Wednesday, April 8, 2009

BABY BREAD PUDING




SALAM...........
baru siap buat masih panas2 lagi ni...jemput makan semua.ni kes ngences tengok kat rumah knor & ika.resepi ada kat MYR dari kfida.resepi lebih kurang juga degan resepi puding roti yang ada kat sini tu(cari kat label puding) cuma bezanya boleh guna muffin tray.jemput makan semua.......



Tuesday, April 7, 2009

SUP TULANG RUSA




SALAM..........
menu malam ni juga,macam biasa kat rumah ni tak pernah putus dengan daging & tulang rusa.semenjak dok kat KK ni tak pandang dah daging lembu...daging rusa tetap jadi pilihan.buat kengkawan yang nak rasa daging rusa tu....jemput le datang ke sini.harganya lebih murah berbanding dengan harga di malaya.kali ni buat sup resepi dari mak,yang letak kentang blend tu petua dari my bisan ,si ain le sape lagi.

bahan - bahan:
1/2 kilo tulang rusa
2 cm halia - diketuk
1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang - direbus & dilecek
1 sudu teh lada hitam
garam & gula secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

bahan tumis:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 cm halia

bahan hiasan:
daun sup
daun bawang
bawang goreng

cara membuatnya:
-masukkan air bersama tulang dan rebus ,masukkan juga halia yang diketuk.
-rebus sehingga separuh masak dan masukkan kentang yang di blend tadi,garam dan gula.
-masukkan juga lada hitam.
-bila daging telah masak.di dalam kuali,panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga naik baunya.
-tuangkan bahan tumis tadi ke dalam kuah sup
-taburkan daun sup,daun bawang dan bawang gorengsebelum dihidangkan panas.

SELAMAT MENCUBA

KACANG BUNCIS TUMIS MADU




SALAM.......
Menu malam ni.......resepi dapat dari majalah RASA bulan ogos 2008.sedap juga buncis tumis letak madu ni,ada kelainan juga.

bahan - bahan:
300 gm kacang buncis
2 ulas bawang merah - dihiris
3 sudu makan madu
2 ekor sotong( ni saya tambah)
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak untuk menumis

cara membuat:
-panaskan miyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
-masukkan kacang buncis,lada sulah,madu dan garam.
-gaul mesra dan sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA

Monday, April 6, 2009

SAMBAL KENTANG



SALAM.......
menu semalam....makan dengan nasi lemak.tapi ampun ye rahman bestari,ada derhaka sikit,letak siput tiram........emm sedap sangat.resepi dari rahman bestari - MYR.


Bahan-bahan ( boleh ikut kreativiti dan citarasa masing2 )

5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
200 gm siput tiram - di rebus dahulu(ni saya tambah)
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 - 2 inci belacan - ditumbuk
50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar
1 buku kiub ayam maggi / knorr
3 sudu makan cili giling
minyak masak untuk menggoreng dan menumis
serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara
- Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.
-Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.
-Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
-Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
-Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.
* Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, April 5, 2009

PUDING ROTI






SALAM.........
breakfast hari ni,puding roti.ni kes untuk menghabiskan roti gardenia....dari dibiarkan expired lebih baik buat puding roti.sedap dan senang disediakan.


Bahan-bahan

6 keping roti
30 gm mentega dicairkan
80 gm kismis atau mix frutis
4 biji telur dipukul
475 ml susu cair
150 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar madu


Cara-cara
- Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yg bersesuaian.
-Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
-Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu cair, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.
-akhir sekali tuangkan madu di atas roti tadi.
-Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.

SELAMAT MENCUBA

Friday, April 3, 2009

APAM MENTEGA



SALAM......
selalu buat apam mentega ni...sedap sangat.resepi sudah tentulah dari MYR...resepi kfiza yang dok kat penang.


Bahan-bahan ( +-50 biji )
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B)
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
cara buat gula hangus:
-masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
-padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.

-Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
-kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
perap selama 1/2 jam.
-panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
-Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
selamat mencuba.......



Thursday, April 2, 2009

BIHUN SUP UTARA



SALAM...........
untuk dinner malam tadi,bihun sup utara......guna tulang rusa tau.emmm sedapppnya........resepi sup tu macam biasa ja.bahan hiasan tu ada yg tak lengkap tu...sepatutnya ada lobak masin ,tauhu goreng,bawang goreng,daun sup,daun bawang & sambal cili.


FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker