Monday, September 7, 2009

KERETAKU....




SALAM.......
ini cerita minggu lepas lagi,keretaku buat hal.tak leh start,tak leh jalan.akhirnya terpaksa di tarik ke pusat servis EON.setelah 1 malam bermalam di pusat servis akhirnya keadaan pulih seperti biasa....nasib baik saya MC masa tu.jadi tiada masalah la ke tempat kerja.

Thursday, September 3, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




SALAM....
buat semua kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin.jemput le ambik kad ini ye.

RAMADAN 12:KUE TEOW GORENG,BUAH MELAKA & SIRAP BARLI


Kue teow goreng - permintaan dari anak2.




buah melaka....hasil kerjatangan my hubby.kalau saya yang buat confirm pecah perut(faham ke ni? )hehe........




sirap barli - permintaan dari abang long(belum tinggal puasa nih,alhamdulillah....).
chef abah yang buat,selalu si abang ngah panggil my hubby chef abah.konon kalau chef abah buat minuman sedappppppppp.mama pula chef masakan.macam2 la diaorang tu....

RAMADAN 11:PAPRIK & BINGKA PISANG






ramadan 11,paprik & bingka pisang.bingka pisang resepi by kak zana........tengok gambar, tu yang belum potong lagik,masih panas2 tapi tak sabar nak shooting.hehe

RAMADAN 10:APAM PISANG COKLAT




ini ja yang di masak pada hari tu sebab kitaorg berbuka diluar.....resepi dari noorana MYR

Bahan-bahan ( kalau pakai acuan cam gambar nih dapat lah dalam 25 biji )
2 cwn tepung gandum*
2 sudu makan serbuk koko*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
1 sudu teh garam
1 cwn pisang emas yang dilecek
1 cwn minyak masak
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur (dipukul)

Cara-cara
1)Panaskan kukusan.
2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus.

RAMADAN 9:TOM YAM CAMPUR & KANGKONG GORENG BELACAN








ini menu ramadan 9......

RAMADAN 8 :KARI KEPALA IKAN BAWAL





SALAM......
kembali bersiaran di pagi khamis,ini adalah menu ramadan ke 8.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker