Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

KARI DAGING LANDAK

SALAM..............................
haaaaa,janagn terkejut pula dengan tajuk n3 kali ni.....ini bukan saya yang masak,ini sebenarnya masakan kawan my hubby semasa dorg ke kalabakan baru2 ini.aktiviti dorg di sana memburu sambil memancing,ini antara hasil yang diperolehi oleh dorg.saya pun tak pernah merasa daging landak lagi..........entah lah macam takleh nak masuk ja.menurut my hubby rempah untuk kari ini disediakan terlebih dahulu oleh wife kawannya,cuma masukkan santan dan daging ja semasa memasak .sedap juga katanya daging landak tu.....

Wednesday, May 5, 2010

ASAM PEDAS TULANG RUSA

SALAM..............
resepi saya akan update kemudian ye,ada hal pula...................


UPDATE
selalu tulang buat sup kan,kali ni kita ubah selera buat asam pedas.rasanya ok juga,not bad la.


bahan-bahan
500 gm tulang rusa
4 biji bawang merah-dimayang
1 batang serai-diketuk

bahan dikisar
10 tangkai cili kering
2 cm halia
20 gm belacan
1/4 sudu teh halba
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun kesom
bunga kantan


cara membuatnya
-panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,serai dan juga bahan kisar hingga naik baunya
-kemudian masukkan halba bersama air dan juga tulang.biarkan hingga kuahnya mendidih dan tulang empuk.
-tuangkan air asam jawa,masukkan daun kesom dan bunga kantan
-perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
-sedia dihidangkan

Wednesday, March 3, 2010

DAGING DENDENG




SALAM....
resepi dari buku senangnya memasak...daging bersama chef hanieliza.




ini lah resepinya....


bahan A
1 kilogram daging
2 inci halia(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
2 cawan air
garam secukup rasa

bahan B(dikisar)
10 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besra rempah kurma
1 sudu besar gula merah

cara membuatnya
-daging dibersihkan,kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus bersama serai dan halia hingga lembut.
-daging dihiris nipis tetapi lebar.kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
-tumbukkan daging didalam lesung supaya lebih lembut.
-panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi.
-masukkan daging tadi dan gaulkan hingga rata.
-sesuaikan rasanya kemudian angkat dan hidangkan.

Monday, February 22, 2010

DAGING PRUN




SALAM..............
resepi asal dari kak hanieliza,resepi saya ambil dari dapur kak ummi.memang sedapppp,buat kawan2 di luar sana,rugi kalau tidak mencuba......




Bahan A:-

*
600 gm daging (dipotong nipis)-saya guna daging rusa
*
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
*
5 sudu besar sos tomato
*
4 sudu besar kicap pekat
*
2 sudu besar cili mesin
*
2 sudu besar rempah kari
*
4 sudu besar minyak
*
1/2 cawan air
*
Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):-

*
4 ulas bawang putih
*
10 ulas bawang merah
*
2 inci halia

Cara Memasak:-

1.
Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
3.
Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
4.
Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
5.
Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani. (*akak makan dgn nasi beriani...ngeee)



Thursday, February 11, 2010

DAGING SAMUDERA


>




SALAM.....
resepi asal dari lelayong tapi saya ambil resepi dari dapur kak ummi.izinkan saya c&p di sini ye......


bahan-bahan
* Daging batang pinang (lela buat untuk 2 org makan) - akak buat 400 gm.-saya guna daging rusa
* Kicap (akak letak 1/4 cawan)
* Cuka (akak letak 2 sudu makan)
* Sedikit gula (akak letak 1 1/2 sudu makan)
* 1/2 sk. serbuk lada hitam (ni akak saja tambah)
* 1 sudu besar sos cili Thai (ni pun akak tambah)
* 3 sb. minyak masak

Cara-Cara:-

1. Potong daging nipis dan lebar. Basuh dan toskan.
2. Perap daging bersama bahan2 di atas selama 30 minit atau lebih.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging tadi sehingga kering dan naik minyak dengan menggunakan api sederhana besar. Kacau balik selalu....Angkat dan hidangkan.

(* Akak merajinkan diri, goreng bawang besar dan cili merah sebelum goreng daging. Angkat dan ketepikan. Kemudian campurkan ke dalam daging yang telah masak tadi dan kacau rata...so, lebih perisa rasanya dan wangi)

Tuesday, September 8, 2009

RAMADAN 13:MEE UDANG,TEPUNG BUNGKUS,ROTI JALA KARI DAGING KERISIK




SALAM.....
ini adalah siaran tertunggak,hehe.menu dah lepas tapi baru nak mengupdate.......buat untuk berbuka sebelum admitted.mee udang resepi by che iza....

Bahan-bahan ( 3-4 org )
1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia
1 sb petis
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam

taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng

Cara-cara
-Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jg buang....
-Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
-Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
-Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
-Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
-Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....




tepung bungkus,resepi by princessharyati

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
daun pisang di layang skit ke ats api kecil

utk inti;
1/2 biji kelapa parut
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut
sehelai daun pandanh di simpul

Cara-cara
-Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
-Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit.



roti jala lagiiiii,as requested by my kids.cicah denga kari daging berkerisik.

Wednesday, August 26, 2009

DAGING REBUS CICAH AIR ASAM




SALAM....
hari ni dah hari ke 5 kita berpuasa kan,sekejap ja rasa.lepas ni sibuk dengan wat cookies pula kan.hehe......saya pun dok belek2 kalendar cari tarikh yang sesuai dengan cuti nak start buat cookies.ini la menu berbuka semalam,daging rebus cicah air asam kerisik........emm sdap.



Monday, August 24, 2009

SUP EKOR




SALAM....
ini pun menu berbuka smalam,masa pergi kota belud beli tulang ja tapi ruopa2nya dia ada campur sekali dengan ekor lak.apa lagi buat sup le jawapnya.



Sunday, August 23, 2009

NASI MINYAK & THE GENG



SALAM.....
ini menu berbuka semalam......nasi minyak,dalca tulang dan masak kurma daging.



Wednesday, August 19, 2009

DAGING GORENG KICAP




SALAM.....
ini menu dinner semalam,akhirnya tertunai juga hajat nak makan daging.emm sedapnya,daging kerbau ba......untuk kenkawan yang tanya tentang morning sicknees tu,alhamdulillah buat masa sekarang saya belum ada loya2 & rasa mual2 tu.kali ni berbeza dengan yang sebelum ni......kalau dulu asal tau ja +ve(UPT la.....)terus ja loya2 & muntah2 sekali.kali ni makan pun berselera..............semalam dah pergi booking (utk pregnant) di klinik gomen ja(kita kerja gomen,jadi pergi pun klinik gomen cukup la...........hehe).jadi nasihat dari nurse mesti kawal makan sebab nanti berat badan bertambah banyak susah juga.ya la akan saya ikut nasihat tu.....tapi yang tak bestnya saya dapat line hijo di kad sebab hemoglobin(hb) 10.4 gm/dl ja,untuk ibu2 mengandung mesti hb 11 ke atas.tapi saya dah dibekalkan dengan vitamin,harap2 hb akan naik lepas ni.ok la,yang ada bagi award tu nanti jap2 lagi saya gantung ye,nak g memasak dulu........



Friday, April 17, 2009

DAGING GORENG SEMPOI




SALAM.....
minggu ni belum ada lagi pos gambar2 masakan kat sini,bukannya apa bz + kurang sihat gak.batuk,selsema(hingus & kahak pun hijo woo.......entah kuman apa yang melekat tu,takut nak check spesimen tapi pagi tadi ada juga hantar spesimen pergi lab.tu pun sebab my boss yg suruh.harap2 result yang baik2 ja kan).yang paling takut sebab ramai pt PTB kat sini.......palis2.mungkin sebelum pergi kundasang hari tu dah ada selsema sikit2,pergi pula tempat sejuk ,balik apa lagi air hingus meleleh....bersin2 lagi dan kepala pun berdenyut2 ,suara pun pandai hilang tapi........kerja tetap kerja,masak tetap masak.si adik pun selsema dan demam juga semalam...cuti sekolah 1 hari,tapi asyik nangis nak pergi sekolah...kunun takut cikgu marah sebab ponteng.puas juga la nak explain kat dia yang cikgu tak kan marah sebab dia demam.apa pun layan jer la kan daging goreng sempoi ni(menu hari minggu nih)......janji perut kenyang kan..........................

Tuesday, April 7, 2009

SUP TULANG RUSA




SALAM..........
menu malam ni juga,macam biasa kat rumah ni tak pernah putus dengan daging & tulang rusa.semenjak dok kat KK ni tak pandang dah daging lembu...daging rusa tetap jadi pilihan.buat kengkawan yang nak rasa daging rusa tu....jemput le datang ke sini.harganya lebih murah berbanding dengan harga di malaya.kali ni buat sup resepi dari mak,yang letak kentang blend tu petua dari my bisan ,si ain le sape lagi.

bahan - bahan:
1/2 kilo tulang rusa
2 cm halia - diketuk
1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang - direbus & dilecek
1 sudu teh lada hitam
garam & gula secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

bahan tumis:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 cm halia

bahan hiasan:
daun sup
daun bawang
bawang goreng

cara membuatnya:
-masukkan air bersama tulang dan rebus ,masukkan juga halia yang diketuk.
-rebus sehingga separuh masak dan masukkan kentang yang di blend tadi,garam dan gula.
-masukkan juga lada hitam.
-bila daging telah masak.di dalam kuali,panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga naik baunya.
-tuangkan bahan tumis tadi ke dalam kuah sup
-taburkan daun sup,daun bawang dan bawang gorengsebelum dihidangkan panas.

SELAMAT MENCUBA

Thursday, March 12, 2009

DAGING BLACK PEPPER



SALAM.....
menu dinner semalam....resepi dari knor MYR.cuba la senang dan cepat disediakan.....emm sedap lagi tu......

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-cara
-Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
-Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
-Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
-Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
-Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Wednesday, February 11, 2009

DAGING TUMIS PAK ANDAM


SALAM..........
Hari ni kerja pagi,balik rumah puas juga memikirkan nak masak apa....akhirnya masak daging tumis pak andam(resepi dari kfiza MYR)...nak resepi ye,ni ha ada kat bawah.....sayur kubis je,untuk anak2ku biasa la sup...sup..sup...,jadi utk diaorang aku masak sup daging,& nugget.... dah cukup utk mlm ni.......layan jer la.........

DAGING TUMIS PAK ANDAM

bahan -bahan:
1 kilo daging
15 tangkai cili kering
2 helai daun purut
sedikit air asam jawa
gula & garam secukup rasa
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 cm halia*
1 sk ketumbar*
1 sk jintan manis biji*
minyak untuk menumis

cara membuatnya:
-daging dibersihkan dan direbus hingga lembut,rebus seketul-ketul.
-setelah daging lembut potong nipis dan ketuk2 sedikit daging tersebut dgn lesung batu
-kemudian goreng daging seketika,jgn terlalu garing.angkat & ketepikan.
-blend bahan yg bertanda *.
-panaskan minyak,tumiskan bahan2 yg telah diblend,kacau sebentar & masukkan cili kering.masak hingga garing.
-pastu masukkan daging,gula & garam,air asam jawa & daun limau purut.tambah sedikit air jika terlalu kering.
-kecilkan api & biarkan renih seketika.angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Friday, February 6, 2009

JEMPUT MAKAN - RESEPI



SALAM.....
ini la menu hari ni.......pucuk ubi masak lemak(my favourite),tekak aku ni suka sangat makan masakan kampung,ye la orang kampung la katakan,pucuk ubi ni kawan aku kat tempat kerja bagi.....makasih ya flora.mula2 aku ingat nak buat kerabu fikir2 malas nak buat serbuk beras tu...akhirnya masak lemak ja la senang.......
paru pula aku masak paru goreng bercili........resepi as MYR........sedappppppp.Paru ni pun kawan hsbnd aku yg bagi(asyik dapat free je kitaorg ni...rezeki jgn ditolak)kak dayang toke daging payau.ini la resepinya.........

PARU GORENG BERCILI

bahan-bahan( 8 - 10 orang makan)
1 kg paru dibelah 4,cuci bersih & di rebus dengan sedikit garam
10 biji cili padi(lebihkan jika suka pedas)
1 batang serai*
1 inci halia*
sehiris lengkuas*
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
kisar bahan bertanda*
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

cara -cara

-paru yg telah direbus,dihiris dan di goreng hingga garing,kemudian toskan
-panaskan minyak,tumis bahan2 yg di kisarsehingga naik minyak,masukkan sedikit air asam jawa dan garam
-masukkan paru yg telah di goreng dan gaul hingga sebati dan agak garing...
-sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker