Monday, February 8, 2010

KUIH SERI MUKA PELANGI



SALAM.....
ini adalah late N3 sebenarnya....sebab seri muka dah abis pun,buat hari khamis last week lagi.biasa la kan bzzz kunun,jadi lambat pose N3.sambil2 melayan FB....berchatting dengan abbot dan member sekolah dulu yang dok di UK nun,akhirnya siap juga seri muka pelangiku itew.resepi asal dari kak hanieliza tapi saya ambil resepi dari dapur kak ummi,minta halal ye saya c& p resepi di sini.maaf juga buat kak hanieliza sebab saya campurkan pulut hitam sikit,al-kisahnya rupa2nya beras pulut saya ada 1 1/2 cawan ja,nasib baik ada beras pulut hitam sebagai penyelamat.maka jadilah seri muka pelangi ku yang berpulut hitam........

KUIH SERI MUKA PELANGI
Bahan:- (akak guna loose pan saiz 8 inci)

Lapisan Bawah:-

* 2 1/2 cawan santan cair
* 2 cawan pulut - dibasuh dan direndam 3 jam -saya guna 1 1/2 cwn beras pulut

biasa + 1/2 cwn beras pulut hitam
* 1 sudu teh garam

Lapisan Atas:-

* 2 cawan santan pekat
* 1/2 cawan tepung kastad
* 1/2 cawan etpung gadnum
* 1 biji telor
* 3 sudu makan gula pasir
* sedikit garam
* (beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste)-saya guna pewarna merah dan kuning sahaja


Cara-Cara:-

1.
Lapisan Bawah :- Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2.
Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag). Biar betul2 padat.


3.
Lapisan Atas:- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
4.
Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).
5.
Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.
6.
Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.
7.
Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).
8.
Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
9.
Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

13 comments:

Ieza said...

nampak sedap jer dn warnanya pn menarik..x pernah lagi jumpa ni..mesti sedap hingga menjilat jari..

Love2cook Malaysia said...

Nakkkkkkkkkk! hehehehe ;)

mummyseri said...

kak mmg sedap nikan..pulut itam lagik...aduss trase kemanisnnyer..:)

salamdariborneo said...

ieza....
memang sedappp hingga menjilat jari.hehe

salamdariborneo said...

love.....
habis sudahhhhhhhhhhhhhhhh....

salamdariborneo said...

seri....
kalau yang minat pulut hitam,memang ada rasa kelainan la....

JC said...

Sedapnya tgk serimuka tu maria...I ni suka mkn kuih kukus tapi malas nk mengukus..bole gitu hihhi

indahhouse said...

salam kak maria,
wah! cantiknya serimuka tu! tak penah tengogk serimuka berlapis. susah tak, buatnya kak? walau guna pulut hitam, hasilnya tetap mengancam... :)

salamdariborneo said...

jc....
mula2 i pun malas juga tapi bukan malas nak mengukus,malas nak melapis.taspi buat juga...sebab teringin punya pasal....

salamdariborneo said...

to nurindah...
tak susah la nur,mcm kuih klapis juga,yg bestnya resepi tu sedap dan terus menjadi.

cikmanggis said...

salam maria..lama tak singgah.Apa khabar?ada seri muka petang ni..bagus gak,cuaca panas ni.makan kuih manis pastu minum air banyak banyak hehe

salamdariborneo said...

wsalam cm.....
saya sihat ja.hehe,seri muka dash abbiss la.

Anonymous said...

slm untuk penghantaran boleh hubunggi en azaman di 0197710101 atau layari www.sewalori.com.my

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker