Wednesday, May 27, 2009

TETAMU DARI TAWAU


SALAM....
petang semalam ada tetamu dari tawau...kawan masa kerja kat kangar dulu,kak ros namanya.kak ros datang ni sebab bawa anak dia masuk pertandingan musabaqah antara kem.yang jeoluosnya dengan kros ni dah dapat 2 orang anak sabah...uwaaa saya ni entah bila.semalam masak soto tulang ja untuk dorg....makan dengan mee & bihun...layan ye pic2 kat bawah ni........








Tuesday, May 26, 2009

LAKSA


SALAM...
atas permintaan mamatiara ..ini la resepi laksa yang saya buat hari tu.tak pasti la laksa penang ka laksa kedah.....rasanya resepi ni tak ada yg istimewa sama ja dengan resepi2 yang lain.resepi ni dari ibu saudara my hubby...

bahan-bahan
10 ekor ikan selayang aka tamban aka basung
15 biji cili kering*
1 biji cili besar*
1 labu bawang besar*
6 ulas bawang merah*
sedikit belacan*
asam keping secukupnya
daun kesum secukupnya
bunga kntan secukuopnya
air secukupnya
garam secukup rasa

1 bungkus laksa

bahan hiasan
1 labu bawang besar-dihiris nipisseparuh bulat
1 biji timun}
daun selom }dipotong halus
nenas}
telur direbus
limau kasturi-dipotong

cara membuatnya:
-rendam laksa hingga lembut kemudian rebuskan hingga lembut dan ketepikan.
-rebus ikan dengan asam keping .kisar sehingga halus,tapis dan buangkan tulangnya.
-kisarkan bahan2 yang bertanda * dan masukkan kedalam periuk.masukkan air,asam keping , garam dan masukkan ikan yang telah dikisar tadi.
-masukkan bunga kantan,daun kesom ke dalam periuk tunggu sehingga mendidih.
-bila sudah masak,masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tabur bahan2 hiasan dan tuangkan kuah laksa keatasnya.
-sedia untuk dihidangkan.

CEKMEK MOLEK


SALAM.....
buat utk bf pagi ni...cekmek yang tak molek,walaupun tak molek habis juga dingap.....resepi dari makyong - MYR............


Bahan-bahan ( 12-13 biji )

2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
-Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
-Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
-Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
-Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
-Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.


Monday, May 25, 2009

SEPETANG DI GRACE POINT


SALAM......
petang semalam bawa bujang berdua ni pergi taman permainan di grace point,sembulan....tapi abang long tak ceria sebab demam....mama dorg yang ceria sebab dapat bergambar dengan anak dara yang comei tu...tak kenal pun mak bapa anak dara tu,tapi ada tanya anak dara comei tu mana mama & abah bila tunjuk saya paksa my hubby pergi bersembang dengan bapa dia...baru nak minta kebenaran ambil gambar...begitu la diriku ini bila jumpa baby2 girl......bila la nak dapat baby ni????soalan ni juga yang angah selalu tanya.....emmm entah lah..BILA,BILA,BILA??????








Sunday, May 24, 2009

PERTEMUAN PERTAMA


SALAM....
semalam adalah pertemuan pertama antara saya dengan mamatiara(ni la mamatiara & family)...pertemuan yang tidak dirancang,bermula dengan buah tangan dari kak e yang menemukan kami berdua.thanks mamatiara sudi datang ke rumah akak ya...maaf la hidangan yang simple2 ja...nanti la lain kali datang ke rumah lagi.......

ini member my hubby...member fotografi dan sekarang boleh ngam pula memancing bersama2....ok teruskan ye.si azira ni pun ok juga boleh ngam la dengan akak....lain kali datangla lagi ya.......harap uol semua tidak jemu melayan pic2 di bawah ye....







GADER - GADER WITH KAK E



SALAM...
pada hari jumaat yang lalu ..kak e datang ke KK,jadi gader2 kali ni bersempena kedatangan kak e ke sini....harap kak e berpuashati dengan layanan yang diberikan.....terima kasih kak e diatas pemberian cenderahati itu.terima kasih daun keladi ye,harap kak e sudi datang ke sini lagi........

















FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker