Wednesday, December 16, 2009

MAJLIS BERKHATAN ABANG LONG



SALAM.......
ni sebenarnya n3 dah basi...........sebabnya abang long dah berkhatan pada 7 hb lagi tapi baru hari ni berkesempatan nak letak n3 ni.abang long berkhatan sorang2 ja tanpa ada majlis besar-besaran,tiada paluan kompang,tiada pancuran air pili bomba.kalau nak majlis yang besar2an ada tapi pada 14 hb....mengenangkan minggu lepas ngam dengan roster saya,jadi saya ambil keputusan supaya abang long bersunat pada 7 hb tu.terima kasih pada MA sufri yang di bantu oleh DR sharifah mariam yang megkhatankan abang long.terima kasih juga pada MA ferdinend atas usahanya memperkenalkan saya pada MA sufri yang bertanggungjawab untuk memprojekkan abang long.gambar2 abang long selepas berkhatan entah ke mana pula pula hilangnya.gambar di atas tu masa kitaorg buat majlis kesyukuran pada ahad lepas.



antara hidangan yang disediakan..........






gooddy beg untuk tetamu.

MEE BANDUNG BONDA




SALAM.....
ini menu untuk dinner semalam,balik kerja penat jadi masak yang simple2ja.untuk abang long,saya buat mee hailam simple.....simple tu sebab letak fish ball & tauhu ja,tak berani nak bagi abang long makan udang,sotong lagik.resepi mee bandung dari my mom,tak da sukatan sebenarnya main campak2 ja.....ikut selera tekak ja.kalau buat mee bandung selalu saya buat macam ni,kiranya dah sesuai dengan selera kami sekeluarga.


bahan - bahan:
mee kuning
bawang merah - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
halia - dihiris
kulit kayu manis
ayam @ daging
sotong
udang
tauhu
telur
serbuk cili
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap pekat

karot
sawi
bunga kubis
putik jagung
tomato

bahan hiasan:
limau nipis
daun sup
daun bawang
cili besar


cara membuatnya:
-tumiskan bawang merah,bawang putih,halia & kulit kayu manis.
-masukkan serbuk cili,masak hingga cili pecah minyak
-masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap pekat
-masukkan daging @ ayam,tambahkan air secukupnya
-masukkan udang,sotong
-masukkan sayur2 & telur
-masukkan mee
-sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan

Monday, December 14, 2009

PEWARIS TOMOI




SALAM.....
bertemu kembali....sorry ya kawan2 belum lagi berkesempatan upload gambar2 LIMA 09.sibuk sikit dengan abang long berkhatan,pastu ada buat majlis sikit.......hari ni lak kerja 8-5,sampai rumah dah jam 6.....nak maghrib dah(kat sini la....)masak apa yang patut.......ni baru berkesempatan mengadap pc jap.sorry juga belum berkesempatan menjenguk rumah kawan2 ya.ini antara pic2 abang long dan adik beraksi macam pemain tomoi di rumah nenek saudara saya,lepas ke kaki gunung jerai tu...adik saya ajak ke rumah tok jang di kampung sungai durian,pendang.apa lagik saya ni memang kaki jalan so on ja la...........jadik bila budak berdua nampak sarung tangan tomoi tu ,dorg nak pakai.rupa2nya tok jang saya adalah pengajar tomoi.banyak sijil2 dan piala di rumah dia berkaitan tomoi nih........anak2 sibuk bertomoi jom nengok apa aktiviti mama dorg lak.jommmmmmmmmmmmm...................









ini lah aktiviti saya petang tu,gobek pinang.bila dah lama tak makan pinang...sesekali dapat makan pinang sedap lak rasanya.ada mau join?hehehe.........

Friday, December 11, 2009

KE KAKI GUNUNG JERAI




SALAM........
ini adalah aktiviti jalan2 pada hari raya ke 3,mula2 ke majlis kahwin saudara sebelah mak di gurun.....pastu mula la nak merayap kan,balik sesekali ja kan jadi kitaorg singgah sebentar di kaki gunung jerai.



bersama my sil.........






selamat pengantin baru buat azna & zaki,semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat.

Thursday, December 10, 2009

JALAN - JALAN KE MENARA ALOR SETAR



SALAM.....
pada hari raya ke dua,atas permintaan adik kami ke menara alor setar.sebelum tu kitaorg pergi beraya ke rumah bapa saudara hubby dan dia bawa kami pergi kenduri akikah jirannya,cikgu salmah(cikgu salmah pernah datang ke rumah kami pada penghujung 2006).dari menara alor setar kita dapat melihat pemandangan bandar alor setar.jom layan pic2 semasa kami di sana...................














HAPPPY BELATED BIRTHDAY TO ABANG LONG




SALAM........
pada 26 november yang lalu,genaplah 8 tahun usia abang long.masa ni di kampung saya,kek di sponsor oleh adik saya (ein & yatie).....thanks ya.rupa2nya abang long yang minta cik ein dia belikan,kata abang long "nanti belikan abang long kek besday macam kek kawen pak cik hari tu ahh".dah dapat kek idaman kalbu apa lagi happy la abang long,saya buat majlis sederhana ja.....jemput anak2 jiran.menunya bihun goreng..........untuk abang long,mama dan abah doakan semoga abang long berjaya mencapai cita2 dan semoga menjadi anak yang soleh.mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang long,yang penting adalah usaha dari diri sendiri.






si adik pun menyibuk gak nak potong kek.

Wednesday, December 9, 2009

I'M BACK !!!!!




SALAM.....
i'm back!!!......kembali bersiaran setelah lama bercuti di kampung.terima kasih buat semua yang masih lagi sudi singgah disini.ada yang rindu ke???........kali ni perjalanan pulang ke KK yang amat meletihkan sebabnya flight kami dari langkawi sepatutnya berlepas ke KL pada jam 1.20 pm telah di tunda ke jam 4 petang.yang problemnya adalah connecting flight ke KK sepatutnya jam 5 pm telah ditukar pada jam 7.20 pm.tapi bording pas belum dapat lagi,beg dan barang2 check in hingga KL ja.menurut petugas di kaunter katanya dia akan cuba supaya kami dapat fly pada jam 5.20 pm juga ke KK.dapat kelam kabut dengan masalah yang belum selesai ..dan untuk menyedapkan hati kami pihak MAS telah memberi kami voucher untuk lunch.pergi lunch dulu dan balik semula ke kaunter bording pass ke KK belum dapat.katanya nanti ada petugas akan sambut kami dan bawa kami ke flight untuk KK.tapi hati berdebar2 gak.....rasa macam tak sempat ja.dalam masa 20 minit mana mungkin kami dapat mengejar flight seterusnya dengan beg dan barang2 lagi.dah selesai semua....kitaorang masuk kedalam balai berlepas,datang balik petugas kaunter tadi bagitau yang flight 5.20 pm memang tak sempat,pastu flighjt 7.20 pm dah penuhhhh.jadi kitaorg terpaksa ambik flight jam 9.50 pm......aduhai lamanya kitaorg akan bertapa di KLIA.nasib baik flight 9.50 pm belum penuh kalau tak,rasanya terpaksa bermalam pula di KLIA.apa2 pun syukur pada ALLAH sebab kami sekeluarga selamat sampai juga ke KK.alhamdulillah...anak2 pun boleh bangun dan berjalan sendiri masa sampai tu,ingatkan kalau dorg tak leh jalan...jenuh la nak berdukung kan.sampai ja di rumah ...dah jam 1.30 am terus dorg tidur,yang kesiannya my hubby la dah kerja.ok la buat semua nantikan cerita2 kami semasa di kampung ya.




my mil & my fil yang hantar kami ke airport.




makan free,dapat voucher lunch dari MAS.makan di restoren kenny rogger's langkawi international airport.




berposing dulu sebelum berlepas ke KLIA.



round2 di KLIA.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker