang...)tapi tak de sukatan yang tepat,harap dapat membantu ye.jom layannnn.....

bahan2
nangka-rebus dulu ye
kerisik
serbuk beras
santan
sambal belacan
bawang besar
air asam jawa
kerang rebus-tak letak kerang kat sini tak sedapp
garam & gula

cara membuatnya
-bancuh santan,kerisik,serbuk beras,air asam jawa & sambal belacan.
-masukkan nangka yang di rebus tadi & bawang besar.gaul rata,perasakan dengan garam & gaul.sedia untuk dihidangkan
...

Sunday, June 28, 2009

NASI MINYAK HUJAN PANAS & THE GENG


SALAM....
menu hari ni,atas permintaan abang long......nasi hujan panas dia panggil.tertunailah hasrat abang long hari ni,setelah lebih 2 minggu dia minta saya buatkan nasi hujan panas.hari ni sebenarnya kerja petang tapi macam biasa la saya suruh kawan tolong buatkan kerja saya tu.jadi dapatla saya tunaikan permintaan abang long,lepas ni nasi beriani pula dia suruh buat....tunggu dulu ye nak (next week pula kot).selalu dia cerita hari jumaat sebelum pergi sembahyang jumaat abah bawa dia pergi makan nasi hujan panas @ nasi beriani di wisma muis.......tapi yang kesiannya hari jumaat lepas nasi kegemaran dia dah habis,tapi ok la hari ni dia dah dapat makan kat rumah.bukan main happy lagi bila dihidangkan dengan makanan kesukaan dia ni....lauk sampingannya ayam masak merah,kurma ayam & jelatah.

nasi hujan panas resepi dari makyong MYR

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
-Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
-Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
-Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
-Masukkan beras dan gaul rata.
-Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
-Masaklah nasi sehingga masak
-Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
-Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka




AYAM MASAK MERAH resepi dari love2cook - MYR
yang ini lauk untuk mama & abah...walaupun baru buat hari jumaat lepas,hari ni buat lagi sebab nak gu dengan nasi hujan panas tu.mula2 ingat untuk mama & abah nak buat dalca tapi M la pula,jadi buat juga ayam masak merah ni...yang hari tu resepi dari mak.

bahan -bahan
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar. (perap bersama garam dan serbuk kunyit)
Bahan diblend bersama:-
12 tangkai cili kering (dididih bersama air)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
---------------------------
2 biji bawang besar (potong bulat)
bahan tumis 4 sekawan
4 sb puri tomato - saya gantikan dengan sos cili
100ml susu cair- saya gantikan dengan santan
garam minyak masak
kacang peas - saya tambah

Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga cukup masak, tos dan ketepikan.
-Tumis bahan yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis 4 sekawan.
-Masukkan puri tomato dan gaul sebati. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sebentar.
-Tambah susu cair, perasakan dgn garam
-Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati...biar sebentar dan padamkan api.
-Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.







kurma ayam resepi dari MYR

Bahan-bahan ( 4 orang )
Ayam setengah ekor
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
2 biji bwg besar
Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
Serbuk kurma adabi
Serai
Santan
Minyak untuk menumis
Cili hijau @ merah
Tomato
4 biji buah keras (ditumbuk)

Cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.
-Masukkan serbuk kurma dan buah keras.
-Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.
-Masukkan sedikit air dan garam.
-Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan.
-Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.




jelatah...

Tuesday, May 5, 2009

KERABU BUNGA BETIK


SALAM.....
ni kes teringat mak kat kampung....kalau mak buat kerabu mesti sedappppp...tapi kalo anak mak yang buat,kurengggg sikit.kerabu bunga betik ni, AWASSSSSS nak tau naper...sebab bunga betik ni pahit.resepi dari mak....tak per tak sedap pun ,tak lama lagi dah nak balik kampung jadiii dapatla makan masakan mak...hehehe.resepi ni boleh jg buat kerabu taugeh,pucuk ubi,jantung pisang & nangka.

bahan2
bunga betik-rebus dulu ye
kerisik
serbuk beras
santan
sambal belacan
bawang besar
air asam jawa
kerang rebus-tak letak kerang kat sini tak sedapp
garam & gula

cara membuatnya
-bancuh santan,kerisik,serbuk beras,air asam jawa & sambal belacan.
-masukkan bunga betik & bawang besar.gaul rata,perasakan dengan garam & gaul.sedia untuk dihidangkan


Sunday, April 19, 2009

KERABUMANGGA



SALAM.....
MINGGU NI MINGGU KERABU MANGGA SEDUNIA...HEHEHE.NAK TAU KENAPA SEBABNYA...DAH 2 KALI DALAM I MINGGU BUAT KERABU MANGGA.BELI MANGGA 4 BIJI JA.....TAPI NAK MENGHABISKAN TU SEKSA...TERPAKSA LA BUAT SIKIT2.RESEPI DAH ADA KAT LABEL KERABU....LAYAN JA AHH.........




Monday, March 16, 2009

KERABU TOMATO IKAN BILIS



SALAM..........
buat untuk dinner semalam,kes ngences tengok kat rumah zaiy.......memang sedappp.zaiy...saya c& p resepinya ye.....

Kerabu Tomato dan Ikan Bilis
Sumber : mamazieza

Bahan :
Ikan bilis goreng segenggam
2 biji tomato dihiris
sedikit cili padi - dihiris
Bawang besar dihiris
1 batang serai dihiris

Cara :
Tumbuk ikan bilis tadi dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris.Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan kalau nak masam lagi perahkan sedikit limau..

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker