Wednesday, February 17, 2010

APAM PISANG



SALAM.............

bertemu kembaliiiii.................apam pisang untuk bf pagi ni.dah 2 hari berturut2 buat,permintaan my kids..............bekalan untuk abang long ke sekolah hari ni.resepi saya ambil dari dapur mek siam(si ika).resepi asal dari CMG.

APAM PISANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

4 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Maria...wah comel2 bangat apam nya....golek mai sebiji dua....!

♥LOVE2COOK♥ said...

KakMaria cutenya apam pisang akak nih! Love pun nakkkk...uiks dah abis ker??? :(

salamdariborneo said...

wsalam kak watie.......comei ke kak,kiranya menjadik la kan.nanti saya golek p penang sebijik dua...

salamdariborneo said...

to love...
cute ke?thanks ye.nak bagi pun apam dah habissss.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails