Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

AYAM MASAK MADU





SALAM...................

resepi ambil dari blog mamasyipah,resepi asal dari CMG.thanks buat kedua-duanya,izinkan saya c&p di sini ya.

BAHAN-BAHANNYA :


500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

3 camca besar cili merah

6 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

(*kisar halus)

2 camca besar cili sos

3 camca besar madu

1 camca teh serbuk lada hitam

2 biji cili merah, hiris serong

1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)

Garam secukup rasa

Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-

1.Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan.

Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama

2.Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak,

masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.

3.Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan

hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat .

4.Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.

Angkat dan hidangkan.

Friday, January 8, 2010

KUZI AYAM





SALAM......
selamat petang juga buat semua,hari ni pos N3 masakan semalam.ayam kuzi,guna paste kuzi segera made in kelantan........pemberian dari ain juga.paste ni sesuai untuk wanita2 yang bekerja macam saya ni,semalam kerja pagi balik dah penat....nasib baik ada paste segera.......ssenang kerja mok cik.nak jemput makan pun dah abisss,jadi menjamu mata dah la ye.



Tuesday, December 29, 2009

AYAM GORENG KUNYIT




SALAM....
menu simple lagi.....menu dinner semalam.kalau hari bekerja selalu masak yang simple2 ja.hari ni lak kerja malam ,jadi boleh la masak yang best2 sikit.tungguuuuuuuuu ye kemunculan menu hari ni......




Thursday, September 10, 2009

RAMADAN 19:AYAM MERAH & BIHUN GORENG



Ini menu semalam,menu hari ni...elek sebab berbuka di luar.bihun ni untuk diaorang ja,bihun pun saya takleh makan lagi...




Bahan-bahan ( 1 hidangan )
1/2 kilo ayam (dipotong, dbersihkan, diperap bersama kunyit dan garam. Kemudian digoreng separuh masak)
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
4-5 sb cili kering kisar
2-3 sb sos cili
1 keping asam gelugur
1 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
1/2 labu bawang besar (dimayang)
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis kulit kayu manis, serai, bahan2 kisar dan cili kering sampai wangi/pecah minyak.
-Masukkan sos cili dan sedikit air.
-Masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan asam gelugur. Kacau sebati.
-Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

Tuesday, September 8, 2009

RAMADAN17:AYAM BLACKPEPPER & KUIH KETAYAP





SALAM.......
menu berbuka semalam,masak simple2 ja sebab sibuk dengan membuat sekut raya.semalam dah dapat 3 jenis.hari ni pu target mesti dapat 3 jenis gak.sekut2 tu nanti siap semua baru nak shooting...jadi tungguuuuuuuuuu ye kemunculan sekut2 versi saya.ayam blackpepper tu buat sebab dah lepas geram dengan dorg dapat makan ketam.kita yang berpantang ni,nengok je la kan......kuih ketayap pula sebab nak menghabiskan inti lebihan buat tepung bungkus tempohari.

Bahan-bahan ( 3-5 orang )
utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara untuk inti;
- Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi

Untuk kulit;
-Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.
- Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi.
- Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
-Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis

Friday, August 7, 2009

AYAM GORENG KALASAN




yang ini menu hari ni.......resepi dari majalah seri dewi & keluarga bulan ogos 2009.ok la juga ayam ni,sedappp.....saya buat 4 ketul ayam ja,nak rasa dulu.sorry gambar tu terlebih flash pula.

bahan2
1 kg ayam
minyak utk menggoreng
10 ulas bawang putih *
2 ketul halia *
3 ketul lengkuas *
6 batang serai *
1 botol cuka
500 gm gla pasir
1 sudu makan garam

cara membuatnya:
-bersihkan ayam dan tos sehingga kering airnya.
-campurkan bahan kisar bersama cuka,gula dan garam.kisar bahan bertanda *.
-perapkan ayam dengan bahan kisar.simpan sehari semalam supaya meresap sepenuhnya ke dalam ayam.
-goreng sehingga warnanya menjadi perang.lebih sedap lagi kalau diperah air asam limau mahupun makan bersama hirisan bawang besar.


Saturday, July 18, 2009

AYAM GORENG BEREMPAH





SALAM......di malam minggu
ayam goreng berempah,selalu buat ni.....sedappppp.tapi kat rumah tak jalan kalau ayam tu salut dengan tepung ,jadi yang ini saya buat tak letak tepung.resepi dari noorsha MYR.


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
* 1 biji bawang sederhana besar
* 2 biji bawang putih
* 1 batang serai
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit
* 1 inci lengkuas
* 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
* 1 sudu kecil ketumbar biji
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa (optional)
1 biji telur
Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

-Cara-cara Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
-Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
-Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
-Goreng serta merta hingga garing.
-**Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.



Monday, July 13, 2009

TOMYAM AYAM




SALAM...
menu dinner semalam,di kira menu penyelamat ketika M menyerang.lagi pun cepat dan mudah disediakan...



Sunday, June 28, 2009

NASI MINYAK HUJAN PANAS & THE GENG


SALAM....
menu hari ni,atas permintaan abang long......nasi hujan panas dia panggil.tertunailah hasrat abang long hari ni,setelah lebih 2 minggu dia minta saya buatkan nasi hujan panas.hari ni sebenarnya kerja petang tapi macam biasa la saya suruh kawan tolong buatkan kerja saya tu.jadi dapatla saya tunaikan permintaan abang long,lepas ni nasi beriani pula dia suruh buat....tunggu dulu ye nak (next week pula kot).selalu dia cerita hari jumaat sebelum pergi sembahyang jumaat abah bawa dia pergi makan nasi hujan panas @ nasi beriani di wisma muis.......tapi yang kesiannya hari jumaat lepas nasi kegemaran dia dah habis,tapi ok la hari ni dia dah dapat makan kat rumah.bukan main happy lagi bila dihidangkan dengan makanan kesukaan dia ni....lauk sampingannya ayam masak merah,kurma ayam & jelatah.

nasi hujan panas resepi dari makyong MYR

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
-Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
-Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
-Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
-Masukkan beras dan gaul rata.
-Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
-Masaklah nasi sehingga masak
-Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
-Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka




AYAM MASAK MERAH resepi dari love2cook - MYR
yang ini lauk untuk mama & abah...walaupun baru buat hari jumaat lepas,hari ni buat lagi sebab nak gu dengan nasi hujan panas tu.mula2 ingat untuk mama & abah nak buat dalca tapi M la pula,jadi buat juga ayam masak merah ni...yang hari tu resepi dari mak.

bahan -bahan
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar. (perap bersama garam dan serbuk kunyit)
Bahan diblend bersama:-
12 tangkai cili kering (dididih bersama air)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
---------------------------
2 biji bawang besar (potong bulat)
bahan tumis 4 sekawan
4 sb puri tomato - saya gantikan dengan sos cili
100ml susu cair- saya gantikan dengan santan
garam minyak masak
kacang peas - saya tambah

Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga cukup masak, tos dan ketepikan.
-Tumis bahan yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis 4 sekawan.
-Masukkan puri tomato dan gaul sebati. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sebentar.
-Tambah susu cair, perasakan dgn garam
-Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati...biar sebentar dan padamkan api.
-Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.







kurma ayam resepi dari MYR

Bahan-bahan ( 4 orang )
Ayam setengah ekor
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
2 biji bwg besar
Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
Serbuk kurma adabi
Serai
Santan
Minyak untuk menumis
Cili hijau @ merah
Tomato
4 biji buah keras (ditumbuk)

Cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.
-Masukkan serbuk kurma dan buah keras.
-Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.
-Masukkan sedikit air dan garam.
-Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan.
-Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.




jelatah...

Friday, June 26, 2009

AYAM MASAK MERAH



SALAM....
menu hari ni,ayam masak merah resepi dari mak........teringat kenduri kawin kat kampung mesti ada ayam masak merah.kalau makan dengan nasi beriani @ nasi tomato mesti sedap kan......jemput makan.



Thursday, June 18, 2009

TOMYAM CAMPUR



SALAM...
menu hari ni...tomyam campur,senang ja kan nak buat main campak2 pun jadik.kali ni cuba paste tomyam beli masa pergi padang besar hari tu....hari ni masak awal sebab kerja petang.jemput makan ye.......




Thursday, May 21, 2009

KURMA AYAM KAMPUNG


SALAM...
hari ni masak ayam lagii...jangan jemu ye kalau datang sini asyik2 ayam je kan.ni last n3 tentang ayam kampung...hehehe tahu la beli 1 ekor jadi kena pelbagaikan la masakan tu...nanti dorg kat rumah ni jemu pula.hari tu ingatkan tak de jual ayam kampung yang siap diproses...rupa2nya adaaaa...ngam2 si angah dapat CP jadi beli la ayam kampung kat TAMU minggu lepas lagi.kali ni buat kurma letak kerisik...emm sedappp...resepi dari MYR - herdawaty abuothman....



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
500 gm ayam di potong sederhana besar
1000ml santan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
2 biji kentang besar
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
garam, ajinomoto

Cara-cara
- Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
-Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
-Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
-Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
-Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.



Wednesday, May 20, 2009

KARI AYAM KAMPUNG


SALAM....
menu hari ni....husband cakap kalau makan dengan roti jala sedappp nih,tapi apakan daya si angah kan dapat CP...kalau buat roti jala ,kan letak telur..mesti dia nak makan juga, tak kan tak bagi pula kan..kejam pula mama nih...apap pun yang pasti semua orang pun terpaksa ikut angah berpantang.....kari ayam kampung ni membuatkan ingatan terus ke kangar...ada satu kedai kat sana jual nasi campur...dia lauk semua best2 termasukla kari ayam kampung ni...tak pa tak lama lagi dah nak balik kampung...durian pun dah mula luruh kat kampung ...sabar,sabar...masanya akan sampai juga.....jom semua kita makan kari ayam kampung...



Sunday, May 17, 2009

SUP AYAM KAMPUNG


SALAM...........
menu untuk orang dapat chicken pox...hari ni dah ok tak menangis lagi minta kicap.buat masa sekarang semua orang diharamkan makan kicap...hehehe.haa begitu kuatnya penangan CP ni kan....termasuk abah yang hantu kicap pun terpaksa pendamkan hasrat makan kicap masa makan nasi...haa boleh pula makan tanpa kicap...




Sunday, April 19, 2009

AYAM MASAK KICAP




SALAM....
Dah lama tak memasak ayam...jadi hari ni dapat la lepas gian makan ayam.semenjak dok kat sini lebih suka makan seafood.mungkin dah jemu dengan ayam...atau pun seafood lebih murah.jawapannya sebab seafood lebih murah dan segar2 lagi.untuk hari ni buat masak kicap...resepi tak yah la kan sebab mesti semua orang dah pandai buat masak kicap kan..............





FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker