Showing posts with label PULUT. Show all posts
Showing posts with label PULUT. Show all posts
Thursday, June 24, 2010
KUIH LOPES
SALAM.......................
syukur alhamdulillah,akhirnya berjaya juga pos n3 kat sini.tak tau naper tak leh nak pos n3 2,3 hari ni.tensionnnnnnnn dibuatnya.walwupun masakan saya ni,biasa2 ja nak juga pos kat sini.hehe..........buat ni dah lama,masa kawan hubby dari kangar,perlis datang ke rumah tempohari.masih lagi menggunakan manisan tebu sebagai pencicah.jom tengok resepinya.....
bahan-bahan
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
5 helai daun pandan
kelapa parut (putih sahaja)
secubit garam
pencicah tu boleh cicah dengan gula melaka yang dicairkan,manisan tebu
cara membuatnya
-basuh beras pulut
-blender daun pandan bersama santan cair-dapatkan 3 cawan
-masak beras pulut bersama air daun pandan dengan api sederhana,kacau hingga masak
-sejukkan sekejap,bungkuskan pulut dengan daun pisang
-kukus sehingga masak
-biarkan sejuk,potong dan boleh la digolek kedalam kelapa parut yang dikukus sekejap.
-sedai untuk dihidangkan.
Monday, May 31, 2010
PULUT BAKAR
SALAM..................
Ini adalah menu wajib yang dihidangkan oleh my MIL kalau kitaorang balik kampung.kalau sebelah utara panggil kuih ni pulut bakar,tak pasti pula tempat lain apa panggilannya.cicah dengan manisan tebu yang dibeli di TAMU kota belud,emmmmm.....sedapnya.selalu kalau my MIL buat bentuknya macam bentuk abuk2 tu,ini versi saya yang nak cepat.
bahan-bahan
- 3 cawan beras pulut
- 3 cawan santan
- garam secukup rasa
- secubit gula
- beberapa helai daun pandan
- daun pisang secukupnya
Cara-cara
-
cuci beras pulut dengan air suam -
masukkan santan+garam+daun pandan+gula - masak didalam periuk dengan api sederhana,masak sehingga pulut masak.
-
bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya -
ambil 3 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang -
gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya -
letak atas api dan balik2kan hingga garing -
makan ketika masih panas-panas dan ciah dengan madu lebah,susu pekat manis pun boleh.saya cicahkan dengan manisan tebu.
Friday, April 16, 2010
PULUT KUNING & THE GENG
SALAM....
buat petang semalam,pulut kuning enak dimakan bersama rendang dan kari daging.jadi saya menggandingkan pulut kuning ini dengan rendang daging rusa dan kari daging rusa.emmm lazatnyaaaaaaaaaa.dapat la bagi untuk jiran2 dan ustaz ngajar mengaji abang long & angah.nak jemput makan pun dah habiss,layan gambar ja la kan...
ini resepi pulut kuning bonda
bahan-bahan
1 kilo beras pulut direndam semalaman dengan 3 keping asam gelugur dan sedikit serbuk kunyit
2 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
secubit garam
secubit gula
2 helai daun pandan
cara membuatnya
-toskan beras pulut yang direndam,keluarkan asam gelugur dan kukus lebih kurang 15 minit
-angkat dari kukusan,perlahan api.
-arung dengan santan yang dicampur dengan garam dan gula,sesuaikan rasa.
-masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga masak.
-angkat,biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan.
resepi rendang daging rusa bonda
bahan A
300 gm daging rusa
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
daun limau purut
sedikit bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis
bahan B(dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
8 biji cili kering
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
cara membuatnya:
-daging dipotong kecil.basuh dan toskan.
-panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersam bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
-masukkan daging.
-masukkan kerisik,santan,gula,garam,air asam jawa dan sedikit air.
-masukkan duan limau purut.masakkan sehingga daging lembut dan kuahnya pekat.
-apabila sudah pecah minyak boleh lah diangkat dan dihidangkan.
Thursday, November 5, 2009
Monday, November 2, 2009
PULUT CEMPEDAK
SALAM....
buat untuk breakfast semalam,request dari my hubby.selalu makan pulut dengan derian atau pelam harum manis kan.kali ni ubah selera makan dengan cempedak lak.
Monday, October 19, 2009
KETUPAT PERIUK KERA
SALAM......
ketupat periuk kera,entah lah betul ke tidak nama tu.....makan ketupat ni masa pergi open house rumah ustazah abang long.ustazah ni orang bintulu,sarawak.rasanya sama juga dengan ketupat palas tu,cuma cara dimasukkan dalam periuk kera tu yang lain.
Thursday, September 24, 2009
KETUPAT PALAS
SALAM.............
hari raya mesti ada ketupat kan...,bagi orng2 utara sudah menjadi kebiasaan menghidangkan ketupat palas bersama kari ayam @ daging berkerisik,rendang ayam @ daging,boleh juga di makan bersama serunding.walaupun beraya di perantauan,kitaorang tetap menyediakan ketupat supaya terasa suasana berhari raya seperti di kampung.setiap tahun my hubby la yang akan buat ketupat ni...hehe.saya hanya tanak pulut ja.proses membalut semuanya di lakukan oleh my hubby,sebab dia lebih terrror membalut dari saya.bila dia membalut ketupat ,boleh la saya buat kerja lain......ringan sikit kerja kan.ini resepi dari bonda tercenta ............
bahan - bahan
2 kilo beras pulut
2 biji kelapa
garam secukup rasa
cara membuatnya:
-basuh beras pulut hingga bersih
-perah santan - ambil patiny
-masukkan beras pulut dalam periuk,masukkan santan biar sama paras dengan beras pulut.masukkan garam secukup rasa
-tanak hingga santan kering,beras pulut tu akan masak separuh masak ja
-sejukkan pulut dan boleh la di balut dengan daun palas(cara2 membalut seperti di bawah ye)
-siap membalut semua pulut tu,boleh la di rebus @ di kukus(saya lebih suka kukus sebab kalau nak rebus pastikan balutannya mesti kemas supaya air tidak masuk ke dalam balutan pulut tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)