Tuesday, November 10, 2009

KACANG BUNCIS GORENG BERHATI AYAM




SALAM....
menu hari ni,panjangnya tajuk.....,hari ni kerja petang ...macam biasa la,masak dulu sebelum pergi kerja.menu utama hari ni,singgang ikan....tapi malas nak snap pic singgang tu.setelah berhari2 asyik berlemak2 ja...hari ni kita masak singgang lak.jom makan.......



MASAK LEMAK TELUR





SALAM.....
ini adalah menu dinner semalam,masak simple2 ja...penattttt,lepas kerja malam cuti 1 hari ja..pastu kerja pagi.kalau saya ni mau cuti 2 hari baru boleh hilang penatt tu.tapi apa boleh buatkan itu dah memang tugas...semalam call my mom,sembang2 macam biasa..my mom tanya masak apa hari nih..saya jawap belum,tak tau nak masak apa lagi.so my mom kata buat la masak lemak telur + suhun + fucuk(dried beancurd),ok good idea tu...sesekali makan macam nih sedap juga kan....



Sunday, November 8, 2009

NASI LEMAK




SALAM DI HARI MINGGU....
hari ni masak nasi lemak ja,lauk2nya sambal sotong kering dan ayam goreng rempah berserai.







resepi ni c&p dari rumah love(love,minta halalkan ye)

Bahan2 yang diperlukan :-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;

6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
----------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Friday, November 6, 2009

KARI KEPALA IKAN




SALAM....
ini menu semalam,kes nengok di rumah kak watie....teringin sangat.jadi semalam buat la kari kepala ikan ni,guna ikan gerut(tak pasti tempat lain panggil apa ikan ni)...ada pula sambal belacan berulamkan pucuk gajus aka janggus aka ketereh(pemberian dari opis mate hubby)dan bendi celur...emm bertambah2 la makan.macam mana nak diet nih...



Thursday, November 5, 2009

WAJIK DURIAN




SALAM...
mentang2 la derian murah sekarang nih,buat wajik pun campur derian.jemput makan....


Tuesday, November 3, 2009

SPAN CHEESE CAKE




SALAM....
hasil dari membeli resepi dengan member.sesuai buat penggemar cheese,emm yummy.



Monday, November 2, 2009

PULUT CEMPEDAK




SALAM....
buat untuk breakfast semalam,request dari my hubby.selalu makan pulut dengan derian atau pelam harum manis kan.kali ni ubah selera makan dengan cempedak lak.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker