Wednesday, December 16, 2009

MEE BANDUNG BONDA




SALAM.....
ini menu untuk dinner semalam,balik kerja penat jadi masak yang simple2ja.untuk abang long,saya buat mee hailam simple.....simple tu sebab letak fish ball & tauhu ja,tak berani nak bagi abang long makan udang,sotong lagik.resepi mee bandung dari my mom,tak da sukatan sebenarnya main campak2 ja.....ikut selera tekak ja.kalau buat mee bandung selalu saya buat macam ni,kiranya dah sesuai dengan selera kami sekeluarga.


bahan - bahan:
mee kuning
bawang merah - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
halia - dihiris
kulit kayu manis
ayam @ daging
sotong
udang
tauhu
telur
serbuk cili
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap pekat

karot
sawi
bunga kubis
putik jagung
tomato

bahan hiasan:
limau nipis
daun sup
daun bawang
cili besar


cara membuatnya:
-tumiskan bawang merah,bawang putih,halia & kulit kayu manis.
-masukkan serbuk cili,masak hingga cili pecah minyak
-masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap pekat
-masukkan daging @ ayam,tambahkan air secukupnya
-masukkan udang,sotong
-masukkan sayur2 & telur
-masukkan mee
-sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan

4 comments:

Watierman said...

Maria..mee bandung yang anakanda campak2 pun sedap jugak!!! Tolong campakkan sepinggan...boleh??

HaSue said...

waaa...sedapnya mi bandung akak tuu..terliur lak nengoknya...yg sarat2 ngan 'topping' nih best nak makan kan kak..kalo kat kedai ciput jek dapat..huhu

Sue @ Nenie said...

Salam..Best Mee Bandung ni...

Aikk...Abang Long belum boleh makan udang/sotong lagi...?

Adakah saya terlepas beberapa siri yang lepas..?

salamdariborneo said...

to kak watie,nanti saya campak2 dan hantar ke akak ye.

to hasue,yup kalau buat sendirik leh campak2 berbagai kan.kalau makan di kedai tu nyakitkan hati ada la.


to sue@nenie,abang long baru lepas bersunat takut lak nak bagi makan udang,sotong.takut gatal lak.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails