Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts
Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

KETAM MASAM MANIS BORNEO


SALAM KAWAN2 SEMUA.........
alahmdulillah,bertemu kembali........nak share resepi dapat dari bapa saudara yang dok nun jauh di aloq setaq.

bahan-bahan

4 ekor ketam-sederhana besar
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*    -bahan bertanda * ditumbuk
1 inci halia*
2 biji cili merah  -ditumbuk kasar
1 labu bawang besar   - dihiris
1 biji telur(optional)
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 biji limau kasturi @ limau nipis
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya
minyak secukupnya


cara membuatnya:
-cuci ketam dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.ketepikan sekejap.
-goreng ketam dan ketepikan.
-guna minyak yang sama,tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.masukkan cili merah,sos cili,sos tomato dan sos tiram.boleh masukkan sedikit air jika suka.
-pecahkan sebiji telur dan kacau lagi.sesuaikan rasa.
-bila hampir masak,masukkan bawang besar .tutup api dan perahkan limau kasturi tadi.
-sedia dihidangkan.

Friday, April 16, 2010

KARI UDANG NENAS

SALAM..........
menu dinner hari ni,kari udang nenas.buat semua kengkawan ,perasan tak umah kita dah bertukar langsir baru....ini adalah hasil kerjatangan dari member blogger kita yang baik hati,cikmin nun jauh di bentong .buat cikmin terima kasih atas pertolongan dari cikmin ,hanya ALLAH yang dapat membalas budi dan jasa baik dari cikmin.

kari udang nenas

bahan-bahan

500 gm udang
1 packet kecil rempah kari ikan/udang
1 biji kelapa
1/2 biji nenas sederhana besar
3 tangkai daun kari
air asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


bahan ditumbuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

cara membuatnya
-basuh udang dan toskan.
-bancuh rempah bersama pati sedikit pati santan ,air asam jawa dan sedikit air.
-panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang ditumbuk dan daun kari hingga wangi.
-masukkan rempah,masak hingga naik minyak.
-masukkan santan,garam biarkan hingga mendidih.
-masukkan udang dan nenas.kecilkan api dan biarkan masak.
-angkat dan boleh lah dihidangkan.

Saturday, February 13, 2010

SOTONG GORENG TOMYAM




SALAM.............
resepi dari majalah mingguan wanita.........

bahan-bahan
500 gm sotong
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
2 sudu pes tomyam
2 sudu sos ikan
1 tangkai daun selasih
2 helai daun limau purut
sedikit kicap pekat
garam dan gula secukup rasa


bahan yang saya tambah
-carrot
putik jagung


cara membuatnya
-sotong di celur dan ditoskan airnya
-bawang putih dan cili padi ditumbnuk kasar
-cili merah dan cili hijau dihiris halus
-tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan cili padi,setelah itu masukkan sotong,pes tomyam,sos ikan,sos tiram.masukkan cili hijau dan kicap pekat,gaulkan dan terus angkat.
-sedia untuk dihidangkan.

Sunday, February 7, 2010

KERABU SOTONG BERSUHUN





SALAM.........
Selamat berhujung minggu buat semua,buat kerabu sotong ni ikut resepi kerabu tomato pada n3 yang lalu.

Monday, January 25, 2010

SOTONG GORENG TEPUNG





SALAM.....
menu lunch semalam,resepi dari che iza MYR.nanti saya letak resepinya ya,selalu buat guna resepi.ini antara resepi yang best untuk sotong goreng tepung.kadang2 saya buat guna udang juga,sesuai dengan citarasa kami sekeluarga.

UPDATE:

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
-Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
-Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
-Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
-Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
-Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Thursday, December 24, 2009

NASI PAPRIK UDANG




SALAM....
menu lunch today,simple .....yang penting sedappppppp.jom kita lunch sama2..........



Tuesday, September 8, 2009

RAMADAN 16:KETAM BLACKPEPPER,KUIH CARA MANIS,MASAK KICAP IKAN BAWAL & SAYUR SAWI




SALAM.......
ini pun menu tertunggak..........



masak kicap ikan bawal & sayur sawi tu khas untuk orang berpantang ja......

Saturday, August 15, 2009

UDANG GORENG KUNYIT






SALAM.....
menu hari ni,udang goreng kunyit untuk si teruna.tak payah resepi la kan mesti semua orang pandai goreng kunyit macam ni kan.


Saturday, August 8, 2009

UDANG GORENG BEREMPAH





SALAM.....
menu hari ni,resepi dari majalah RASA ogos 2008.nanti saya letak resepinya.....nak cepat nih.layan gambar dulu ahh.....



Friday, August 7, 2009

SOTONG MASAK KUNYIT




SALAM...
ini pun menu hari ni....menu orang yang rasa nak makan macam2,hehe.layan ja la ahh.resepi dari hasue....

Bahan-bahan ( 2-3 Orang )
400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
2 Ulas Bawang Merah*
1-2 Ulas Bawang Putih*
1cm Halia*
4 cm Kunyit Hidup*
1/2 sudu kecil Belacan*
1 Batang Serai (dititik)
3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

Cara-cara
-Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
-Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
-Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
-Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa.. *untuk rasa lebih enak,letakkan daun kunyit yang dimayang halus..
Selamat Mencuba.. ^_^




Thursday, July 30, 2009

KETAM MASAK LEMAK WIF DAUN CEKUR





SALAM....
ini la hasilnya setelah bersilat di dapur tadi(bersilat u...).ketam lemak wif cekur,resepi dari mak yung jepung.sebenarnya resepi tu ketam masak lemak cili padi wif cekur tapi saya tak letak cili padi jadi saya letak tajuknya ketam masak lemak wif daun cekur sebab anak2 nak makan juga(peberet dorg ketam nih).memang sedappppppp sehingga menjilat jari 'gu' pula dengan ulam2an & sambal belacan.emmm walla......resepi g godek kat dapur hana ye,dah cuba nak C & p tadi tak dapat pula...





Monday, July 27, 2009

Saturday, July 25, 2009

SAMBAL TUMIS SOTONG BERSERAI




SALAM....
ini pun menu semalam,resepi dari mak ...ni kes windu masakan mak kat kampung.hehe....




Wednesday, July 15, 2009

KARI SOTONG




SALAM.......
ini pun menu berbuka semalam,kari sotong dari yana MYR.


Bahan-bahan ( 2-4 orang )
6-8 ekor sotong (sederhana besar)
*1 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*setengah biji bawang besar
*2 hiris halia
satu tangkai daun kari
2 biji lada besar
2 sudu makan serbuk kari
satu sudu makan serbuk kurma
sedikit air asam jawa
secubit garam
1 sudu makan cili boh
1 batang kulit kayu manis
(bahan yang bertanda * di mayang)

Cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama secubit garam.
-Apabila dah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bawang putih, bawang merah, halia, cili boh dan daun kari. tumis hingga naik bau
-Kemudian, masukkan sotong dan serbuk kari serta serbuk kurma. tambah sedikit air jika perlu.
-Kacau dan terus tutup periuk untuk satu minit. (kecilkan api)
-Terus masukkan santan, lada besar dan kiub pati ayam. kacau hingga mendidih
-Masukkan gula dan air asam jawa secukup rasa.
-Bolehlah diangkat dan terus dihidangkan. ( pd sesiapa yg sukakan tomato blh jg dimasukkan sekali)

Saturday, July 11, 2009

HONEY PRAWNS




SALAM....
menu hari ni,lebihan udang dari ustazah normi.apa2 pun memang sedappp resepi dri dayang ni.rugi tau kalau tidak mencuba,jadi apa tunggu lagi jom makan....resepi c & p dari dayangjack MYR.....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara
-Kisar bahan2 bertanda *.
-Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
-Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
-Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat.
-Tutupkan api. Hidangkan.


Friday, July 10, 2009

MASAK LEMAK UDANG GALAH WIF NENAS




SALAM.....
ini pun menu semalam juga ,as requested by abang long.udang ni ustazah normi(ustazah ngajar abang long ngaji iqra malam2) yang bagi.dah beberapa hari udang ni dibagi oleh ustazah tapi saya ja yang belum masak lagi .....semalam balik dari skoll terus minta saya masak kuning(masak lemak la tu...dorg panggil masak kuning),jadi ini la hasilnya.......terima kasih daun keladi ye ustazah.




MASAK KICAP SIPUT KABUNG



SALAM...
ni menu semalam,dah terlupa my mil ada bagi siput kabung hari tu...ingatkan dah habis,rupa2nya ada lagi 2 packet. kebetulan tengah ketandusan idea nak masak apa,nampak siput kabung terus datang idea buat masak kicap ,senang sikit sebab abang long & angah pun layan siput2 ni.



Tuesday, June 23, 2009

SAMBAL SIPUT KABUNG WIF KENTANG


SALAM...
menu hari ni...sambal siput kabung wif kentang.tak de idea hari ni...sambal pun jadi la.




Saturday, June 20, 2009

KARI UDANG KERISIK





SALAM......
menu semalam,resepi dari mak cik yang tinggal di sitiawan,perak.kari udang kerisik ni antara menu makam malam masa majlis kawin adik hari tu.
untuk kak asma dan kepada sesiapa yang ingin mencuba ini la resepinya.....

bahan-bahan:
20 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
sedikit halia*
1 packet kecil rempah kari daging BABA'S @ rempah kari udang
3/4 biji kelapa
3 sudu besar kerisik @ ikut selera sendiri
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
kentang @ carrot @ kacang panjang @ kacang buncis
1 @ 2 biji buah keras- ditumbuk lumat
setangkai daun kari
minyak untuk menumis

cara membuatnya:
-tumbuk bahan bertanda*
-bancuh rempah dengan pati santan
-panaskan minyak,tumiskan bahan yang ditumbuk dan daun kari sehingga garing
-masukkan rempah yang di bancuh tadi,air asam jawa,garam,buah keras & kerisik
-biarkan sehingga pecah minyak
-bila rempah tadi sudah pecah minyaknya,masukkan santan & ubi kentang
-masukkan udang,bila udang dan ubi telah masak boleh la di tutup api
-sedia untuk dihidangkan.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker