Showing posts with label PUDING. Show all posts
Showing posts with label PUDING. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

RICH CHOC PUDING



SALAM......
Dah ramai yang mencuba puding ni........memang mabeles,sangat sesuai untuk penggemar coklat.resepi dari kak jun.thanks kak jun,izinkan saya copy & paste resepinya di sini ye...........

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
-Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
-Masukkan butter, kacau hingga pekat.
-Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
-psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.




Thursday, September 10, 2009

RAMADAN 18:MEE GORENG,IKAN MASAK ASAM,SAYUR SAWI,PUDING LAICI



SALAM....
ini menu untuk ramadan ke 18,bzzzzzzzzz dengan sekut2 raya jadi malam ni baru dapat mengupdate.......mee goreng ni utk dorg ja.saya kan takleh makan mee lagi.huhu


ini saya punya menu,menu orang berpantang.

puding laici.......

Wednesday, August 26, 2009

PUDING SELASIH




ini pun buat untuk berbuka semalam,main campak2 ja......abang long suka makan biji selasih ni.setiap hari berbuka dengan sirap selasih,tu yang datang idea nak buat puding selasih ni.rasanya sedap juga,simpan dalam esbox dulu nak makan baru keluarkan,emm sejuknya lalu kat anak tekak nih....



Thursday, July 23, 2009

AGAR - AGAR LAPIS PELANGI




SALAM...
buat agar2 ni untuk makan2 dengan kawan2 di tempat kerja.memang sedap ......tapi lapisan yang saya buat tu tak cantik sebabnya...emmm balik kerja terus buat,pastu terkejar lagi nak pergi pasar beli barang2 untuk buat makan2 kat tempat kerja.jadi moral of the story,lain kali kalau nak buat lagi pastikan semua kerja telah disettlekan.resepi dari aziemas MYR....

Bahan-bahan ( 22 cm )
Bhn A
2 sudu makan serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah dll
Bhn B
2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara
-Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
-Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
-Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil

CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...




Monday, May 4, 2009

PUDING SOYA BEAN


hari ni buat puding soya bean....best puding ni macam makan taufu fah.....resepi tentulah dari MYR kan - dari kfida.ini la resepinya.....


Bahan-bahan ( 4-6 orang )
1 ltr air kacang soya (1 kotak)
2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali)

Bahan tambahan :-
Buah2an dlm tin ikut selera
ATAU secukup air gula/melaka

Cara-cara
-Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit.Matikan api.
-Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
-Ketika menghidang,bubuh buah2an pilihan bersama jusnya sekali.Jika menggunakan bekas yg besar,cedok/potong puding ke dlm mangkuk2 kecil dan bubuh buah2an dan jus di atasnya.
-Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah...selamat mencuba...






layan gambar ye....

Wednesday, April 8, 2009

BABY BREAD PUDING




SALAM...........
baru siap buat masih panas2 lagi ni...jemput makan semua.ni kes ngences tengok kat rumah knor & ika.resepi ada kat MYR dari kfida.resepi lebih kurang juga degan resepi puding roti yang ada kat sini tu(cari kat label puding) cuma bezanya boleh guna muffin tray.jemput makan semua.......



Sunday, April 5, 2009

PUDING ROTI






SALAM.........
breakfast hari ni,puding roti.ni kes untuk menghabiskan roti gardenia....dari dibiarkan expired lebih baik buat puding roti.sedap dan senang disediakan.


Bahan-bahan

6 keping roti
30 gm mentega dicairkan
80 gm kismis atau mix frutis
4 biji telur dipukul
475 ml susu cair
150 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar madu


Cara-cara
- Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yg bersesuaian.
-Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
-Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu cair, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.
-akhir sekali tuangkan madu di atas roti tadi.
-Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.

SELAMAT MENCUBA

Monday, February 23, 2009

CARAMEL CHEESE PUDDING





SALAM.....
emmmmm....yummy,betul kata yani sekejap rasa macam cheese cake sekejap rasa macam puding.ni la masakan yang tengah panassss sekarang kat MYR,jadi aku pun tak ketinggalan untuk mencubanya.ni la resepinya....

bahan-bahan(4 orang)
=karamel
70 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

=puding
180 gm cream cheese
70 gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar
1 sudu besar jus lemon

cara -cara membuatnya:
-sediakan karamel:panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
-pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.(tak perlu kembang)
-panaskan susu sehingga hampir mendidih.kemudian tuang ke dalam no 2 tadi.kacau sekata.
-tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karemel tadi.
-alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.bakar dengan suhu 160c selama 40 - 45 minit.
-sejukkan sebelum di hidang.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker