Monday, January 4, 2010

PAU KACANG HITAM





SALAM.......
pau ni untuk bf dan sebagai bekalan abang long ke sekolah pagi tadi.resepi dari CMG,memang lembut dan gebus sekali pau nya.lagi satu kan putih melepak ..........thanks CMG.



Bahan-bahan ( 10 biji )
UNTUK DOH:-
240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara
-Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

-Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
-Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

CENCARU BANTUT ALA UTARA




SALAM........
cencaru bantut ni masak untuk lunch semalam,jadi dah habisss lah ye.resepi dari bonda terchenta......dulu2 mak selalu buat bantut guna ikan kembung borek....siap keluarkan tulang lagik.tapi saya tak pandai nak keluarkan tulang ikan tu.....dah belajar tapi tak lulus2 lagik.jadi saya tukar dengan ikan cencaru.


bahan-bahan
1 ekor ikan cencaru -saiz besar
2 genggam kelapa
garam
2-3 helai daun kesom-dihiris halus
sedikit bunga kantan-dihiris halus


bahan kisar(kalau nak sedap + rajin-tumbuk)
3 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
sedikit halia
1 batang serai
sedikit kunyit hidup
sedikit ketumbar,jintan manis & jintan putih

cara memasaknya
-gaulkan bahan kisar bersama kelapa parut& garam.gaul rata
-sumbatkan bahan ini ke dalam ikan dan balut dengan daun pisang.
-bakar ikan hingga masak.



DORAYAKI




SALAM.....
ini menu bf semalam,atas permintaan abang long yang asyik menyebut nak makan dorayaki.jadi mama dia ni buat la....letak inti kacang hitam ja.semua dia makan,sampai nak ambil lunch.resepi dari skyblue MYR.


Bahan-bahan ( 10 biji )
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla

Inti:1½ cawan kacang merah yg manis -saya guna inti kacang hitam

Cara-cara
-Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
-Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
-Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
-Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
-Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
-Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
-Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.

Saturday, January 2, 2010

ASAM PEDAS IKAN DAN NENAS




SALAM..........
menu hari ni,resepi asal dari CMG.memang best resepi ni.............ikan hasil pancingan my hubbby semalam,ikan pari.

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )
3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan. -saya guna ikan pari
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara
-Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
-Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
-Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
-Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
-Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.




Hasil pancingan semalam,walaupun sekor tapi berbaloi2..............

CUCUR UDANG




SALAM..........
buat untuk breakfast hari ni,cicah dengan sos pencicah dari kelantan....pemberian dari bakal besan,ain.tabur kacang dalam sos tu....emmm sedapnya.jom kita makan......




Friday, January 1, 2010

NASI LEMAK HIJAU




SALAM.......
bertemu kembali di tahun baru 2010,syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk saya meneruskan kehidupan ini.hari ni sempena cuti tahun baru kami sekeluarga pergi memancing,nasi lemak hijau ni sebagai bekalan pagi tadi.buat lauk sambal bilis + telur goreng ja.maklum la lepas kerja malam....mata pun masih mengantuk lagi.hasil pancingan nanti saya cerita di next N3 ya.ok selamat malam semua.




tempat memancing pagi tadi.

HAPPY NEW YEAR





HAPPY NEW YEAR buat semua pengunjung diari kehidupanku.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker