Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

MASAK LEMAK TELUR IKAN KURAU MASIN WIF BELIMBING





SALAM........
menu hari ni,hari ni kerja petang jadi awal2 lagik dah masak.relax2 jap,jap lagi dah nak pergi kerja.telur ikan kurau masin tu penjual ikan masin kat pasar ikan masin KK yang bagi,percuma katanya sebab masa balik kampung hari tu banyak beli udang kering kat dia.ini la first time makan telur ikan masin,sedap juga.ada yang teringin?......................



Tuesday, November 10, 2009

MASAK LEMAK TELUR





SALAM.....
ini adalah menu dinner semalam,masak simple2 ja...penattttt,lepas kerja malam cuti 1 hari ja..pastu kerja pagi.kalau saya ni mau cuti 2 hari baru boleh hilang penatt tu.tapi apa boleh buatkan itu dah memang tugas...semalam call my mom,sembang2 macam biasa..my mom tanya masak apa hari nih..saya jawap belum,tak tau nak masak apa lagi.so my mom kata buat la masak lemak telur + suhun + fucuk(dried beancurd),ok good idea tu...sesekali makan macam nih sedap juga kan....



Wednesday, July 29, 2009

KURMA TELUR




ini pun menu semalam,sesekali makan telur ni ok juga kan.buat kurma aka masak putih(orang kedah panggil masak putih,tapi sekarang jarang dengar orang panggil masak putih lagi).makan dengan bendi tumis pedas tu,emm berselera juga....



Wednesday, July 15, 2009

TELUR MASAK SAMBAL



SALAM di pagi rabu yang ceria.....
menu untuk berbuka semalam,resepi dari love2cook MYR.sesekali ubah selera pula makan telur masak sambal....memang sedappp.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 biji telur (direbus, buang kulitnye dan digoreng bulat2 dahulu) - Love tak goreng psal nak cepat...hihi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
1 bawang besar - potong bulat
1 batang serai - diketuk
sedikit air (optional)
garam secukup rasa
minyak masak

Cara-cara
-Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
-Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;)

Thursday, April 30, 2009

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH



SALAM.....
dah lama tingin nak makan sambal telur puyuh ni....baru semalam dapat buat.si abang long & si abg ngah mula2 tak mo makan telur ni(utk dorg tak masukkan dalam sambal)konon tak sedap.last2 minta basuhkan yang sambal tu sebab sedap pula kunun...alahai macam2 la anak aku nih.sama juga dengan kes siput tiram hari tu...si abg long makan tapi si abg ngah tak mo tak sedap kunun.ada aku dengar si abg long buat promosi "adik,makan la siput ni sedappp,kalo adik ndak mo...rugi nanti",bila si abg ngah cuba apa lagi bising la mulut dia "mama,tlg hisap siput kat adik...semua tu adik punya"jadi mama & abah ni tegok ja la.tu la mula2 tak sedap kunun.....ish cukup la kan bebel pagi2 nih...



FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker