Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

LEMAK CILI API SAYUR MIDIN




SALAM............
ini sebenarnya menu beberapa hari yang lalu,tengok mimi post N3 lemak pucuk paku,saya pun teringat pic ini.kalau kawan2 saya orang sabah,dorg panggil pucuk lemidin,tapi mak saya panggil paku midin.tapi benda yang sama,biasa la kan lain tempat ,lain panggilannya.


Bahan-bahan


* Satu cekak sayur midin
*2 ulas bawang merah
* 6 biji cili padi
* 1/2 gengam udang kering
* 1/2 sudu teh serbuk kunyit
* 1 cawan santan pekat
* air secukupnya(jika tidak mahu pekat)-saya suka yang pekat
* sedikit garam

Cara-cara

- Bersihkan sayur midin & ambil pakunya saja
- Tumbuk bawang merah, cili padi & udang kering
- Masukkan bahan yang di tumbuk tadi bersama 1/2 cawan air & 1/2 sudu teh serbuk kunyit ke dalam periuk - masak hingga mendidih
- Masukkan santan pekat, sayur midin & sedikit garam - masak dengan api perlahan sehingga sayur layu & santan mendidih
-sedia dihidangkan.

Tuesday, January 5, 2010

PAJERI NENAS




SALAM........
ini menu semalam,biasa la saya ni selalu lewat masuk N3.......tu la orang berblog,awak pun nak...........macam la sempat sangat kan.tapi bagi saya semua tu bukan masalah,yang penting saya happy dengan berblog ni.dapat ramai kawan,biarpun hanya di alam maya.resepi pajeri dari bonda terchenta,rasanya sama ja dengan resepi di luar sana.

bahan-bahan
1 biji nenas sederhana besar
1/2 biji kelapa
1 bungkus rempah kari daging BABAS
2 sudu makan udang kering-dikisar
4-5 sudu makan kerisik-ikut citarasa,boleh kurang @ tambah
daun kari
garam dan gula secukup rasa

bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

bahan tumis
4 sekawan

cara memasak
-bancuh rempah dengan pati santan.ketepikan
-tumis bahan tumbuk,bahan tumis dan daun kari sehingga garing dan masukkan rempah tadi.masukkan garam.
-masak sehingga pecah minyak.
-masukkan santan cair,udang kering,gula dan kerisik.biarkan sebentar.
-masukkan nenas dan santan pekat(agak2 ikut kepekatan yang dikehendaki).perasakan.masak hingga nenas masak dan sedia untuk dihidangkan.



Thursday, December 24, 2009

NASI PAPRIK UDANG




SALAM....
menu lunch today,simple .....yang penting sedappppppp.jom kita lunch sama2..........



Tuesday, November 10, 2009

KACANG BUNCIS GORENG BERHATI AYAM




SALAM....
menu hari ni,panjangnya tajuk.....,hari ni kerja petang ...macam biasa la,masak dulu sebelum pergi kerja.menu utama hari ni,singgang ikan....tapi malas nak snap pic singgang tu.setelah berhari2 asyik berlemak2 ja...hari ni kita masak singgang lak.jom makan.......



Thursday, September 10, 2009

RAMADAN 18:MEE GORENG,IKAN MASAK ASAM,SAYUR SAWI,PUDING LAICI



SALAM....
ini menu untuk ramadan ke 18,bzzzzzzzzz dengan sekut2 raya jadi malam ni baru dapat mengupdate.......mee goreng ni utk dorg ja.saya kan takleh makan mee lagi.huhu


ini saya punya menu,menu orang berpantang.

puding laici.......

Tuesday, September 8, 2009

RAMADAN 16:KETAM BLACKPEPPER,KUIH CARA MANIS,MASAK KICAP IKAN BAWAL & SAYUR SAWI




SALAM.......
ini pun menu tertunggak..........



masak kicap ikan bawal & sayur sawi tu khas untuk orang berpantang ja......

Thursday, September 3, 2009

RAMADAN 11:PAPRIK & BINGKA PISANG






ramadan 11,paprik & bingka pisang.bingka pisang resepi by kak zana........tengok gambar, tu yang belum potong lagik,masih panas2 tapi tak sabar nak shooting.hehe

RAMADAN 9:TOM YAM CAMPUR & KANGKONG GORENG BELACAN








ini menu ramadan 9......

Wednesday, August 26, 2009

SAMBAL TERUNG BONDA




SALAM...
masakan untuk berbuka hari ni,ini kes teringat masakan mak kat kampung.jadi menu hari ni semua menu mak....



Wednesday, August 12, 2009

BABY KAILAN WITH OYSTER SOY SAUCE





SALAM.........
ini menu dinner hari ni,resepi dari rabiatun MYR.emm sedap,my kids pun suka.


Bahan-bahan ( 1 family-5 orang )
6 batang pokok baby kailan
2 ulas bawang putih-dicincang
3 hiris halia-dicincang
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin (kalau takde, boleh masukkan garam)
1 sdb nampla sos (optional-jika suka)
2 sdb sos tiram
1 sdk tepung jagung (dibancuh dengan 3 sdb air)
1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh ditambah)
1/4 batang karot (dihiris memanjang)
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan cili merah

Cara-cara
-Cuci baby kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan ia mendidih.
-Susun baby kailan ke dalam penyejat aluminium, dan masukkan ke dalam air mendidih. Bila daunnya sudah agak layu, celup bahagian batangnya lebih sikit manakala bahagian daun diangkat ke atas sedikit. (Ini untuk jadikan sayur tadi masak sekata). Bila sudah lembut, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap dan toskan. Masukkan pula karot beberapa saat dan angkat, masukkan kedalam air sejuk, toskan. Buat asing2 karot dan kailan.
-Kemudian, susun baby kailan dan karot ke dalam pinggan.
-Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan wangi. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan nampla sos. Kacau seketika.
-Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (Untuk resipi ni saya tidak tambah garam sebab ia sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi). Masukkan cili merah, kacau seketika.
-Kemudian tuang kuah di atas kailan yang telah disusun dalam pinggan tadi. Siap dihidang.





Wednesday, July 29, 2009

BENDI GORENG PEDAS





SALAM.......

menu dinner semalam,semalam kerja petang...balik dah letih,jadi masak pun yang simple2 ja.

Saturday, July 25, 2009

BENDI TUMIS BERKICAP




salam...
menu semalam Rresepi dari dayangjack.....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1/2 ikat kacang bendi (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
sedikit sos tiram
1 biji cili merah (ditumbuk)
sedikit kicap manis

Cara-cara
- Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
-Masukkan bendi, sos tiram dan kicap. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
-Hidangkan panas-panas.


Monday, July 20, 2009

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK CILI API




SALAM...
menu lunch tadi,best dapat makan masak lemak cili api.selalu kalau buat masak lemak ctak letak cili sebab si teruna pun nak makan .ni sebab dorg tak makan jantung pisang jadi dapat la letak cili api.jantung pisang ni tak beli tau...pokok di belakang rumah ja.haa tengok gambar pokok pisang di bawah ni ye....








Wednesday, July 8, 2009

PAJERI TERUNG




menu hari ni,terung lebihan beli masa makan2 dengan member2 blogger hari tu.kat rumah ni tak da orang layan terung jadi saya sowang ja,cukup la 1 biji terung tu.reepi dari nadia MYR,jemput makan........

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
3 biji terung panjang
2 sudu besar rempah kari daging
2 cawan santan pekat
1btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
minyak untuk menumis
3-4 biji belimbing buluh(optional)
3-4 biji lada hijau(optional)
1/4 keping gula melaka
garam secukup rasa
3 sudu besar kerisik - saya tambah

Cara-cara
-Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
-Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
-Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
-Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
-Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
-Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.


Tuesday, April 7, 2009

KACANG BUNCIS TUMIS MADU




SALAM.......
Menu malam ni.......resepi dapat dari majalah RASA bulan ogos 2008.sedap juga buncis tumis letak madu ni,ada kelainan juga.

bahan - bahan:
300 gm kacang buncis
2 ulas bawang merah - dihiris
3 sudu makan madu
2 ekor sotong( ni saya tambah)
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menumis

cara membuat:
-panaskan miyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
-masukkan kacang buncis,lada sulah,madu dan garam.
-gaul mesra dan sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, March 29, 2009

MASAK LEMAK PUTIK JAGUNG AKA SUDIP JAGUNG



SALAM......
minggu lepas husband ajak pergi rumah kawan dia kat papar ....sempat gak singgah kat pasar papar.jalan2 cari daun pandan nampak sudip jagung aka putik jagung jadi terus rembat la ,7 batang rm 1...ok la tu.jadi buat masak lemak campur dengan udang kering.makan pula dengan ikan terubuk masin & sambal belacan...fuhh sedapnyaaaaaa.resepi campak2 ja macam masak lemak yang lain gak.


FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker